Friday, September 9, 2011

RG2011... Fw: Pemegang saham mogok lapar tuntut RM70 juta

 

----- Original Message -----
 

Nasib baik K'jaan Pahang yg hutang RM70juta nie kalau K'jaan Kedah @ Penang yg tak bayaq..tidoq tak lena laa jawabnya..!!

Pemegang saham mogok lapar tuntut Pahang bayar RM70 juta

 
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Pemegang-pemegang saham sebuah syarikat pembalakan memulakan tindakan mogok lapar hari ini bagi mendesak kerajaan negeri Pahang menjelaskan ganti rugi RM70 juta yang dianugerahkan oleh mahkamah empat tahun lalu.

John Chong, 70, dan Ramli Sulaiman, 46, dua daripada 10 pemegang saham dan pengarah-pengarah Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, memulakan mogok lapar di Tokong Six Harmonies, Segambut, di sini bermula 10 pagi tadi bagi menggambarkan sikap tidak patuh undang-undang di pihak kerajaan negeri.

 
John Chong (kiri) dan Ramli Sulaiman memulakan mogok lapar pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi
Chong, bekas pegawai Mahkamah Tinggi, berkata beliau sanggup mengadakan mogok lapar sehingga pengsan jika kerajaan negeri Pahang enggan membayar pampasan itu.

"Keadilan dilewatkan bermakna keadilan dinafikan," kata beliau kepada pemberita di sini pagi ini.

"Negara kita adalah negara yang ada undang-undang. Salah satu prinsip Rukunegara ialah keluhuran undang-undang," katanya.

Ramli, 46, juga sanggup untuk mogok lapar sehingga "mati, sakit ataupun yang lain", kerana sudah bosan dengan sikap Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan kelemahan kerajaan.

"Disebabkan seorang Menteri Besar macam ini, nama Pahang diseret ke lumpur," katanya lagi.

Pada September 2008, kerajaan Pahang diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

Hakim Malanjum berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Pahang, yang diwakili Penasihat Undang-undang Datuk Mat Zara'ai Alias, "bukanlah satu persoalan yang wajar dan ia dibangkitkan di Mahkamah Rayuan."

Kerajaan negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan.

Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang dengan faedah pada kadar lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000 sehingga selesai pembayaran.

Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa Pengarah Perhutanan Negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, diguna pakai.

Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.

Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment