Tuesday, July 19, 2011

RG2011... RE: Kehebatan doa ibubapa terhadap anak-anak

 



 
 
اسلام عليكم ورحمة الله  وبركته
 
 

Kehebatan doa ibubapa terhadap anak-anak

Sejauh manakah ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka? Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.

Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan 
ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi 
menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Rasulullah SAW dalam hadis yang 
diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
 
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
 
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian 
manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada 
syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! 
Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya 
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan kami. Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
 
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan 
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah 
doa permohonanku
 
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku 
serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan 
amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
 
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam 
(yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami:
umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami 
syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya 
Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
 
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa 
dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri 
dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, 
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 
Al Furqan 25 ayat 74
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
 
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi 
masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat 
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang 
dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah 
Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
 
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
 
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
 
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
 
Taha
 
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
 
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
 
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
 
http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/20_5.png
Ayuh semua mari kita amal ajaran Islam yang suci ini, mari kita sama amalkan 
doa-doa yang mustajab ini pada anak anak kita.
Antara masalah keluarga dan anak tak dengar cakap ialah, pendekatan kita dalam 
mendidik. Doa ini boleh di baca bila-bila masa, atau selepas sembahyang. 
Jika tak mampu hafal, memadai doa mengikut makna ayat di atas.

DOA IBU BAPA PADA ANAK ADALAH ANTARA DOA YANG AMAT MUSTAJAB DAN DI PERKENAN ALLAH

http://myzarra.blogspot.com/ - layarilah laman web yg dinyatakan jika ayat2 qur'annya 
tidak kelihatan. 

                  
                   
U mean everything 2 me

    Zaharah Ibrahim   



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment