Saturday, September 10, 2011

RG2011... MPN Kata British Tidak Pernah Menjajah PTM

 

----- Original Message -----
 

Mennyanggah Kenyataan Zainal Kling,Kalau Tak Pernah Dijajah Kenapa Sambut Merdeka

 
 
KUALA LUMPUR, 9 Sept: "Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu 'tidak pernah terjajah', sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
 
"Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?" sindir beliau lagi.
 
Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata "fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British)."
"Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
 
Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
 
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
 
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis 'adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?'
"Rakyat semakin 'fening' di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan," kata beliau.
 
Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.
 
"Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar.." tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.
 
"Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada.." tambah beliau lagi.
 
Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.
 
"Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.

 

Gara-Gara 'Mat Sabu', Majlis Profesor Negara (MPN) Tiba-Tiba Kata British Tidak Pernah Menjajah 'Persekutuan Tanah Melayu' Selama Ini!

PDO
 
 
Sungguh mengejutkan apabila mendapat berita tentang kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan British selama ini. Kenyataan panas itu dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya, Profesor Datuk Dr Zainal Kling (foto) semalam. Malah, beliau turut menyatakan bahawa British hanya berperanan sebagai penaung dengan mengiktiraf Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR) sebagai pemerintah yang sah. Justeru katanya anggota polis dan pegawai Melayu yang berkhidmat pada ketika itu dibayar gaji daripada hasil Persekutuan Tanah Melayu dan bukan British, jelasnya lagi. Dalam pada itu beliau bagaimanapun mengakui pada peringkat awal ada pejuang haluan kiri Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan daripada British, namun Parti Komunis Malaya (PKM) dikatakan bercita-cita mahu menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. "Nasionalis Melayu yang pada awalnya ingin memerintah di Tanah Melayu bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis," ujar Zainal dalam satu kenyataan semalam. Tindakan MPN itu adalah sebagai inisiatif untuk memberi penjelasan ekoran isu yang dibangkitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa mengangkat Ketua Rejimen ke-10 PKM, Ahmad Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dalam satu ceramahnya di Tasik Gelugor 21 Ogos lalu.
[Kenyataan Zainal Kling ini jelas sekali mengundang kontroversi sebenarnya. Malah, sejak zaman berzaman memang kita belajar sejarah dan mengetahui negara kita telah dijajah oleh British dan yang lainnya. Kenapa tiba-tiba beliau boleh membuat kenyataan dangkal demikian. Mungkin juga kerana mahu "cover" tuduhan kononnya polis yang dibunuh oleh komunis dalam Tragedi Bukit Kepong itu bukan bekerja untuk British, sebaliknya untuk raja-raja Melayu. Nampak benar Majlis Profesor Negara (MPN) kini sudah hilang arah tujuan akbiat isu Mat Indera yang dibangkitkan oleh Mat Sabu. Mutakhir ini, pakar sejarah dan tokoh akademik semuanya jadi carca merba dan tak keruan gara-gara ingin mempertahankan kerajaan dan "menegakkan benang yang basah". Bukankah ini sesuatu yang cukup memalukan kita sebenarnya. Bahkan semua pihak wajar menolak dakwaan karut seperti ini yang ternyata dibuat hanya untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu sebenarnya. Mereka cuba memperbodohkan rakyat].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment