Sunday, October 9, 2011

Re: RG2011... 43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

 

Salam bro man trexx :)

Terima kasih dgn penjelasan yg padat :) barulah jelas sekarang

Regards,
Khairul
Email            : izwan.im@facebook.com
Twitter           :  http://twitter.com/izwansc
Money Online : http://tinyurl.com/kuntao





2011/9/27 Mohd taufiq Abu yamani <abudayev22@yahoo.com>
 

lihat penjelasan dari Man Trexx...baru faham
sekiranya dapat sesuatu maklumat...baca dan fikirkan dulu kemudian cari sedikit rujukan berkaitan...barulah penilaian akal dpat berkembang...
jangan cepat sangat memberi komen...


From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 27 September 2011 2:04 AM

Subject: Re: RG2011... 43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

 
Salam alaik,

Saya bukan ulama. Tapi saya ada terbaca di dalam kitab Shamail Tarmizi semua di bawah ini. Kalau bukan hadith pun mungkin dari nasihat para ulama. Jadinya munasabah dan banyak kebaikan.

Barakah ada banyak makna = badan sihat, senang hati, otak yang bijak, manfaat yang banyak, berjaya, disukai orang-orang yang soleh, rezeki yang melimpah sehinggakan dapat memberi manfaat pada yang lain, mendapat doa para Malaikat dan makhluk yang soleh.

23. lambat pulang dari masjid (Salah ke duduk kat masjid lama2?)

Kenapa nak duduk Masjid lama-lama sedangkan tanggungjawab ada banyak? Para pelajar perlu belajar, para pekerja perlu berihat tidur di rumah, yang dah berkahwin perlu bermesra dengan isteri dan bergaul dengan anak. Jika anak jarang bersama bapa, akan menjadi jahat. Yang ada jiran perlu tahu jika jiran perlu pertolongan. Yang suka menunaikan FARDHU KIFAYAH terhadap ahli masyarakat dan keluarga adalah bersifat Khalifah, bersikap leadership sepertimana yang Rasulullah suka. Nescaya dapat syafaatNya.

Tapi kalau suka fikir diri sendiri, duduklah di masjid sampai mati pun takpa. Lepas tu orang solatkan dan tanamkan. Bawa bekal dalam kubur apa yang diusahakan sendiri - tanpa doa jiran dan tanpa doa dari keturunan.


27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup (kalu kita matikan dia..susah plak nak buang dari kepala sbb dia kecik je)

Kutu adalah serangga melompat. Adakalanya sehingga 2 meter. Jika campakkan ke bawah semasa ia hidup, kutu itu akan melompat ke tempat lain dan mencari mangsa baru. Jika kutu seseorang itu telah hisap darah, maka segala penyakit orang itu pun akan dihisapnya. Jika ia pergi kepada mangsa baru, penyakit itu akan berjangkit.

Kutu perlu dibunuh sebelum dicampak supaya kita tak dapat dosa kering menganiaya orang lain.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. ( Nak mandi kat ner kalu tinggal umah kondo/apartment/rumah flat? Toilet jenis kebanyakan sekali ngan tandas )

Sebaik-baiknya ialah tempat yang tiada tandas. Tetapi yang lebih dimaksudkan ialah berdiri sambil mandi di atas tempat yang sudah ada banyak najis - kencing dan berak. 

Badan manusia panas. Bila dialirkan air, kepanasan itu akan terkena najis dan mengeluarkan wap. Najis mempunyai kimia ammonia dan nitrate di antaranya. Wap itu boleh memberi kesan kesihatan. Tambahan pula, wap dan percikan dari air terkena najis membawa kuman.

Bagi orang-orang yang biasa bermusafir akan lebih faham. Ada orang yang pengotor kerana sangat jahil mengenai kebersihan. Dan ada yang yang pembersih kerana faham. Ada segala jenis tandas ketika berlayar kapal atau tempat perhentian satu ketika dahulu. Kini, masih ada lagi tempat-tempat kotor seperti itu di Afrika dan sebahagian dari Asia Selatan dan Tenggara.

34. berjalan di antara kambing ( Kesian kat orang yg bela kambing)

Dari hampir 7billion manusia di mukabumi ni, berapa ramai yang bela kambing dan perlu kita kesian?

Adakah kesian pada pembela kambing lebih besar dan lebih manfaat dari nasihat Ulama? Jika kita tak tahu pasal pemeliharaan kambing, baik dengar aje nasihat Ulama. 

Kambing dan lembu bukan macam anjing dan kucing. Anjing dan kucing bila berak dan kencing, berhenti di satu tempat. Manakala kambing dan lembu, sambil berjalan sambil berak dan kencing. Pasti seronok kalau berjalan di antara dunia kambing.... kan? Terutama sekali kalau dia tak ikut rentak kita dan kita terpijak tahi dan terpercik air kencing. Kuman pada lembu dan kambing pun boleh berpesta pada seluar atau kain.

Kalau orang yang bela kambing hanya mempunyai pakaian itu sahaja untuk solat ketika, lebih baik jangan berjalan di antara 2 kambing.

Bagi orang soleh pula, dia sangat suka jika pakaiannya sentiasa bersih dari najis. Salahsatu daripada petanda orang Mukmin ialah suka kepada kebersihan. Bagi orang Muslim pula, mungkin ini tidak berapa penting.

35. berjalan di antara dua perempuan. ( nie pun masalah nie..pegi SOGO ke...SG wang..Time Square..pasar malam )

Kalau boleh elak, elakkanlah.

Menjadi tabiat orang lelaki, wanita itu amat menggiurkan. Kalau dapat berjalan di antara mereka, memang syok. Terutama sekali bau-bau yang keluar daripada para wanita. Hormon lelaki melonjak-lonjak.

Sebab itu, Solat pun wanita tidak boleh dalam satu saf dengan para lelaki. Menggangu konsentrasi. Semulajadi.

Jelas nyata lelaki suka pada wanita, sebab itu Allah perintahkan agar lelaki menundukkan pandangan dari wanita bukan muhrim. 

Untuk orang Mukmin, dia akan mengelakkan perkara yang boleh menaikkan nafsunya. Dan dia halakan pada yang halal sahaja.

Satu lagi adab berjalan ialah lelaki berjalan di belakang keluarganya yang wanita dan anak-anak perempuan. Ini kerana untuk menjaga keselamatan.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut ( nie lagi satu aku pelik )

Pernah saya nampak ada makhluk tu kerok-kerok kudis pada lutut. Kuping-kuping jatuh atas karpet masjid. Karpetpun berhabuk macam setahun tak basuh. Geli beb.

Dah lah kena duduk kat bandar tu 3 bulan. Tu lah pulak masjid paling hampir pada hotel. Kena beli sejadah sendiri lah kalau nak solat jemaah.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung. ( yang lagi satu )

Saya pernah jumpa macam-macam peel orang. Ada yang gonyoh ( genyeh ) hidung dengan tapak tangan. Resdong kot? Tapi ramai juga yang jadi tabiat. Macam nak termasuk hidung bila mereka gonyoh. Naik takut saya tengok.

Ni tak termasuk yang bangun tidur terus genyeh hidung.

Mereka yang seperti ini, ramai tinggal di bandar-bandar besar yang berhabuk. Seperti di Karachi, New Delhi, Dhaka, Riyadh, Kaherah sehinggalah ke Marrakesh.

Tahu tak bahawa TAPAK TANGAN adalah tempat paling banyak kuman pada tubuh manusia? Tangan wanita lebih banyak lagi kuman berbanding lelaki. Ini kerana keadaan hormon wanita semulajadi begitu. Sila buat search dalam google kalau tak percaya.

Bila letak di hidung, maka penyakit lebih mudah masuk ke dalam badan.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.-------------------------www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------

                                                                 

From: azua bin ramlee <azua@ae.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, September 26, 2011 3:43 PM
Subject: RE: RG2011... 43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

 
Aku fwd je email ni..klu ko xpuas hati jmpela org yg lbih berilmu..klu nk komen org tu mmg bnyk kn..
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Khairul Izwan
Sent: Monday, 26 September, 2011 10:06 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... 43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.
 
 
Salam,

Rasullullah ada menyebut pasal benda2 nie semua ka?

beberapa perkara dibawah mcm tak boleh diterima je :

23. lambat pulang dari masjid (Salah ke duduk kat masjid lama2?)
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup (kalu kita matikan dia..susah plak nak buang dari kepala sbb dia kecik je)
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. ( Nak mandi kat ner kalu tinggal umah kondo/apartment/rumah flat? Toilet jenis kebanyakan sekali ngan tandas )
34. berjalan di antara kambing ( Kesian kat orang yg bela kambing)
35. berjalan di antara dua perempuan. ( nie pun masalah nie..pegi SOGO ke...SG wang..Time Square..pasar malam )
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut ( nie lagi satu aku pelik )
38. meletakkan tapak tangan pada hidung. ( yang lagi satu )


Regards,
Khairul
Email            : izwan.im@facebook.com
Twitter           :  http://twitter.com/izwansc
Money Online : http://tinyurl.com/kuntao



2011/9/21 azua bin ramlee <azua@ae.com.my>
 
Subject: 43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.
Assalamualaikum..w.b.t..
 
Bismillah..
 
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang
mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi
Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara
yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
 
1.      tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
 
 
 selamat beramal...=)
 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment