Monday, September 12, 2011

RG2011... Fw: Wajib cerai isteri

 

----- Original Message -----
 

Isteri Tak Ikut Suami & Anak Beraya Di Kampung Dicekup Berasmara Dengan Bangla

 

 
Kemaruk cinta Shah Rukh Khan

GERIK: Kemaruk cinta lelaki Bangladesh persis wajah Shah Rukh Khan, seorang isteri muda sanggup menolak ajakan suaminya untuk pulang beraya di kampung mereka di Teluk Intan kelmarin semata-mata mahu memadu asmara dengan kekasih barunya itu. Gambar fail.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 30 tahun itu tergamak menyuruh tiga anaknya mengikut bersama bapa mereka pulang ke kampung beberapa hari bagi membolehkannya membawa pulang 'kekasih gelap' berusia 20 an itu ke rumahnya di kuarters kerajaan di pekan ini.

Bagaimanapun, temberang wanita berkenaan berakhir apabila dia dicekup sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Gerik kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Dalam serbuan dijalankan itu, wanita berkenaan yang juga pekerja sebuah kedai makan di pekan ini ditemui dalam rumah bersama lelaki warga Bangladesh itu.

Penolong Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Gerik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, empat pegawainya menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi. -hm


Wajib cerai isteri

KUALA LUMPUR: "Suami wajib menceraikan isteri jika betul isterinya sudah tidak dapat diselamatkan (daripada melakukan dosa), apatah lagi nusyuz," kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Noor.

Beliau berkata, Islam menyebut isteri yang menggauli lelaki bukan suaminya adalah haram dan hukumnya berdosa besar, malah suami yang mengetahui kegiatan isteri itu wajib menceraikannya jika sudah tidak dapat diperbetulkan.

"Islam adalah agama syumul yang membenarkan perceraian berlaku walaupun Allah tidak menyukainya. Hukum cerai pun ada yang wajib, makruh dan haram tetapi dalam kes ini wajib kepada suami jika isterinya tak mahu bertaubat.

"Allah berkata perceraian boleh berlaku kerana tidak mahu nanti (jika perkahwinan itu masih dipertahankan) akan timbul pula kefasikan (berbuat perkara yang boleh menyebabkan terkeluar daripada ajaran Islam)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad mengenai kisah beberapa isteri cantik yang mencari kebahagiaan di luar dengan lelaki bujang mahupun berkeluarga sebagai tempat memuaskan nafsu.
-hm

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment