Wednesday, September 21, 2011

Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]

 

ya sdr megat..ko jgnla melampau sgt ngutuk org..ntah ape ko lagi x senonoh dari org yg ko kutuk tu...
 

From: mohd irwan <irwanfitri@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, September 21, 2011 4:36 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]

 

 
Minta maaflah saudara Megat. Kenyataan awak ni tidak cerdik dan langsung tidak boleh diterima sebab ia bersifat emosi dan menghukum. Awak membuat rumusan tidak berdasarkan fakta. Surat terbuka itu datangnya daripada orang yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut. Beliau memang dikenali sebagai antara pegawai tertinggi PDRM. Jika ini khabar angin yang bukannya datang daripada beliau, pasti beliau sudah buat kenyataan akhbar atau apa sahaja cabang media yang ada untuk membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan penularan surat ini secara meluas, sebab surat terbuka ini sudah lama wujud. Bukan baru semalam. Hati2 lah dengan kata2 kita, takut2 ia menjadi fitnah yang amat besar dosanya di sisi Allah swt. Kes DSAI ini ada kemungkinan DSAI salah dan ada kemungkinan tidak. Hanya DSAI, pihak pendakwa dan Allah yang tahu siapa benar siapa salah. Semoga kita semua dilindungi dari fitnah hidup dan mati, dan fitnah dajjal laknatullah. Wallahualam

From: Megat <megat@meinhardt.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, September 21, 2011 8:36 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]

 

Kalau pasal anwar.. emmpp.. korang tulis lo cam mana sekalipun. anwar mmg x bleh pakai!! dia x layak jadi pemimpim. bukan setakat tak layak jadi pemimpin tertinggi..malah tak layak untuk jadi anggota kerajaan. memalukan!!
----- Original Message -----
From: Mohd Halim
Sent: Sunday, September 18, 2011 11:25 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]

Jadi kalau kita tak tahu mana yang betul atau mana yang salah takusah nak mengatakan yang itu dan ini. Kita berdoa dan tunggu balasan dari Nya sudah cukup supaya kita tidak tersalah dengan membuat andaian yang tidak benar/


From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, September 15, 2011 7:52 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...

Allah maha mengetahui....kita x tau tetapi bagi sy Allah maha adil...kita tgk aje lah...Allah tidak akan menginaya seseseorang....percaya lah...dan Allah akan membalasnya di dunia juga jadi kita sendiri muhasabah diri dan fikir2kan lah....

From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, September 14, 2011 10:47 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...

Berita macam ni boleh percaya kee sesiapa pun oleh tulis macam ni Allah sajhaja yang tahu kebenarannya 

From: wakkam <naim_222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 13, 2011 1:20 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...



aadddooooiiiiii llleeeeeee.....pampasan tak dapat ke?......kalo bukti paslu tapi dipenjarakan jugak.....undang² dan mahkamah dunia nih boleh le

so sapa yg salah nih??.....peguam ke hakim ke......yg mana 1 betol nih??.......aadddoooiiii llleeee Malaysia




From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 13, 2011 12:07 AM
Subject: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...

 
----- Original Message -----

Naya hang Anwar.. dah la penjara 6 thn bukan kes liwat pun..atas sbb rasuah..tapi yg tu pun bukti palsu...


 
'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar'

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

"Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

"Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua," katanya dalam surat itu.

"Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 "Doctor in the House", khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

"Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan," tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

"Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran," katanya.
 












__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment