Friday, June 10, 2011

RG2011... Tiada lagi nuklear

Tiada lagi nuklear
Luar         Negara TOKYO - Semua 54 reaktor nuklear di Jepun mungkin ditutup menjelang April depan jika penduduk negara itu menentang rancangan operasi loji kerana bimbang keselamatan mereka, menurut kerajaan, kelmarin.

Jika tindakan itu diambil, Jepun memerlukan AS$30 bilion (RM90 bilion) setahun untuk mendapatkan sumber tenaga lain di negara itu.

Sejak gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu mencetuskan krisis nuklear di loji *****ushima Daiichi, beberapa pihak berkuasa tempatan mengarahkan pengendali loji supaya tidak menghidupkan semula reaktor nuklear yang ditutup bagi pemeriksaan rutin.

Beberapa reaktor lain juga ditutup bagi pemantauan, menyebabkan keupayaan penghasilan tenaga nuklear di negara itu merudum kepada hanya 36 peratus daripada yang sepatutnya.

Tenaga nuklear membekalkan kira-kira 30 peratus daripada keperluan elektrik di Jepun sebelum empat loji nuklear termasuk *****ushima Daiichi ditutup selepas bencana buruk itu/SH

p/s: kalo jepun dengar luahan rakyat dia kira baguih la jugak depa tu...berbeza sikit dgn projek Lynas kat sini.
makin dibantah makin galak..
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment