Wednesday, September 21, 2011

RG2011... Fw: Yahudi Dan Masjid

 

----- Original Message -----

Yahudi Dan Masjid
 
selatanonline
 
 Bani Israel adalah satu kaum yang mempercayai Allah sebagai tuhan. Mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa dan Muhammad sebagai Nabi. Mereka disebut sebagai ahli kitab.

Ada juga Bani Israel yang Islam setelah melihat kebenaran Islam itu.

Dari Bani Israel yang ingkar, itulah disebut sebagai Yahudi oleh al-Quran. Jadi, Bani Israel lebih luas, satu bangsa, ada yang Islam dan ada yang tidak, tapi yang ingkar itulah disebut sebagai Yahudi.

Di dalam syariat, orang lelaki muslim boleh menikahi ahli kitab dan sembelihan ahli kitab juga boleh kita makan.

Ini kerana mereka menyembelih dengan cara yang sama iaitu mesti putus urat merih dan membaca Nabi Allah juga.

Kalau kita sembelih dengan menyebut "Bismillah" mereka menyembelih dengan menyebut "Shem Ha Shem.."

Dalam Islam ada Asmaul Husna, dalam Yahudi pun ada.

Dalam Asmaul Husna nama Allah ada Ar-Rahman, Ar-Rahim, al-Qudus dan sebagainya dalam Hebrew nama Allah mereka sebut sebagai Ilah, Shado, Shem dan sebagainya,

5 September 2011, ketika kami sampai di Masjid Khalil al-Rahman, masjid yang terletak makam Nabi Ibrahim, tiba-tiba terdapat sekumpulan askar Yahudi masuk ke masjid.

"Saya bertanya Walid, kenapa ada askar Yahudi?"

"Ada orang besar Yahudi ziarah Makam Nabi Ibrahim sekarang dan berdoa dalam masjid ini?" kata Walid.

"Dia berdoa dalam masjid?" tanya saya ingin tahu.

"Ya, sebab,dari sudut ibadah dan cara hidup, orang Yahudi lebih menghormati Islam dari Kristian, dia tahu masjid orang Islam suci dan bersih sebab itu dia boleh berdoa dalam masjid tapi tidak sekali-kali dalam gereja" terang Walid.

"Orang Yahudi tak makan babi,tak seperti kristian, orang yahudi bersunat, tidak seperti kristian dan dia juga ada soal kesucian dalam makanan, dia boleh makan makanan orang Islam tapi tidak orang kristian" terang Walid lagi.

Saya melihat askar Yahudi siap dengan senapang, dia memakai kasut di dalam masjid tetapi dibentangkan tikar plastik kerana dia tahu masjid itu suci dan bersih.

Kadang kala, orang Islam sendiri tidak tahu hormat masjid, ketika saya berada di Mekah, saya melihat pergolakan di Libya dan Syria di dalam berita, pasukan keselamatan masuk ke masjid dengan kasut dan tanpa alas.

 

Hari ini, ada orang Yahudi menziarahi makam Nabi Ibrahim dan dia berdoa dalam masjid ini.

 

 

Tentera mereka membentangkan tikar sebagai alas untuk tidak mengotori masjid ini.

Tapi ini dalam keadaan biasa dan aman, kalau sedang pertentangan hebat, sudah tidak ada lagi perasaan menghormati ini…

Bagi kita yang belum melihat perbahasan saya mengenai "Beriman dengan Rasul di al-Aqsa ini, boleh lihat di dalam program Usrah ini..

"Pengalaman Asas Hikmah"

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

Oleh Ust Amin

Posted by ahmadi

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment