Monday, September 19, 2011

RG2011... Penggunaan Thesaurus untuk meningkatkan perbendaharaan bahasa Inggeris

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Warga Respeks

Synonym dan antonym

Antara masalah utama dalam bahasa Inggeris kita ialah perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang terhad. Perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang terhad akan menyebabkan kita agak sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana kita sukar untuk membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dan juga ianya akan menyukarkan kita apabila memahami pihak lain bila kita membaca dan mendengar ayat-ayat dalam bahasa Inggeris.

Dalam menggunakan BI, kosa kata (vocabulary) yang meluas juga penting untuk mencantikkan penggunaan BI kita. Kadang2 kita boleh menggunakan perkataan yang berbeza-beza untuk menerangkan sesuatu benda yang sama. Bagaimanapun kadang2 anda juga perlu berhati-hati walaupun dua perkataan itu dikatakan seerti (synonym) tapi masih ada sedikit perbezaan diantara kedua-dua perkataan tersebut.

Jadi…bagaimana nak tahu perbezaan yang kadang2 tidak terlalu ketara itu. Cuma satu cara sahaja..iaitu dengan membaca…hanya dengan banyak
membaca anda boleh melihat bagaimana perkataan yang hampir2 sama maksudnya digunakan dalam konteks yang berbeza-beza.

Apa kah itu synonym? Synonym atau pun dalam BM sinonim/perkataan seerti ialah perkataan yang mempunyai maksud yang sama ataupun hampir-
hampir sama.

Apa kah pula antonym ? Antonym atau pun dalam BM antonim/perkataan berlawanan ialah perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan.

Kenapa pulak kita perlu tahu tentang antonym dan synonym ini? Hmm..Sebenarnya inilah rahsia untuk anda menguasai BI dengan cepat dan
berkesan.. Macam mana pulak tu? Senang sahaja..dengan anda mengetahui satu perkataan anda boleh mengembangkan vocabulary anda dengan cepat
apabila anda mengetahui synonym dan antonym perkataan yang anda tahu itu.

Bagaimana pula cara yang terbaik untuk mencari synonyms dan antonyms ini dengan mudah. Jika anda menggunakan kamus, kadang ada diberi synonyms dan antonyms untuk perkataan-perkataan tertentu tetapi ianya tidak menyeluruh. Cara paling berkesan ialah dengan menggunakan Thesaurus. Thesaurus kelihatan sama seperti sebuah kamus tetapi ianya tidak menyenaraikan definasi untuk perkataan yang disenaraikan dan sebaliknya memberikan kita perkataan seerti dab berlawanan atau synonyms dan antonyms.

Sila lihat contoh dibawah..

Anda tahu satu perkataan sahaja iatu

Peace – Yang bermaksud Aman, Sepi, Senyap, Damai

Apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan Thesaurus anda dan lihat di bawah perkataan Peace itu. Dengan menggunakan Thesaurus anda akan diberikan  synonyms dan antonyms untuk perkataan Peace dan anda akan dapat mengembangkan vocabulary anda seperti berikut:-

Synonyms untuk Peace – harmony, calm, quiet, serene, tranquil, silence

Antonym untuk Peace – chaos, pandemonium, upheaval, tumult, din,racket, hue and cry, turbulence

Dari penggunaan antonym dan synonym dari satu perkataan anda sudah dapat menambah 14 perkataan baru! Anda perlu ingat kadang2 dalam
percakapan dan penulisan pengguna2 BI akan menggunakan perkataan2 yang berbeza-beza walaupun membawa maksud yang sama.

Kenapa kah penting untuk anda mengetahui synonym dan antonym ini? Ramai yang menghantar e-mail kepada saya dan bercerita mereka
menghadapai masalah dalam menulis dan terutamanya bercakap. Pada pandangan saya perkara ini berlaku kerana kita tidak mempunyai
vocabulary yang cukup untuk bercakap dengan baik. Ini membuat kan kita tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dalam BI. Kadang2 ini juga
membuat kita malu untuk bertutur dalam BI kerana kita takut orang akan mentertawakan kita dan memperlekehkan kita.

Seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini kita perlu mempunyai peluru2 vocabulary sebelum anda boleh bertutur dengan baik.

Bagaimana nak belajar tentang synonym dan antonym? Senang sahaja…banyak cara nak belajar tentang antonym dan synonym ni….Cara
pertama ialah dengan menggunakan dictionary anda yang sedia ada…Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa kebanyakan dictionary cuma
memberikan maksud perkataan dan sedikit perkataan2 synonym sahaja dan amat jarang ada dictionary yang turut memberi perkataan2 antonym.

Cara kedua yang percuma dan cepat ialah menggunakan fungsi Thesaurus dalam perisian Microsoft Word anda. Anda cuma perlu highlightkan
perkataan yang anda inginkan dan pergi ke Tools dan Language dan kemudian ke Thesaurus. Ianya akan memberikan anda senarai perkataan-
perkataan synonym.Ia juga akan memberikan satu perkataan antonym.Taip kan perkataan antonym yang diberi dan anda akan dapat senarai antonym
yang ada.

Cara ketiga ialah dengan membeli Thesaurus. Thesaurus ialah satu buku yang menyenaraikan synonym2 dan antonym2 untuk kebanyakan perkataan.
Ada banyak buku thesaurus di pasaran tapi yang paling saya gemari ialah Roget's Thesaurus.

Semasa saya belajar untuk menduduki peperiksaan Test of English as a Foreign Language (TOEFL) saya terpaksa meningkatkan vocabulary saya
dalam masa yang singkat oleh kerana vocabulary adalah salah satu yang diuji. Teknik saya ialah dengan membeli kertas keras yang boleh
dimasukkan dalam poket saya. Apa yang saya buat ialah menulis satu perkataan baru di depan kertas tersebut dan menulis synonym dan
antonym dibelakang kertas tersebut. Bila saja ada masa terluang saya akan cuba menghafal dan mengingati perkatan2 tersebut. Alhamdulillah
saya berjaya lulus peperiksaan TOEFL saya pada percubaan pertama saya.

Kalau anda betul2 di peringkat beginner ataupun anda dalam proses untuk mengajar anak2 anda vocabulary BI anda boleh membeli kad2 yang
sudah siap ada gambar dan perkataan di kedai2 buku atau di hypermarket seperti di Carrefour.

Diharap anda akan terus belajar dan membaca untuk memantapkan BI anda. Jangan malu2..Walaupun anda sudah berumur tapi tidak rugi untuk anda
terus belajar..mungkin juga anda boleh belajar untuk mengajar semula pada anak2 anda. Rahsia dalam kejayaan dalam semua mata pelajaran di
sekolah ialah dalam penguasaan bahasa dan apabila anda meningkatkan penguasaan bahasa anda IQ anda juga akan meningkat.

Kelas Fundamentals Grammar saya akan dijalankan pada 1 dan 2hb Oktober ini di Pusat Kejiranan Precint 16 dan pada 8 dan 9hb Mei nanti di Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9 Petaling Jaya. Yuran biasa RM290 tapi kalau daftar pada/sebelum Rabu ini, yuran cuma RM250.

Kursus Intensif Grammar bahasa Inggeris untuk UPSR/PMR dan SPM di Prct 16,Putrajaya dan Sunway pada 19,20,26,27/11 dan 3 n 4hb Dec.2 jam sehari@12 jam total. Yuran RM190 kalau daftar n bayar awal.Yuran biasa, RM240.Kursus akan menekankan aspek Asas Grammar yg kurang ditekankan di sekolah.
 

Jumpa lagi
 
Yusoff
cikgutuition@gmail.com
cikgutuition@yahoo.com
0193090711

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment