Monday, September 19, 2011

RG2011... Amerika Mempunyai Sistem Kesihatan Terburuk di Dunia

 

Salam alaik,

Negara paling berkuasa di dunia kononnya, tetapi mempunyai sistem kesihatan terburuk di dunia untuk rakyatnya.

Sistem ini telah dimulakan oleh presiden korup Richard Nixon dan terus diperkukuhkan oleh presiden paling korup iaitu George Bush Jr.

Kesemua 14 Ahli Kongres yang telah membantu George Bush Jr untuk meluluskan rang undang-undang, telah berhenti kemudiannya dan bekerja dengan syarikat Insuran dan Farmasi. Syarikat-syarikat ini juga berada di Malaysia.

Jadinya 3 pihak bekerjasama untuk menjahanam kehidupan rakyat Amerika yang sakit - pihak Insuran, Hospital dan Farmasi. Ketiga-tiga ini sangat keji dan hina. Keuntungan mereka berlipat kali ganda.

Ramai pesakit tidak diberikan rawatan sehingga maut. Bukan kerana mereka tiada insuran. Tetapi Syarikat Insuran mengelak dari membayar dengan 1001 jenis alasan. Sehingga ada department khas dinamakan DENIAL dan department khas SIASATAN UNTUK DENIAL.

RAMAI petugas-petugas dan sukarelawan 9-11 yang telah bertungkus-lumus semasa malapetaka itu, sehingga kini telah tidak dapat sebarang bantuan rawatan dan perubatan. Mereka terus-menerus ditolak oleh pihak Hospital dan Insuran.

Sila lihat video oleh Micheal Moore di sini : http://topdocumentaryfilms.com/sicko/

Anda akan terperanjat betapa siksanya kehidupan sebenar rakyat Amerika yang selama ini dibangga-banggakan dan ditakjub oleh ramai rakyat Malaysia.

Untuk para peminat budaya Amerika, saya galakkan anda untuk berpindah ke sana secepat mungkin. Semoga anda kecapi sendiri nikmat idaman. Jangan lupa untuk keluarkan semua duit EPF anda, jual harta-benda dan apa saja. Anda akan amat memerlukannya di sana kelak apabila jatuh sakit. Sekali rap wang anda akan dikatamkan oleh pihak Hospital.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.-------------------------http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment