Sunday, July 10, 2011

RG2011... SPR Perlu Sedar

 

 

Eksklusif: Himpunan Bersih 2.0, SPR Perlu Sedar Bahawa Ramai Rakyat Malaysia Kini Tidak Mahu Terus Di Tipu Dalam Pilihanraya Buat Selamanya

PDO
 
 
Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara selama secara dasarnya telah berjaya. Biar pun kerajaan UMNO BN pimpinan PM Najib Razak mengatakan polis yang berjaya, namun hakikatnya polis telah gagal menghalang puluhan ribu rakyat untuk hadir berbondong-bondong bagi menyertai himpunan tersebut semalam. Sekatan jalan raya yang dilakukan di sana sini, gagal menghalang rakyat untuk bersama-sama menyatakan bantahan terhadap kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Rakyat sudah tidak rela untuk terus ditipu lagi. Mereka bangkit menyatakan bantahan demi untuk melihat keadilan tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Biarpun seribu alasan yang diberika oleh SPR, namun hakikatnya memang mereka adalah penipu besar yang telah memenangkan UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya. Memang benar, ada diantara pemimpin UMNO yang begitu lantang mengatakan jika SPR tidak telus dan adil masakan pula pembangkang boleh menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di parlimen. Malah, pembangkang menang di beberapa buah negeri. Itulah kenyataan yang diulang-ulang bagi membuktikan kononnya SPR itu bersikap adil. Jika ahli politik yang berkata demikian, mungkin ia tidak menjadi satu kemusykilan. Namun terkadang pemimpin SPR sendiri yang turut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Bukankah ini amat tidak wajar. Nampak benar SPR mengalunkan lagu yang sama dengan pemimpin UMNO BN sejak sekian lama. Padahal mereka lupa, jika SPR itu telus dan adil, bukan 2/3 majoriti dinafikan dan bukan lima negeri yang tumbang. Malah, sudah pasti Putrajaya juga telah ditakluki berdasarkan undi popular yang diterima daripada majoriti rakyat. Maknanya, sehebat mana SPR menipu tetapi banyak lagi undi daripada rakyat yang diterima untuk perubahan. Lantaran itulah, kita agak hairan bila SPR nyata berpihak kepada UMNO BN dalam apa jua keadaan sekali pun. Malah, ia semakin menjadi-jadi terutamanya dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini.
 


[Maka itu, adalah wajar SPR sedia melakukan perubahan dan tidak terus menjadi tali barut dan talian hayat untuk UMNO BN semata-mata. Mereka dibayar gaji oleh duit rakyat dan amanah yang dipertanggungjawab itu perlulah dipikul dengan sebaik mungkin. Bukannya dikhianti seperti yang berlaku hari ini. Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam adalah bukti kebangkitan suara rakyat. Jika dilihat kepada bilangan mereka yang hadir, ternyata ia cukup luar biasa dan menakjubkan. Hanya pemimpin UMNO BN sahaja yang tidak mahu melihat kebenaran dan mengatakan himpunan tersebut gagal mendapat sambutan. Soalnya sekarang, apakah SPR mahu melakukan transformasi ke arah pilihanraya yang telus dan adil selepas ini?. Atau, mungkinkah mereka akan terus melihat kebangkitan suara rakyat terus bergema untuk menuntut perubahan?. Soalnya, sampai bilakah kita harus terus begini dan ditipu setiap kali musim pilihanraya?].
 
 
Kejayaan Gemilang BERSIH - Terbukti Tiada SENJATA DAN MOLOTOV *****TAIL
 
selatanonline
Kiriman gelang_2girl

 
" DS Anwar cedera ditumbuk bersama Pengawalnya

SEMPURNA sudah Perhimpunan Bersih 2.0 hari ini dengan kejayaan paling gemilang. Meskipun diugut, diancam malahan terlebih awal lagi beberapa tangkapan telah dilakukan oleh rejim namun Perhimpunan BERSIH berjaya menembusi kubu yang dikatakan paling kukuh dan berstrategi oleh PDRM itu.

Lebih 50,000 berada di tengah Ibu Kota petang tadi berjaya menggagalkan sekatan setiap penjuru alam. Jumlah itu tidak termasuk beribu-ribu lagi yang terkandas di pertengahan jalan menuju ke K.Lumpur akibat sekatan jalanraya di lebuh-lebuh raya samada dari Utara, Timur dan Selatan yang bermula awal pagi semalam lagi.

Apabila melihat sendiri suasana kehadiran ramai pejuang-pejuang BERSIH yang langsung tidak menghiraukan amaran mengarut oleh KPN malam tadi, saya tertanya-tanya di mana PERKASA dan Ibrahim Ali? Difahamkan kumpulan mereka sekitar 20 orang sedang enak menjamu selera di sebuah restoren sambil menonton TV yang melaporkan keadaan semasa di lokasi perhimpunan. Di mana pula Omar Din, Guru Silat Lincah beserta anak-anak buahnya yang sebelum ini menyalak setiap malam di kaca TV kununnya ingin berada di barisan hadapan menentang kemaraan BERSIH?

Biar saya realistik dan tidak `double standard.' Satu pujian harus diberikan kepada kumpulan `Patriot' di bawah Ketua Pemuda Umno, KJ yang berani merealisasikan perhimpunan secara aman ini. Meskipun kumpulan beliau hanya sekitar 300 orang berbaju merah, namun setidak-tidaknya mereka lebih `jantan' dari PERKASA dan kumpulan Omar Din. BERSIH tidak bertempur pun dengan Patriot kerana masing-masing tahu erti yang terkandung di dalam Perlembagaan berkaitan hak berhimpun secara aman.

Timbul pertanyaan setelah semuanya selesai sebentar tadi, iaitu mana dia parang, senjata merbahaya atau `molotov coktail'? Mana dia pemimpin yang berjiwa `komunis' yang ingin merampas kuasa? Berapa bijikah bangunan atau kereta yang dibakar? Bayangkan jika di dalam keadaan perhimpunan tersebut diprovokasi oleh pihak Polis dan FRU, tiada apa pun yang berlaku seperti yang dikatakan tadi, adakah jika perhimpunan ini dibenarkan secara aman di Stadium Merdeka akan berlaku kejadian-kejadian tersebut?

Akhirnya, marilah kita berfikir secara bijak adakah kita perlu lagi kepada kerajaan zalim seperti ini? Bertuahnya kita di dalam PR kerana mempunyai pemimpin seperti DS Anwar, Tuan Guru Hj Hadi, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Tian Chua dan ramai lagi yang sanggup merasa sakit dan susah bersama kita. Di mana Najib dan Rosmah juga Muhyiddin? Mereka hilang dan meninggalkan pihak Polis untuk bertempur dengan rakyat. Di saat DS Anwar terbaring di Hospital akibat ditumbuk bersama Pengawal Peribadinya, ketika Tuan Guru Hj Hadi ditahan dan digari mungkin ketua rejim bersama isterinya kini bersuka ria di luar negara.

Syabas BERSIH, syabas rakyat dan syabas Patriot. Takziah buat Perkasa, Omar Din dan anak-anak buahnya serta PDRM. Masa akan tiba rejim pasti tumbang./
wfauzdin.blogspot.com


 
 
 
 
 
 


DS Anwar cedera ditumbuk bersama Pengawalnya
 
Posted by ahmadi

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment