Thursday, July 7, 2011

RG2011... Resepi Apam Eno..

Resepi untuk minum petang arini.. APAM ENO.. Sorryla yer gambar apam jadi cmni sebab suami dah tak menyempat-yempat nak makan..

LANGKAH 1: SEDIAKAN IBU APAM
Ibu apam perlu disediakan lebih awal. Sekurang-kurangnya sehari sebelum apam ingin dimasak.
 
Bahan-bahan:
2 cwn nasi
1 cwn air
1 biji ragi

Cara-cara:
1. Rendam ragi dalam 1/2 cwn air supaya ia lembut.
2. Blender nasi, lebihan air (setengah cwn) dan ragi berserta air yg merendamnya sehingga halus. Kalau tak ada blender guna sudu pn boleh tekan-tekan hingga butiran nasi tidak nampak lagi. Ia akan menjadi seakan-akan bancuhan tepung dan air.
3. Simpan dalam bekas bertutup di dalam fridge (bkn dalam freezer tau) selama 1 hari paling singkat. Kalau nak peram lama pun tak pe.

LANGKAH 2: ADUNAN APAM
Bahan-bahan:
1 paket tepung beras.. diayak
3 senduk (besar) ibu apam
1/2 cwn gula.. kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi
2 cwn air
2 paket eno.. guna yang peket biru tau (tiada perisa)
3 senduk (besar) sunquick campuran mangga

Cara-cara:
1. Panaskan pengkukus dengan api besar.
2. Campurkan semua bahan kecuali eno dan sunquick. Pastikan adunan tidak bergentel dan mengalir lembut.
3. Bila pengkukus telah betul-btul panas, kecikkan api.
4. Capmpurkan sunquick dalam adunan tadi. Ratakan.
5. Kemudian masukan eno. Masukkan sepeket dan kacau rata setelah rata masukkan sepeket lagi.. Hanya masukkan ena bila betul2 nak kukuskan adunan ini. Adunan akan naik dua kali ganda.
6. Kemudian pindahkan adunan dalam mangkuk acuan atau loyang. Saya guna loyang sbb nak mudahkan kerja.
7. Adunan dikukus menggunakan api yang kecil. Kalau guna mangkuk acauan yang kecik , kukus selama 10-15 min atau sehingga terbentuk rekahan pada adunan. Kalau guna loyang besar, kukus selama 30-45 minit atau sehingga terbentuk rekahan pada tengah-tengah adunan. Setelah masak tutup api dan biarkan selama 2-3 minit sebelum dikeluarkan dari pengkukus (ini hanya untuk menggunakan loyang yang besar seperti saya).
8. Dah siap bolehla dimakan bersama parutan kelapa putih yang telah ditambah sedikit garam.

p/s Kalau tidak suka Sunquick tu boleh diganti dengan pewarna. Titikkan dalam 3-5 titisan sahaja. Kalau nak warna pekat bolehla tambah lagi.
Kalau nak buat apam perisa coklat.. bancuhan apam (no. 2) di ambil dalam semangkuk dan ditambahkan dengan 2 senduk serbuk koko/milo. Kacau rata. kemudian bancuhan ni dituang dalam bancuhan selebihnnya.. Pastikan ia tidak bergentel..
Untuk keluarkan apam dari mangkuk adunan.. rendamkan acuan dalam air buat seketika lepas tu bolehla dikeluarkan.Tapi hati-hati jangan apam terendam air tu dah la yer..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment