Monday, July 11, 2011

RG2011... Pembunuh Dalam Senyap!

 

Virus B, C rosakkan sel hati

Oleh Hajahfarhana Tarmudi
wanitametro@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LANGKAH AWAL...pemberian vaksin seperti yang disyorkan mampu mencegah jangkitan.
LANGKAH AWAL...pemberian vaksin seperti yang disyorkan mampu mencegah jangkitan.
SEDANG mengira anda yang ke berapa? Pening memikirkannya dan tidak tahu apa harus dilakukan ketika mendapat tahu anda adalah satu daripada 12 orang yang menghidap hepatitis? Sedarkah anda bahawa virus ini pembunuh secara senyap? Tidak?
Mulai sekarang anda perlu mengambil berat mengenai bahaya penyakit ini jika sayangkan diri sendiri dan tidak dianggap sebagai penyebar virus hepatitis kepada generasi akan datang.
   
  • FotoROSAK...peringkat kerosakan hati akibat jangkitan virus hepatitis.
  • FotoMATA KUNING... antara gejala penghidap hepatitis.
Perunding Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Rosmawati Mohamed berkata, hepatitis adalah radang hati yang digelar pembunuh senyap kerana virus penyebab penyakit ini boleh hidup di dalam tubuh seseorang selama bertahun-tahun lamanya sebelum menimbulkan gejala.

"Ada ramai orang sihat yang dijangkiti virus Hepatitis B atau C tetapi masih belum dikesan kerana kesedaran tentang penyakit ini secara keseluruhannya masih rendah.


"Orang ramai enggan mempelajari mengenai virus ini kerana mereka menganggap diri mereka kebal terhadap hepatitis dan inilah sebabnya kami meraikan Hari Hepatitis Sedunia secara besar-besaran tahun ini," katanya.

Menurut Dr Rosmawati yang juga Ahli Majlis Eksekutif Gabungan Membasmi Virus Hepatitis di Asia Pasifik (CEVHAP), virus hepatitis B (HBV) dan C (HCV) merebak di kalangan masyarakat pada hari ini disebabkan beberapa faktor.

"HBV merebak melalui pendedahan kepada darah dan bendalir badan orang yang dijangkiti dan cara jangkitannya yang paling kerap berlaku di Asia Pasifik adalah melalui penularan daripada ibu pembawa virus berkenaan kepada bayi ketika bersalin.

"HCV pula berjangkit melalui pendedahan darah tercemar daripada pembawa virus. Misalnya perkongsian alatan suntikan ubat ataupun dadah. Virus ini jarang merebak melalui bendalir badan yang lain dan sesiapa yang menerima pemindahan darah sebelum 1993 berisiko tinggi dijangkiti HCV kerana ujian saringan darah hanya bermula di seluruh dunia pada 1990," katanya.

Tahukah anda hepatitis bermaksud radang hati dan hanya virus B dan C yang boleh menyebabkan kesan kronik kerana ia menyerang sel hati. Ketiadaan gejala awal menyebabkan jangkitan virus hepatitis B dan C lambat dikesan.

> Hepatitis B
Hepatitis B atau dikenali sebagai HBV adalah virus yang menyerang hati dan boleh menyebabkan jangkitan akut atau kronik. HBV merebak melalui pendedahan kepada darah dan bendalir badan orang yang dijangkiti.

Kira-kira dua bilion penduduk di seluruh dunia dijangkiti virus ini dan 350 juta daripadanya mendapat jangkitan kronik. Dianggarkan 600,000 pesakit hepatitis B meninggal dunia setiap tahun disebabkan kesan akut atau kronik HBV.

Hepatitis B banyak dilaporkan di Asia khususnya di China. Kebanyakan penghidap hepatitis B di rantau ini dijangkiti virus berkenaan ketika kecil dan dianggarkan lapan hingga 10 peratus penduduk dewasa Asia mendapat jangkitan kronik.

"Lebih kurang 25 peratus pesakit dewasa yang mengalami kesan kronik mendapat jangkitan ketika kecil dan kebanyakannya meninggal dunia akibat kanser hati atau sirosis. Virus HBV adalah 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit daripada HIV, namun ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin yang sudah diperkenalkan sejak 1989," katanya.

Ia boleh menyebabkan penyakit akut dengan tanda-tanda seperti:
  • Penyakit kuning pada kulit dan mata (jaundis)

  • Air kencing berwarna gelap

  • Keletihan melampau

  • Loya dan muntah

  • Sakit perut

    Tempoh untuk pulih antara beberapa bulan hingga setahun. Namun apa yang lebih penting untuk disematkan dalam fikiran, HVB juga menyebabkan jangkitan hati kronik yang boleh berkembang menjadi sirosis atau kanser hati.

    Kanser hati yang disebabkan HBV antara tiga penyebab pertama kematian penghidap kanser di kalangan lelaki manakala menjadi punca utama di kalangan wanita.

    Kemungkinan jangkitan HBV menjadi kronik bergantung kepada umur ketika dijangkiti. Lebih muda umur ketika dijangkiti HVB, lebih tinggi risiko untuk jangkitan menjadi kronik. Risiko inilah yang ditanggung 90 peratus bayi yang mendapat jangkitan pada tahun pertama kelahiran dan 30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang dijangkiti HVB pada usia satu hingga empat tahun.

    Namun jika jangkitan berlaku ketika dewasa, 90 peratus kes (di kalangan individu dewasa sihat) akan pulih dan badan berupaya menghapuskan virus berkenaan dalam tempoh enam bulan.

    Jangkitan kronik yang tinggi juga dilaporkan di Amazon, bahagian tenggara dan tengah Eropah serta India (membabitkan dua hingga lima peratus penduduk) berbanding kurang satu peratus di kalangan penduduk di Eropah Barat dan utara Amerika.

    "HBV disebarkan melalui bendalir badan seperti darah, air mani dan cecair faraj daripada orang yang dijangkiti. Ini adalah kaedah jangkitan yang sama bagi virus human immunodeficiency (HIV) tetapi HBV 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit.

    "Tidak seperti HIV, HBV boleh hidup di luar tubuh sekurang-kurangnya tujuh hari dan dalam tempoh ini, virus masih boleh menyebabkan jangkitan jika masuk ke badan manusia. Di negara maju seperti di Eropah barat dan Amerika Utara, kebanyakan jangkitan di kalangan golongan muda dan dewasa adalah melalui aktiviti seksual dan perkongsian jarum suntikan dadah. Bagaimanapun, HBV tidak boleh disebarkan melalui makanan, air tercemar dan hubungan kasual di tempat kerja," kata Dr Rosmawati.

    Secara purata, tempoh inkubasi virus (dari saat dijangkiti hinggalah menimbulkan gejala) adalah 90 hari, tetapi boleh mengambil masa antara 30 hingga 180 hari. Ia boleh dikesan antara tiga hingga 60 hari selepas jangkitan.

    > Hepatitis C
    Bagi mereka yang dijangkiti HCV, 70 hingga 90 peratus akan mengalami kesan kronik yang dihidapi kira-kira 180 juta orang di seluruh dunia dan daripada jumlah ini, lebih 350,000 pesakit meninggal dunia setiap tahun.

    Antara kumpulan berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan HCV adalah penagih dadah khususnya yang berkongsi jarum suntikan. Faktor lain ialah penerimaan darah tercemar melalui pemindahan darah sebelum saringan virus hepatitis diperkenalkan, menindik tubuh menggunakan alatan yang tidak dibasmi kuman dan pemindahan virus daripada ibu yang dijangkiti kepada bayinya ketika bersalin.

    Kelakuan seksual yang berisiko tinggi seperti mempunyai pasangan seks yang ramai dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan HCV.

    Hepatitis C dianggap sebagai pembunuh senyap kerana ramai orang tidak dapat melihat gejala jangkitan khususnya pada peringkat awal.

    Bagaimanapun sesetengah pesakit akan mengalami gejala ringan selepas dijangkiti seperti:

  • Demam

  • Keletihan

  • Hilang selera makan atau anoreksia

  • Sakit perut

  • Air kencing berwarna gelap

  • Alami penyakit kuning pada kulit atau mata

  • Loya dan muntah

  • Sakit otot dan sendi

  • Kebimbangan dan kemurungan

    HCV mempunyai enam genotip utama iaitu satu hingga enam. Bagi genotip pertama, ia boleh dikesan melalui ujian klinikal, namun oleh kerana sukar mendapat keputusan yang tepat menjadi punca utama kelewatan pengesanan kepada 60 peratus jangkitan di seluruh dunia termasuk di Eropah, Timur Laut Amerika dan Jepun.

    Penting bagi pakar perubatan yang merawat dalam menentukan genotip HCV pesakit kerana maklumat ini mungkin akan memberi kesan kepada keputusan mengenai jenis dan tempoh rawatan.

    > Rawatan
    "Pada mulanya, jangkitan menyebabkan hepatitis akut dan jika ia melebihi enam bulan digelar jangkitan kronik. Selepas sekurang-kurangnya 30 tahun, sirosis mungkin berlaku dalam 25 peratus pesakit kronik yang kemudian boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati dan kanser hati.

    "Rawatan HCV dan HBV boleh diberikan pada masa yang sesuai walaupun dikesan pada peringkat sirosis kecuali pada mereka yang telah sampai tahap terakhir," katanya.

    Namun tiada rawatan khusus bagi penghidap HBV akut. Pesakit hanya perlu memberi tumpuan pada penjagaan yang harus diberi tumpuan dilakukan bertujuan untuk mengekalkan keselesaan dan imbangan pemakanan yang mencukupi termasuk penggantian cecair yang hilang disebabkan mengalami muntah dan cirit-birit.

    HBV kronik boleh dirawat dengan ubat-ubatan, termasuk interferon (bahan protein) dan ejen antivirus yang boleh membantu sesetengah pesakit selain kos rawatan menelan belanja beribu-ribu dolar setahun.

    Ia selalunya boleh membawa maut dan sering terjadi di kalangan mereka pada usia paling produktif dan mempunyai tanggungjawab keluarga.

    Di negara membangun, kebanyakan penghidap kanser hati meninggal dunia beberapa bulan selepas didiagnos tetapi di negara yang berpendapatan lebih tinggi, pembedahan dan kemoterapi dilakukan bagi memanjangkan umur pesakit sehingga beberapa tahun.

    HVB boleh dicegah melalui pengambilan vaksin ketika bayi yang diberikan sama ada tiga atau empat dos berasingan. Ia sudah dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan di negara ini sejak 1989. Di kawasan yang mempunyai risiko penyebaran HBV melalui ibu kepada bayi, dos pertama diberikan dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan.

    Jika mendapat dos lengkap, tahap antibodi meningkat kepada 95 peratus di kalangan bayi, kanak-kanak dan golongan muda. Selepas usia 40 tahun, tahap antibodi menurun kepada kurang 90 peratus dan pada umur 60 tahun, tahap antibodi hanyalah antara 65 hingga 75 peratus saja.

    Sejak 1982, lebih satu bilion dos vaksin HBV digunakan di seluruh dunia dan dapat mengurangkan kadar jangkitan kronik sehingga satu peratus di negara yang mempunyai lapan hingga 15 peratus kanak-kanak berada pada tahap kronik.

    Pada Disember 2006, 164 negara memberi vaksin kepada bayi dalam program imunisasi kebangsaan. Ini satu peningkatan memberangsangkan kerana pada 2002, hanya 31 negara yang memberikan vaksin HBV kepada rakyatnya.

    "Di negara vaksin HBV untuk bayi mula diberikan pada 1989 dan untuk mendapat perlindungan terbaik, setiap bayi memerlukan tiga dos suntikan iaitu dos pertama selepas bayi dilahirkan dan dua dos lagi dalam tempoh enam bulan.

    "Ia dapat memberi perlindungan kepada 95 peratus saja kerana kadangkala jangkitan masih berlaku jika tahap HBV ibu amat tinggi, vaksin lambat diberikan atau tidak mendapat ketiga-tiga dos seperti dijadualkan," katanya.

    Menjelang Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai ini, 6,000 pengunjung yang paling awal mendaftarkan diri di laman web rasmi (www.myhepatitisday.com) akan dapat menjalani ujian saringan hepatitis secara percuma di 20 hospital yang mengambil bahagian di seluruh negara.

    Acara utama Hari Hepatitis Sedunia akan berlangsung pada 16 dan 17 Julai di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pameran foto montaj, pusat kaunseling untuk pemvaksinan hepatitis serta ujian hepatitis.


    >INFO
    Golongan terdedah aktiviti di bawah ini berisiko tinggi untuk dijangkiti:

  • Berkongsi alatan suntikan ubat ataupun dadah.

  • Berkongsi pisau cukur, berus gigi dan peralatan lain seperti gunting kuku yang mungkin tercemar dengan darah.

  • Penggemar tatu dan menindik telinga atau badan dengan alatan yang tidak dibasmi kuman.

  • Menerima darah tercemar melalui pemindahan darah sebelum saringan virus hepatitis diperkenalkan.

  • Penularan daripada ibu penghidap HBV kepada bayi ketika bersalin antara cara paling kerap penyebarannya.

    Mesej penting yang boleh dijadikan panduan bagi mengelakkan jangkitan virus ini :

  • Pencegahan: 'Dapatkan pencegahan' - mengetahui risiko HBV dan HBC adalah langkah penting mencegah jangkitan baru.

  • Diagnosis : 'Dapatkan pemeriksaan' - menjalani ujian darah adalah cepat dan mudah. Sekiranya seseorang merasakan mereka berisiko tinggi, mereka perlu menjalani ujian saringan dengan serta-merta.

  • Perlindungan : 'Dapatkan Vaksin' - terdapat vaksin untuk HBV dan penyakit ini dapat dicegah melalui imunisasi.

  • Rawatan: 'Dapatkan rawatan' - rawatan untuk kebanyakan virus berkenaan adalah berkesan.

    Kumpulan berisiko tinggi perlu vaksin:

  • Mereka yang gemar melakukan hubungan seksual dengan ramai orang.

  • Rakan dan kenalan isi rumah yang dijangkiti HBV.

  • Penagih dadah.

  • Mereka yang sering memerlukan pemindahan darah.

  • Penerima pemindahan organ pepejal.

  • Pekerja yang berisiko mendapat jangkitan misalnya pekerja kesihatan.

  • Pelancong antarabangsa.




  • --
    Posted By Farezal Ramli to Liver Tonic Advisor at 7/11/2011 05:04:00 PM

    __._,_.___
    Recent Activity:
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

    MARKETPLACE

    Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

    .

    __,_._,___

    No comments:

    Post a Comment