Monday, September 19, 2011

Re: RG2011... Fw: Kerajaan BN Setuju Memansuhkan ISA

 

Tetiba teringt dlu ms kecik2, pakcik sy Tukarkan 20SEN (1 KEPING) dgn
10SEN (2 KEPING) tapi sebenarnyer nilai kedua2nya tetap sama, 20SEN.
hahaha

On 9/19/11, ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
> ----- Original Message -----
> From: ::-eSpAcE 9808-::
>
>
> Najib Mansuhkan ISA Dan Reaksi Segera Beberapa Pihak
> Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
>
>
>
> KUALA LUMPUR, 15 Sept - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan
> sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan
> keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
> Razak.
> Selain itu kerajaan juga mengumumkan tiga proklamasi berkenaan dengan
> darurat yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu akan ditamatkan.
> "Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula
> mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta
> Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.
> "Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah
> ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus," kata beliau dalam perutusan khas
> sempena Hari Malaysia malam ini.
>
> Kata beliau, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan
> perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua
> undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung
> Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
> "Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan,
> kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara," kata
> Najib.
>
> Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka
> yang terbabit terpelihara.
> "Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan
> asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
>
> "Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang
> secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan
> apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali
> undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,"
> kata beliau.
> Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana
> individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
>
> Malah menurut beliau, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih
> daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang
> berkaitan keganasan itu.
>
> "Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan
> memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa
> undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa," kata beliau
> sambil menambah, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau
> memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
>
> Selain itu Najib juga mengumumkan bahawa:
> - Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
> - Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira
> peruntukan
> - Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan
> akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
>
> Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun
> dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.Namun,
> katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan
> ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat
> antarabangsa.TMI
>
> Walaupun dilihat sebagai langkah positif, pengumuman mengejutkan Datuk Seri
> Najib Razak, antaranya pemansuhan akta ISA, masih terdapat pihak yang masih
> meragui keikhlasan perdana menteri. Berikut reaksi segera terhadap ucapan
> Najib yang ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia yang
> akan disambut esok:
>
> Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee
>
> Majlis Peguam Malaysia memuji perdana menteri yang maju jauh dan berjanji
> memansuhkan dan mengkaji semula cebisan undang-undang yang ketinggalan zaman
> dan menekan.
>
> Ini langkah utama ke arah mengembalikan kedaulatan undang-undang dan
> menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ini tindak balas yang betul perdana
> menteri kepada suara rakyat. Majlis Peguam bersungguh-sungguh menanti
> butiran lanjut proses ini.
>
> Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh
>
> Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA
> sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi
> undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap
> perjuangan kita belum selesai.
>
> Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua
> (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi.
>
> Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman
>
> Isu sebenar kebebasan media di Malaysia bukan pembaharuan permit tahunan.
> Isunya, susah atau senang mendapatkan permit penerbitan dan percetakan.
>
> Dari segi prinsipnya, konsep mengenakan permit untuk media itu sendiri satu
> halangan besar kebebasan. Sepatutnya, media tidak memerlukan permit, sudah
> memadai mendaftar akhbar, majalah, portal berita seperti kita mendaftar
> sebuah syarikat atau mendaftar kenderaan.
>
> Keputusan mutlak menteri untuk memberi atau menarik balik permit (dan tidak
> boleh dicabar di mahkamah) seperti dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak
> sekarang masih kekal dan tidak disentuh sama sekali dalam ucapan perdana
> menteri.
>
> Sepatutnya perkara ini dihapuskan. Perdana menteri juga menyentuh beberapa
> lagi akta yang mengekang kebebasan pengamal media seperti Akta Hasutan dan
> Akta Rahsia Rasmi. Jadi, pengumuman Datuk Seri Najib hanya sebagai di
> permukaan, banyak hal asas (fundamental) tidak diusik (dipinda).
>
> Isteri mangsa bekas tahanan ISA Norlaila Othman
>
> Kami tidak tahu hendak (kata) alhamdulilah atau bersorak "yahoo" sebab sudah
> banyak kali kena tipu. Selagi Kem Kamunting tidak ditutup, selagi semua
> tahanan tidak dibebaskan dan selagi ISA tidak lagi menjadi akta baru kami
> akan percaya.
>
> Walaupun ISA dimansuh, dia boleh buat akta baru pada bila-bila masa saja.
> Kita tidak mahu akhirnya cuma tukar nama sahaja.
>
> Presiden MIC Datuk G Palanivel
>
> Ia pengumuman yang tepat pada masanya dan menunjukkan bahawa kita berubah
> dari masa ke semasa. Ia juga menunjukkan kerajaan mendengar suara
> rakyat.Malaysiakini
>
> AJK Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad
>
> Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman
> tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti
> pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.
>
> Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang
> dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.
>
> Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan
> pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya
> dalam bentuk "janji lisan".
>
> "Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan
> rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
>
> "Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya,"
> katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
>
> Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah
> diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan
> dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.
>
> "Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi
> ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.
>
> "Kita tak kisah mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya
> untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.Hrkh
>
>
>
> Mansuh ISA : Waspada Dengan Dua Akta Baru - Bekas Tahanan
> Posted by greenboc
>
>
> Bekas Tahanan ISA yang dianggap subversif oleh Kerajaan Pusat menyambut baik
> pengumuman memansuhkan akta 'kejam' itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri
> Najib Razak semalam.
>
> Bagaimanapun mereka memberi amaran agar berwaspada dan berhati- hati
> terutamanya dengan pengumuman dua lagi akta yang bakal digubal yang bakal
> menjadi 'alternatif' kepada ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang
> digunakan saban tahun untuk menahan tanpa bicara sesiapa sahaja mengikut
> perkenan Menteri Dalam Negeri.
>
> ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim menyatakan kemungkinan Najib melakukan
> hal ini sekarang setelah 3 tahun mengambil alih jawatan Perdana Menteri
> adalah untuk memancing sokongan rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke 13, yang
> boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.
>
> "ISA telah digunakan berpuluh tahun untuk menunduk dan menganiaya mangsa.
> (Persoalannya) mengapa sekarang? Ini mungkin berkaitan Pilihan raya dan
> (Sokongan) Mungkin lemah. Beliau (Najib) nak dapat sokongan rakyat, kena
> buat sesuatu," kata beliau ketika ditemui TV Selangor semalam.
>
> Pengumuman Najib memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 mengejutkan
> khayalak rakyat namun boleh dijangka lantaran khabar angin bertiup kencang
> sebelum ini menyatakan Najib bakal menarik kembali akta ini bagi
> meningkatkan populariti dan sokongan terhadap pentadbirannya.
>
> Najib turut menyatakan kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana
> individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
>
> Dr Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia ditahan selama 15 Bulan
> dibawah akta yang disifatkan beliau sebagai 'zalim' itu semala Operasi
> Lalang pada tahun 1987.
>
> Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 ahli
> politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan menyaksikan
> pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.
>
> Selain Dr Nasir, turut ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Suhaimi
> Said, Kua Kia Soong, Chandra Muzaffar, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi
> Ibrahim.
>
> Menurut beliau walaupun dimansuhkan, jentera yang digunakan untuk ISA masih
> boleh digunakan sebagai tujuan lain seperti penggunaan Ordinan Darurat
> terhadap 6 ahli PSM beberapa bulan lalu yang dianggap Dr Nasir sebagai
> tindakan ISA yang dinamakan di bawah undang-undang berlainan.
>
> Justeru, beliau melahirkan kerisauan mengenai undang-undang baru yang
> dikatakan bakal menggantikan ISA serta meminta orang ramai mengkajinya
> terlebih dahulu.
>
> "Apa yang kita risau ialah kerana mereka guna ISA dengan sempurna untuk
> memusnahkan musuh mereka, mereka akan ada alternatif..ini kontradiksi.
> Bermakna ia (hanya) wayang. Tidak ikhlas.
>
> "Hanya kita berharap rakyat tak dipengaruhi gula-gula seperti ini. ISA, kena
> kaji adakah masih dijaga 'jentera-jentera' yang digunakan. Apa jenis
> (undang-undang) alternatif mereka ada. Adakah alternatif itu akan turut
> menganiaya rakyat?" kata beliau.
>
> Seorang lagi bekas Tahanan ISA Hishammudin Rais mengambil sikap tunggu dan
> lihat mengenai 'alternatif' kepada ISA yang bakal digubal kelak.
>
> "Adakah ISA ini telah dimansuh keseluruhannya. Jika dimansuhkan
> keseluruhannya, ia keputusan baik, tanda proses pendemokrasian telah berlaku
> di Malaysia. Dan apakah satu lagi perundangan akan dibuat, kita akan
> bincangkan kemudian," kata beliau.
>
> Hishammudin ditahan ISA dua kali, pertama pada 1994 dan kedua pada April
> 2001 atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan
> dan keganasan.
>
> Beliau mengajak rakyat melihat betapa suara mereka mampu didengari jika
> mereka bersatu menentang kezaliman.
>
> "Kita juga harus memahami latar belakang yang melahirkan suasana ini, latar
> belakang ini ialah kerana ketika ini pimpinan UMNO lemah. Kerana kelemahan
> ini mereka perlukan sokongan. Ini tunjukkan rakyat kuat. Tuntutan mansuhkan
> ISA berjaya, tuntutan PPPA semua beraya. Ini tunjukkan rakyat kuat bila
> kerajaan lemah.
>
> Sementara itu Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr Rohana Ariffin pula
> menyatakan betapa hal ini merupakan pencapaian positif yang patut
> dibanggakan golongan pembangkang dan progresif yang telah sedaya upaya
> menentang akta ini.
>
> "Pemansuhan ISA satu tindakan positif dan ini bermakna tiap-tiap orang itu
> akan dapat pembelaan jika dituduh subversif. Tapi di sini, ada pula
> undang-undang baru seperti di England dan seterusnya seperti Anti Terrorist
> Act. Ini juga akan beri kuasa kepada Kerajaan. Pemansuhan ISA telah lama
> diperjuang golongan Pembangkang dan Progresif di Malaysia. Dan ini merupakan
> satu pencapaian positif kepada rakyat Malaysia," kata beliau. -tvsnews
>
>
> PM Najib Razak Akhirnya Umumkan Kerajaan BN Setuju Memansuhkan Akta
> Keselamat (ISA) 1960 Serta Kaji Hapus Undang-Undang Tidak Relevan!
> PDO
>
>
> KUALA LUMPUR 16 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam
> tadi mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
> Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di
> RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di
> samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia
> memenuhi kehendak semasa.
>
> Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
> semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah
> perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya
> ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara. "Pokoknya, akta-akta
> itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan,
> kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. "Seperti mana yang saya
> janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih
> jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara
> komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang
> bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,'' kata Perdana Menteri.
>
> Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan
> hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. "Apa-apa undang-undang yang
> diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan
> Perlembagaan Persekutuan. "Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan
> tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada
> apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan
> perintah mahkamah,'' ujarnya Bagaimanapun, Najib berkata, undang-undang
> berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa Menteri.
>
>
>
> Kerajaan Kaji Hapus Undang-Undang Tak Relevan
>
> PDO
>
>
>
>
> Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen
> bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana
> ideologi politik. "Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih
> daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang
> berkaitan keganasan,'' katanya lagi. Beliau menambah, kerajaan juga tidak
> akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak
> relevan.
>
> Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa
> undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta
> Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Bagi Akta
> Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan
> sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia
> dibatalkan,'' katanya. Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula
> Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10
> Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip
> menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan, Namun katanya, kebenaran
> berhimpun diberikan selaras dengan kaedah yang akan ditetapkan kelak di
> samping ambilkira norma di peringkat antarabangsa.
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment