Tuesday, July 19, 2011

RG2011... MISI SINAR HARAPAN: Ziarah Ramadan 16 Julai Kelantan & 23 Julai Selama, Perak

 


Assalamualaikum
 
Alhamdulillah Misi Ziarah Ramadan ke Destinasi 1: Kelantan telah selamat ditunaikan pada 16 Julai, Sabtu lepas. Jutaan terima kasih kepada sahabat2 yg memberi sokongan sama ada dlm bentuk wang ringgit, masa & tenaga. Jutaan terima kasih pada ayahanda bonda, suami & anak2 serta adik2 yang setia membantu melicinkan kelancaran majlis.
 
Harapan kami agar pemberian sedekah ini dapat menggembirakan mereka & meringankan beban utk membuat persediaan menyambut Ramadan. Kami belikan telekung & jubah utk mereka, agar ada pakaian baru dapat digunakan utk beribadat sepanjang Ramadan. Semoga ada sedikit ganjaran menanti kita dan Allah menerima sedekah kita.
 
Selain jubah @ telekung, sumbangan barang makanan & wang juga diberikan. Alhamdulillah 34 orang telah menerima sumbangan yang terdiri drp 14 pelajar tahfiz (yg kebanyakannya anak yatim) drp Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam Banggol Kulim, dan 20 orang warga tua yang menghuni pondok orang tua2 di belakang madrasah tersebut.
 
Insya-Allah info lanjut & gambar2 akan di"upload" & update di blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com.
 
Dijemput sahabat2 yg sudi bersama turun padang ke Destinasi ke-2 di Redang Panjang, Selama, Perak pada 23 Julai nanti. Kita konvoi sama2 dr KL. Harap dapat hubungi kami untuk maklumat lanjut.
 
Terima kasih
 

 
Elly  012-3614014       

Eksekutifsuri Bakery

 


--- On Wed, 7/13/11, eksekutif suri <eksekutifsuri@yahoo.com.my> wrote:




Assalamualaikum
 
Ramadan hampir tiba.. masing-masing sibuk membuat persiapan sama ada dari segi rohani @ jasmani, tak ketinggalan juga untuk para peniaga yang menanti2kan rezeki Ramadan...
Seperti tahun2 yang lepas team Misi Sinar Harapan tidak akan melupakan golongan asnaf untuk turut serta melangkah ke bulan mulia ini dengan persediaan yang mencukupi.. insya-Allah.

Team Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan akan menjelajah perkampungan miskin dari satu destinasi ke destinasi, bergantung kepada bekalan wang & sumbangan yg ada, bagi membantu meringankan beban keluarga miskin ini membuat persiapan menyambut Ramadan.

Sahabat2 semua, sama ada yang mengenali kami atau tidak dijemput untuk bersama-sama kami turun padang, untuk melihat sendiri kesusahan hidup yang mereka lalui.
 
Golongan sasaran: anak yatim, fakir miskin, pelajar tahfiz, mualaf & warga emas.

Antara destinasi ziarah:

1. 15-16 Julai 2011
Ziarah: sekitar Rantau Panjang, Jeli, Kota Bharu, Kelantan.
 
Majlis Penyampaian Sumbangan :
Tempat:

Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam Banggol Kulim, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Tarikh: Sabtu, 16Julai

2. 23-24Julai 2011
Ziarah: sekitar Ijok, Redang Panjang, Selama, Perak

Majlis Penyampaian Sumbangan :
Tempat: D'Redang (rumah En Jamaludin) Redang Panjang, Perak
Tarikh: Sabtu 23Julai, 2.30pm

3. 30-31Julai 2011
Ziarah: sekitar Lembah Subang, Lembah Kelang, Klang.

Majlis Penyampaian Sumbangan:
Tempat: Rumah Opah Hasnah, Bukit Kuda, Klang
Tarikh:Sabtu 30Julai

Sumbangan yang diperlukan:

1. Telekung utk warga tua
2. Kain Pelekat utk warga tua
3. Jubah utk pelajar tahfiz
4. Wang-utk membeli bekalan makanan & sumbangan

Untuk maklumat lanjut:

Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/

Semoga Allah mempermudahkan usaha kita dan menerima sedekah kita buat bekalan di akhirat nanti..amin

Elly  012-3614014       

Eksekutifsuri Bakery

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment