Thursday, July 14, 2011

Re: RG2011... Geng Tayang Duit Kembali

 

duit lagi dicari lagi ia menjauh..kalu redha yang dicari lagi berkat..apa2 pun menjadi...insyallah.. kepada gang2 yg suke sgt tayang2 duit tu simpan2 ler duit tu bebaik takut nt mendatangkan riak! akhirnya duit tu pun hilang tanpa berkat....


From: Mohd Hanif <hanif_jking@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, July 14, 2011 12:47:33
Subject: Re: RG2011... Geng Tayang Duit Kembali

 

Aku memang menyampah kalo orang tag aku gambar2 tu. Serius meluat. Kalo betul pun duit banyak, xpayah la nak tayang. Kejap je tuhan tarik balik tu kang baru tau

Sent from my iPad 2

On Jul 14, 2011, at 9:15, Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com> wrote:

 

Geng Tayang Duit Kembali.

Assalamualaikum WBT,

Geng tayang duit kembali menghiasi wall-wall pemilik FB. Si penayang duit dengan sesuka hati dan sesedap rasa akan menge'tag' mangsa-mangsa ataupun prospek-prospek yang difikirkan akan terkena jeratnya.

Persoalannya, kenapa kebanyakkan yang suka menayang duit ni adalah gadis-gadis Melayu? Apakah gadis-gadis Melayu senang diperdayakan? Mungkin juga ada kebenarannya kerana jika tidak, takkan mungkin ramai gadis-gadis Melayu yang lari ke Lombok.

Dah berulang kali diingatkan dan berita demi berita tentang penipuan skim-skim tersebut telah banyak dikeluarkan. Namun sehingga kini program seumpama itu masih lagi tidak berhenti dan ada saja kaedahnya yang terbaru. Dan yang paling sedih tu, mereka saja yang betul dan mampu jadi kaya sekelip mata. Tapi dari dulu hingga kini, habuk pun takde. Sudahnya menyusahkan lagi ada.

Kalau ajak berdebat dengan orang macam ni, memang membuang masa je. Ditabur duit yang banyak depan mata terus lupa segala-galanya. Semoga Allah SWT pelihara saya dan seluruh ahli keluarga saya serta anda semua dari perkara-perkara tersebut.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment