Friday, July 15, 2011

RG2011... INFO:Bahaya Radiasi Elektromagnetik Telefon Bimbit boleh mentebabkan Kanser adalah Benar

 

SOHAIMI MIOR HASSAN
Pakar Radar dan Komunikasi

BAHAYA RADIASI GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK

Pengguna telefon bimbit perlu berwaspada kerana alat telekomunikasi itu bolleh mengeluarkan Radiasi tinggi yang mungkin membahayakan terutama jika digunakan pada waktu puncak.

Pakar radar dan komunikasi,Sohaimi Mior Hassan berkata penggunaan telefon bimbit dalam tempoh lama TANPA SEBARANG ALAT PERLINDUNGAN boleh menyebabkan gangguan kesihatan berikutan radiasi dihasilkan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tele-Infa Teknologi Sdn Bhd (Tele-Infra),satu-satunya syarikat pengauditan infrastruktur dan telekomunikasi di negara ini,berkata pengguna perlu menggunakan alat perlindungan seperti 'hands-free' (bebas tangan) dan elakkan daripada bercakap terlalu lama menerusi telefon bimbit.

''Saya pernah membuat pemeriksaan Radiasi dihasilkan tetefon bimbit pada waktu puncak dan mendapati bacaannya mencecah 40 volt/meter (v/m),iaitu tahap maksimum mengikut garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Radiasi Bukan Pengionan (ICNIRP),''katanya.

HARIAN METRO 28 APRIL mendedahkan risiko tinggi penduduk diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi di Taman Subang,Kelana Jaya.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM),Prof Madya Dr Adlina Suleiman bersama 10 pelajarnya menerusi kajian kesan RADIASI MENARA PEMANCAR TELEKOMUNIKASI terhadap penduduk Taman Subang.
Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus respoden diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakya negara ini mengalami penyakit sama.

Sementara itu,Sohaimi berkata,pihak berwajib juga perlu membuat pemantauan membabitkan gelombang yang dihasilkan kemudahan INTERNET JALUR LEBAR TANPA WAYAR (WI-FI) yang juga menghasilkan tahap RADIASI TINGGI.

''Satu lagi bacaan membabitkan WI-FI yang pernah dilakukan Tele-Infra menunjukkan bacaan agak tinggi 25v/m.

''Saya bimbang jika tidak dipantau,ia boleh menggangu kesihatan pengguna terutama dalam jangka masa panjang,'' katanya.
 
Info Lain Anda Boleh:
 
Join facebook: K-ENERGY STICKER
Join Groups fb:Golombang Radiasi Elektromagnetik

Maklumat lanjut sila hubungi/sms:
NORAZLIN:013-6060251
PN MAHANI:012-6869857
Rumah:06-9873971

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment