Saturday, September 10, 2011

RG2011... PM Najib Nafi,

 

----- Original Message -----

Rakyat kecewa Cukai Telco Membebankan

selatanonline

Reaksi rakyat kebanyakan sudah dijangkakan. Rata-ratanya melahirkan kekecewaan apabila kerajaan dan syarikat telekomunikasi (Telco) memutuskan untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.Malah pendapat itu turut dikongsi oleh agen tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad SIM, Roslinda Samad yang menyifatkannya sebagai beban kepada pengguna.

"Kenaikan caj perkhidmatan enam peratus ini bagi tambah nilai bagi saya satu kadar yang tinggi, sebelum ini pun caj untuk seminit mencecah 30 sen, ditambah dengan caj enam peratus itu jelas sangat membebankan kepada pengguna, saya sebagai agen telekomunikasi sejujurnya rasa ini tidak wajar, bagi syarikat telekomunikasi itu sendiri caj yang dikenakan untuk masa berbual pun sudah menguntungkan,"katanya kepada media.

Syarikat telekomunikasi melalui satu kenyataan semalam memberitahu, kadar cukai perkhidmatan enam peratus itu bukan sesuatu yang baru.

Namun yang pasti, seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal menerima kesan akibat pertambahan kadar enam peratus setiap kali membeli kad tambah nilai.

Cukai perkhidmatan ini meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu menurut Rosmaharza Zainuddin, seorang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di bandar ini, turut melahirkan rasa kesalnya di atas caj tambahan ini.

"Bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku, saya yang masih belajar sedia maklum memerlukan banyak perbelanjaan untuk pelbagai keperluan,"katanya lagi.

Manakala bagi seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Khairul Anwar Musa yang masih belum berpeluang menyambung pengajian berkata, walaupun pertambahan caj hanya enam peratus namun bagi pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah, ia cukup membebankan.

Apatah lagi katanya, penggunaan telefon bimbit merupakan satu keperluan asas pada hari ini.

"Saya sejujurnya tidak setuju sekirannya kadar ini dinaikkan, keadaan ini agak membebankan,"katanya. - kltoday

Posted by patriot

 

PM Najib Nafi, Kerajaan Luluskan Cukai Perkhidmatan 6% Dan Ia Dilakukan Oleh Syarikat Syarikat Telekomunikasi Itu Sendiri Sebenarnya !

PDO
 
 
Sungguh mengejutkan, selepas kita dikejutkan dengan keputusan untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan syarikat telekomunikasi semalam, tiba-tiba terkini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (foto) pula menafikannya. "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," kata Najib. Malah, beliau juga meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia kini dilihat membebankan rakyat.
 
Kerajaan juga katanya tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri. Persoalannya yang timbul, apakah benar keputusan itu dibuat oleh syarikat telekomunikasi sendiri tanpa mendapat "greenlight" daripada kerajaan. Apakah logik syarikat swasta boleh sewenang-wenangnya mengenakan cuka-cukai tertentu kepada rakyat tanpa pengetahuan kerajaan?.
 
Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Kenyataan Najib ini dilihat sebagai langkah terdesak selepas melihat rakyat secara keseluruhannya bangkit membantah cadangan tersebut. Mungkinkah beliau gusar mereka akan menolak BN pada pilihanraya umum akan datang jika langkah ini diteruskan. Soalnya, apakah Najib akan mengeluarkan kenyataan yang sama jika rakyat tidak membantah. Kenapa dalam soal kenaikan harga minyak, gula dan yang lainnya beliau tidak mahu dengar rintihan rakyat.

[Apakah ini cara pemerintahan yang betul?. Sengaja memperbodohkan rakyat dengan satu keputusan yang jelas dibuat oleh mereka sebenarnya. Jika tidak, mana mungkin syarikat telekomunikasi terbabit boleh mengumumkan cukai 6% itu akan bermula pada 15 September ini. Sudah pasti ia mendapat mandat daripada kerajaan sendiri sebenarnya. Kerana semua mereka pasti tertakluk kepada undang-undang dan peraturan, malah selam alebih 10 tahun beroperasi kenapa tiba-tiba perkara ini dibangkitkan. Apakah syarikat telekomunikasi kini mengalami kerugian, lantaran mahu menyusahkan rakyat?. Inilah yang perlu difikirkan oleh kita sekarang ini. Maka ubahlah segera dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


How Bad is Your Score? Use this Free, Easy Way to See Your Score. freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment