Saturday, September 24, 2011

RG2011... RE: Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono

 

Salam alaik,

Kita dok sibuk nak jadikan hukum hudud sebagai hukum negara atas alasan bahawa hukum ini adalah kehendak Allah dan RasulNya. Setahu saya hukum Hudud ialah sebahagian kecil sahaja dari Syariah (Perundangan Islam). Sefaham saya, Syariah bukan untuk dok kerja nak hukum orang aje. Syariah lebih besar maknanya untuk masyarakat. Teruskan membaca dan harap perbetulkan kesalahan saya.

Hudud melibatkan 7 jenis Jenayah Terhadap Allah :
-> zina dan rogol ( yang terlibat dan yang mengaturkannya )
-> murtad
-> liwat dan seks lesbian ( yang terlibat dan yang mengaturkannya )
-> mencuri dan merompak ( yang terlibat dan yang mengaturkannya )
-> menggunakan dan mengaturkan bahan yang mengkhayalkan seperti arak, dadah tiruan dan organik
-> khianat kepada Allah dan masyarakat, iaitu memberontak atau membuat kacau-bilau
-> qazf - menuduh seseorang itu melakukan salahsatu dari 6 jenayah di atas TANPA BUKTI YANG MENCUKUPI.

Selain hudud, ada 2 lagi kod perundangan perihal jenayah:

-> Qisas - membunuh secara sengaja atau tak sengaja, mencederakan seseorang itu dengan sengaja atau tak sengaja, mencacatkan seseorang itu dengan sengaja atau tak sengaja
-> Ta'zir - sekiranya ahli keluarga meminta wang pampasan ataupun meminta hukuman balas setaraf terhadap penjenayah, maka jenayah itu dikira selesai. Namun begitu, pihak berwajib boleh mengenakan hukuman tambahan seperti penjara, penalti, buang daerah dan sebagainya.

Semua di atas termasuk dalam kategori UQUBAT. Kita semua tahu kalau takda HUKUMAN, pasti akan merebak kejahatan, kezaliman, kecacatan dan penyakit yang berjangkit.

Perundangan Islam lebih besar dari , iaitu :
1. I'tikadat ( kepercayaan dan tauhid )
2. Ibadat ( amalan fardhu, sunnat, taharah, kecemasan dan sebagainya )
3. Munakahat ( budaya, kesopanan, hal perkahwinan, hak rezeki dan sebagainya )
4. Muamalat ( niaga, sewa, pinjam, waris, kontrak dan sebagainya )
5. Uqubat ( qisas, hudud dan ta'zir )

Selain daripada apa yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith, hukum Syariah juga datangnya dari perlaksanaan Khalifah Ar-Rashidin dan Ijtihad Para Ulama.

Sefaham saya, hukum Hudud tidak OTOMATIK. Bacalah banyak-banyak hadith bagaimana Rasulullah dan Para SahabatNya yang mulia melaksanakannya.

Perlu ada saksi. Saksi perlu dari kalangan orang yang baligh, mumayyiz dan siuman DAN BUKAN dari kalangan penjenayah, jurufitnah, pembohong, penipu dan suka berkhayal dengan arak, dadah dan zina.

Sebabnya ialah Syariah yang dibawa Rasulullah adalah untuk MEMBELA KEADILAN AHLI MASYARAKAT, bukan menzalimi dan bukan menekan. Hukum ALLAH ialah EHSANNYA kepada kita.

Katakan seseorang yang tertangkap itu jelas mencuri dan saksi yang mengesahkan semuanya dari kalangan orang yang baik-baik. Atas sebab EHSAN dan KEADILAN yang disebut, para HAKIM/QADHI pasti akan mencongkel untuk mengetahui APA PUNCANYA ORANG ITU MENCURI ! Adakah mencuri disebabkan terpaksa atau sebab tabiat?

Jika atas sebab LAPAR atau susah, maka HAKIM yang adil itu pasti akan memanggil PENGHULU kawasan tersebut serta PEGAWAI BAITUL MAL. Mereka perlu memberi alasan yang kukuh mengapa si-miskin ini dibiarkan susah sehinggakan dia terpaksa mencuri. Sekiranya atas sebab kegagalan mereka berdua itu menjalankan tugas, nescaya mereka berdua itu pula yang akan diHUKUM kerana lalai menjalankan tugas. Si-pencuri itu pula diberi amaran keras, diletakkan dibawah kebajikan BAITULMAL, diberi didikan dan diberikan kerja jika sihat.

Dari kisah ini, kita boleh buat beberapa rumusan:

1. Syariah BUKAN UNTUK MENGHUKUM, syariah ialah untuk PEMBELAAN, KEADILAN, KESELAMATAN dan EHSAN serta BUDAYA HIDUP POSITIF. Ia samasekali bukan seperti Syariah Budaya Arab Saudi atau Syariah Agama Syiah. 

2. Syariah adalah untuk mengharumkan nama Agama Islam sebagai Agama Sejahtera untuk individu dan masyarakat. Bukan cari salah orang - menghendap sana dan sini. Amar Maaruf Nahi Mungkar ia berdakwah supaya orang buat baik dan menegur orang yang kesilapan. Yang boleh menghendap ialah untuk menyiasat sekiranya ada di kalangan Umat Islam dalam keadaan kesusahan seperti yang dilakukan oleh Sayyed Umar Al-Khattab.

3. Jawatan PENGHULU dan PEGAWAI BAITULMAL bukan untuk bersukaria, seronok, berbangga dan tambah harta. Tugas mereka MENCARI SESIAPA YANG MEMERLUKAN DI SERATA TEMPAT dan bukan duduk dalam aircond menunggu orang datang isi form. Mereka ini seharusnya dari kalangan orang yang bertabiat baik, sihat, bijak dan tidak terlalu gemok kerana kuat makan. 

4. Sebahagian daripada Perundangan Jenayah mana-mana jua Kerajaan didunia adalah jauh lebih ZALIM lagi berbanding Qisas, Hudud dan Ta'zir. Kita tengok ISA & EO Malaysia dan Patriot Act USA cukuplah. Patinya ialah sesiapa yang tidak selari dengan falsafah parti politik yang berkuasa, dianggap berbahaya dan harus diasingkan.

5. Sebahagian daripada Perundangan Sivil perihal Kebajikan, Hak Rakyat, Pendidikan, Hak Kanak-kanak dan Penjagaan Kesihatan seperti Denmark, Norway, Sweden, France dan Switzerland, lebih mirip kepada Syariah. Nama perundangan aje lain. Asasnya ialah NILAI HIDUP, PEMBELAAAN, EHSAN, KEADILAN dan KESEJATERAAN.

Ini pandangan saya sahaja. Lebih ramai yang boleh beri rumusan yang lebih baik dan lebih banyak.

Saya cukup suka kalau Hukum Syariah menjadi asas perundangan Malaysia. Sebabnya Perundangan ini akan lebih ikhlas menjaga hak dan keadilan rakyat yang Muslim dan Bukan Muslim.

Dengan tertegaknya Perundangan Syariah, perundangan Malaysia tidak lagi hanya sekadar untuk mengutip undi, menutup mulut rakyat, mengungkit pemberian dan mengumpul kekayaan ahli politik.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.-------------------------www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------

                                                                 

From: Ummu Waheedah <assakynah@yahoo.com>
To: ingatan group <ingatan@yahoogroups.com>; falaah <al-falaah@yahoogroups.com>; respect <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, September 22, 2011 4:22 PM
Subject: RG2011... Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono

 

Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono | Print |
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.

"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Kucar-kacirkan Pakatan


Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini.

"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.

Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.

Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.

"Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment