Thursday, September 22, 2011

RG2011... ~~~Untuk Wanita~~~

 



Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua 
lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Di sini  
serba sedikit tips atau ciri-ciri yang boleh diamalkan untuk menjadi
wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah, 1. Mendirikan solat/sembahyang. Semua manusia yang sudah mencapai umur 
baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu 
dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan 
yang terdapat pada solat wajib itu tadi. 2. Menjaga solatnya. Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika 
menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut 
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta 
menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak 
melengah-lengahkannya. 3. Bersyukur dan redha. Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana 
apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti 
menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa 
diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah. Janji 
Allah dalam al-Quran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat 
kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih. 4. Selalu bersedekah. Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan 
menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling 
bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa 
agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan 
ganjaran yg berlipat kali ganda. 5. Menjaga maruah diri. Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu 
menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan 
kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan 
kemaksiatan dan perbuatan keji. 6.Takut murka Allah. Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan 
menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi 
sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan hambaNya. 
Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan 
pembalasan dari Allah swt. 7.Menjaga amanah. Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah 
dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang anak,isteri, seorang
ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seperti 
di dalam surah Fatihah " kepada Engkau kami menyembah dan kepada 
Engkau kami memohon pertolongan." 8. Pandai mengaji Al-Quran. Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya 
dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu 
mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. 
Kerana rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti 
sebuah kubur.

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment