Saturday, September 10, 2011

RG2011... 'Mat Indera selamatkan polis'

 

'Mat Indera selamatkan polis'

by KedahLanie on Saturday, September 10, 2011 at 1:06pm
MELAKA - Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong, Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya itu pernah diselamatkan Mat Indera selepas serangan berkenaan. 

Nazir Yusoff, 54, berkata, arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis. 

Bagaimanapun, katanya, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis. 

Nazir yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka, di sini berkata, menurut arwah bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950 itu, bapanya antara empat yang terselamat. 

"Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat-mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup. 

"Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai," katanya. 

Menurut Nazir, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan. Sementara kaki kiri serta matanya turut cedera terkena serpihan bom. 

"Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata 'yang sudah tu sudahlah' kepada anggota komunis berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam. 

Nazir berkata demikian sebagai memberi penjelasan berikutan kenyataan adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, dalam Sinar Harian semalam yang mendakwa abangnya itu telah menyelamatkan Allahyarham Yosoff. 

Allahyarham Yusof yang ketika itu berusia 27 tahun merupakan seorang daripada empat anggota polis terselamat ketika peristiwa serangan itu. 

Malah, dia juga kekal sebagai satu-satunya anggota yang terus berkhidmat dalam pasukan polis selepas peristiwa itu. 

Allahyarham Yusof meninggal dunia di Melaka pada 14 April 2005 ketika berusia 82 tahun.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment