Monday, July 18, 2011

RG2011... Fw: Roh Perjuangannya Tetap Hidup

 

 

Sekalipun Dr.Lo'Lo' Telah Pergi Meninggalkan Kita, Roh Perjuangannya Tetap Hidup

 
 
Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan.

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. -mk

Jenazah Dr Lo' Lo' selamat disemadikan

Suasana kelihatan sayu dan suram sepanjang alunan talkin dibacakan.

KUALA LUMPUR: Jenazah Dr Lo' Lo' selamat disemadikan tepat jam 11.10 pagi tadi sambil disaksikan kira-kira 2,000 hadirin. Suasana kelihatan sayu dan suram sepanjang alunan talkin dibacakan.

Manakala keadaan awan kelihatan mendung seakan-akan mengiringi pemergian Dr Lo' Lo' sepanjang jenazah dibawa dari Masjid Al- Akram ke Tanah Perkuburan Dato' Keramat di sini.

Sebelum itu, kira-kira jam 10.30 pagi, solat jenazah Allahyarham telah diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Masjid Al-Akram sejak malam tadi tidak putus-putus diziarahi orang ramai termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan masyarakat tempatan yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Pada jam 10.30 pagi, beberapa pemimpin tertinggi PAS, antaranya Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Hussam Musa, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, dan Exco Selangor Dr Halimah Ali tiba di masjid tersebut.

Dr Lo' Lo',54, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang kira-kira 10.15 malam tadi selepas sekian lama berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

Beliau meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim serta empat orang anak, Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan dan seorang cucu.

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini buat pertama kalinya menjadi ahli parlimen apabila menang kerusi Titiwangsa semasa Pilihan Raya Umum lalu (PRU12) mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya yang memperolehi 15,885 undi.
-FMT


Ulasan GB

Tuhan lebih menyayangimu, namun kami yakin sekalipun engkau telah pergi meninggalkan kami, roh perjuanganmu tetap sentiasa bersama kita....

Allahummagh firlaha, warhamha wa'afihi wafu'anha..

 

 

Jenazah Allahyarhamah Dr.Lo' Lo Telah Selamat Di Kebumi Di Tanah Perkuburan Datuk Keramat

PDO
 
 
KUALA LUMPUR 18 Julai - Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi tadi. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercayai telah memimpin solat jenazah bersama-sama 500 jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat. Turut kelihatan hadir berikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen pembangkang dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil. Jenazah telah dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Datuk Keramat.

[Pahang Daily Online sekali lagi mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Dr.Lo'Lo atas pemergiaannya ini. Sesungguhnya rakyat kehilangan seorang pejuang yang cukup konsisten dan komitmen dalam membela nasib mereka selama ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Perginya sebagai pejuang dalam mengadap Allah SWT. Semoga Allah ampunkan segala dosanya dan juga mengangkat darjatnya].
 
 

Sekitar Majlis Pengebumian Allahyarhamah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali




 






 

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.Hrkh

comments:

Irshadim berkata...

Semoga beliau ditepatkan bersama-sama orang yang bertaqwa. amin.. kehilangan yang besar

 

 

Lebih 2,000 iringi jenazah Dr. Lo' Lo'

selatanonline

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.
Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.
Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.

-Harakah

Posted by tok_aji

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment