Tuesday, July 19, 2011

Re: RG2011... Mengapa tiada satu pun kerajaan di dunia berjaya amalkan System islam?

 

Alhamdulillah, artikel yg sangat menarik...inilah persoalan sy cari selama ni..tak sangka ia membenarkan apa yg saya fikirkan...seolah-olah adanya perjanjian antara pemimpin sebelumnya supaya mensekularkan pendidikan..realitinya sy yg pernah belajar di sekolah agama terpaksa menerima hakikat bahawa apa yg dipelajari hanyala 1% berbanding apa yg sy fahami tentang Islam pada hari ini...kita hanya diajar tentang ilmu fardhu 'ain!!apabila ditanya kenapa perlu solat, tutup aurat, hudud langsung tak dapat memberi hujah yg meyakinkan...hanya kerana "Allah yg suruh"..hanya itu jwpn yg biasa dijawab..bila ada yg menghina Islam kita langsung tak dapat pertahankan dengan ilmu dan logik, hanya bergantung pada emosi..hakikatnya, Islam tersangat simple untuk difahami:
 
-Ibadah adalah haram kecuali ada nas (sumber perundangan Islam); untuk Allah..tak banyak mana pun; solat,puasa,haji,umrah dll..kekal hingga kiamat.
 
-Muamalat adalah harus kecuali ada nas yg mengharamkan (yg haram cuma ada unsur riba,gharar,ketidakadilan,&kezaliman) ; apa sahaja bentuk business halal kalau takde unsur haram, segala2nya bebas & fleksibel..terpulang dalam bentuk macam mana pun...
 
-Dunia memang tak adil; orang yg zalim terlepas daripada hukuman dunia, org yg dizalimi tak dapat haknya...tapi Islam suruh menegakkan keadilan sebagai tiket untuk ke syurga...akhirat sanalah kita diadili seadil-adilnya..tak sepatutnya, menghalalkan sesuatu yg haram utk menegakkan keadilan...Islam tidak pernah meletakkan prinsip matlamat menghalalkan cara...biarlah, cepat atau lambat asalkan kita telah laksanakan tanggungjawab sebagai khalifah utk menegakkan keadilan.
 
-Hudud tak wajib dilaksanakan kecuali setelah tiada rakyat yg tak terbela, penganggur diberi elaun, pencuri tiada sebab untuk mencuri, kerajaan telah menutup pintu2 kejahatan seperti mencegah pornografi, mengukuhkan rukun2 iman, menutup pub & disko. (apa yg sy fahami daripada pembelajaran siasah syar'iyyah)..ada pemimpin yg ghairah untuk melaksanakan hudud tetapi sepatutnya harus memfokuskan kepada apa yg perlu dilaksanakan sebelumnya..mungkin ada yg pertikaikan, "sampai bila-bila pun hudud tak dapat dilaksanakan kalau macam tu"..sedarlah, kita hanya diamanahkan untuk menegakkan hukum2 Allah, terlaksana atau tidak, bukan urusan kita, Allah yg tentukan. yg penting, bila kita menjadi khalifah yg amanah, syurga menjadi milik kita...dunia bukan akhir cerita, akhirat yg kekal abadi.
 
-Orang bukan Islam diberi hak untuk menjalani budaya hidup mereka tanpa halangan di negara Islam seperti judi & minum arak dengan syarat adanya penguatkuasaan utk menghalang orang Islam turut-serta. (sebagaimana kenyataan MB kedah, tapi dalam Mingguan tulis "PAS tunduk pada DAP"-betul2 berniat untuk memperbodohkan org Islam yg tak tahu tentang politik Islam)
 
-Darah orang kafir halal hanya apabila mereka menegah secara bersungguh2 dan menekan kita daripada melaksanakan syiar2 Islam.
 
-Perhambaan hanya berlaku untuk tawanan perang antara orang kafir dan orang Islam..tiada perhambaan bagi peperangan sesama Islam.  walau bagaimanapun, bukanlah mudah terjadinya peperangan kecuali tiada lagi jalan perdamaian setelah orang kafir bermati-matian menghalang umat Islam melaksanakn syiar Islam seperti solat & puasa.
 
Malaysia bukan sahaja disekularkan melalui pendidikan tetapi juga politik...entah di mana bermulanya kita umat Islam berpecah-belah lantaran politik..apa hebat sangatkah politik berbanding Islam?kita sepatutnya menolong saudara kita yg dizalimi dan berbuat zalim..mudah sebenarnya utk bersatu, cubalah keluar daripada fahaman politik, kembalilah kepada Islam..parti hanyalah diwakili oleh manusia yg bukan maksum..bila melihat pemimpin kita sekarang ni, ingatlah hadith yg bermaksud, "bagaimana kamu, begitulah pemimpinmu"...sy rasa politik amat berkesanlah untuk mengelakkan umat Islam di Malaysia bersatu dalam menetapkan kriteria pemimpin yg dingini..kalaulah kita semua memahami ilmu politik Islam sebenarnya, pastilah Penyokong PR & UMNO akan sama2 berjuang demi mendapatkan pemimpin yg adil..mungkinkan ia juga 1 lagi agenda Barat...??kenapa kerajaan menyorokkan ilmu tentang hudud & politik Islam??alhamdulillah, sy tercari2 ilmu ni & syukur dapat belajar walaupun sedikit..takdelah tertipu lagi dengan isu agama yg dipolitikkan...alhamdulillah, dapat juga sy berjumpa dengan golongan yg mendominankan Islam berbanding ketaksuban politik...saya ternanti2, bilakah kita akan bersatu di bawah naungan Islam?susah sangat ke untuk menghilangkan ketaksuban politik?semoga Allah mempermudahkan jalan untuk kita semua....

 

From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, July 16, 2011 2:39 PM
Subject: RG2011... Mengapa tiada satu pun kerajaan di dunia berjaya amalkan System islam?
Mengapa tiada satu pun kerajaan di dunia berjaya amalkan System islam?
Semenjak tahun 1882 sehingga tahun 1918 (akhir perang dunia pertama) British mempunyai pengaruh yg besar di Mesir dgn kesilapan yg dilakukan oleh pemerintah Mesir sendiri, wakil British ialah sir lord Cromer yg sangat berkuasa dlm pentadbiran diMesir dan dia seorang pentadbir yg licik dan terkenal dgn reputasi yg memusuhi islam.Dia pernah mengungkap dlam bukunya: 'Modern Egypt'- :

" England bersedia memberi kemerdekaan sepenuhnya pd seluruh tanah jajahanya,sebaik shj wujud generasi intelek dan ahli politik yg telah dibentuk melalui pendidikan inggeris dan mendukung nilai inggeris untuk mengambil alih kuasa,dalam keadaan bagaimana sekalipun,Inggeris tidak akan bertolak ansur walau sesaatpun untuk penbuhan sebuah negara Islam merdeka".

Cromer juga memperlekahkan Islam sbg 'deen wa daulah' dalam tulisannya: 'Mesir-Khidyu Abbas'- :

"Islam berjaya selaku akidah dan agama, tetapi ia gagal sbg sistem masyarakat kerana apa yg disarankanya hanya sesuai kpd tanah Arab pd kurun ke-7 Masihi,ia tidak dapat menerima perubahan kerana dasarnya yg keras.Islam mengharamkan wanita dari menerima hak2nya sebagai manusia,kedudukan lebih rendah dari lelaki dan Islam mengharuskan perhambaan.Ia agama yang menaksubkan dan melampau yg mengharuskan umatnya menawan golongan berlainan sbg tawanan dan hamba sahaya".(ungkapan yg senada ini pernah diucapkan semula oleh pemimpin umno dan Lee kuan yew dlm buku terbarunya).

Penjajah barat dgn sedar telah menanam fahaman sekularisme yg bermula di barat pd kurun ke-14,Di Nusantara,Islam berjaya diasingkan dari pemerintahan,Perjanjian Pangkor 1874 adalah menifestasi pd fahaman ini apb British menyerahkan soal agama kpd Raja2 Melayu utk diuruskan.

Sekolompok anak2 di tanah jajahan Brit telah diberi peluang utk menjawat di sektor kerjaan apb mereka pulang belajar dari Britain atau Perancis,Ulama2 mula dipinggirkan utk menentukan dasar bernegara dan peranan mereka hanya kpd mengajar kitab di mesjid atau surau,urusan politik tidak kena mengena dengan agama,fahaman ini semakin kukuh di Nusantara dan di Malaya terutamanya selepas merdeka apb kerajaan yg berkuasa selepas itu dipimpin oleh pemimpin yg direstui oleh British (Tunku-lulusan universiti London-jurusan Undang2.) Apakah mereka fikir Barat dengan rela menyerah kemerdekaan dengan tiada satu pun pertumpahan darah di Malaya oleh pemimpin umno? Apakah terlalu bijak pemimpin ketika itu(Razak/Tunku) dalam rundingan dgn British? (Yang mabuk dalam kebanyakan rundingan), Jika demikian,maka fikirlah semula,fikirlah berulang kali.

Fahaman ini (sekular) terus berkembang mekar,dan disuburkan oleh pemimpin tempatan sendiri,dan menjadi virus membarah yg membaham akidah seperti mana disebut oleh mufti terakhir krjn Othmaniyyah,Sheikh Mustafa Sobri sebaggai 'jalan pintas ke Neraka'.

Menyemai benih sekular adalah strategi pembaratan yg sangat berkesan,sepertima disebut oleh sarjana Barat,Gibb:-

"Usaha2 pembaratan ini membolehkan Islam turun dari singgahsanya sehingga menyebabkan sistem pendidikan,pengadilan,kemasyarakatan,ekonomi,dll tidak boleh dipakai lagi".

Sesungguhnya,apabila sejarah diteliti secara adil, jawapannya akan bisa ditemui,mengapa tiada Satu pun kerajaan Islam di dunia kini yang berjaya mengamalkan sistem islam sepenuhnya,bukan kerana kelemahan sistem itu sendiri,bahkan kata2 yg memperlekeh sitem islam itu, adalah benih dulu yg ditanam oleh barat dan kini sudah subur,sememangya usaha penubuhan negara islam yg sejati telah dihalang dgn kuat selepas kejatuhan Krjn Othmaniyyah,dan ramai dikalangan umat Islam tidak sedar akan perkara ini,malah dengan cabul dan berani bertanya pada mereka yg mahu tegakkan sistem islam semula dgn soalan seperti "tunjukkan mana negara islam yg berjaya dengan sistem Islam/hudud di dunia?".

Untuk menyedarkan mereka bukan perkara mudah,perancangan jahat barat selama beratus tahun masakan dapat ditangkis dalam sedekad dua ini? Mahu disuruh mereka yang bertanya itu utk mengaji tambah ilmu didada juga terkadang terasa berat,kerana dasar ilmu itu sendiri telah dicemari oleh d'ayah mereka,barat lebih suka jika manusia berbondong datang dan belajar segala ilmu yang mereka ada kini,kerana di dalam ilmu itu tersembunyi jarum2 halus yang akan digunakan pada masa tertentu,hanya Allah saja yg bisa memberi petunjuk kpd manusia dalam kegelapan kini…Berdoalah utk petunjuk,walau sudah penuh ilmu di dada mu.

-Akupun.
source: Link
--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment