Saturday, October 22, 2011

Re: RG2011... ASTRO ada pencabar baru

 

rasanya xkn lebih murah sebab comp baru
byk modal nk kna rolling
dia pun tau rmai yg nk terminate astro so dia akan letak mahal la
lg pun dia ade modal = cabel tv means STABIL
stategi perniagaan ni sebenarnya boleh baca


2011/10/21 Roslina <roslina@medipro.com.my>
 

Em... bagus ler..... harap harap lebih murah dari astro

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Sr Rizz.r
Sent: Friday, 21 October, 2011 9:47 AM
To: Kelakar; respeks_group
Subject: RG2011... ASTRO ada pencabar baru

 

 

ASTRO Ada Pencabar, TV Digital Baru Bakal Muncul

 

ASTRO Ada Pencabar, TV Digital Baru Bakal Muncul

PETALING JAYA (Malaysiaaktif) -- Muka baru dalam industri televisyen digital, Nilamas Corp Sdn Bhd khabarnya telah berjaya memperolehi lesen daripada kerajaan untuk membangun dan menawarkan perkhidmatan televisyen digital kepada umum.


Nilamas mensasarkan suku kedua 2012 untuk melancarkan perkhidmatan baru televisyen berbayar.


MStar melaporkan dengan memperolehi lesen perkhidmatan ini, Nilamas kini akan bersaing dengan Astro dalam menawarkan pakej perkhidmatan televisyen digital berbayar kepada pengguna.


Adalah difahamkan, kos membangunkan rangkaian kabel akan menelan sehingga RM2 bilion untuk tempoh lima tahun dan Nilamas sedang mencari rakan kongsi untuk sama-sama membangunkan projek ini.


Nilamas kini sudahpun memperolehi satu bangunan baru di Puchong bagi tujuan projek gergasi ini.


Berdasarkan laman web Nilamas, para pengarahnya adalah terdiri daripada Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin. Mereka juga adalah pemegang saham utama syarikat.


Adalah difahamkan, perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Nilamas kepada para pelanggannya akan tertumpu kepada hiburan dan pendidikan secara interaktif.


Difahamkan juga, pelancaran penjenamaan projek ini akan dilakukan bulan depan.


Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Nilamas memperolehi lesen untuk menawarkan perkhidmatan saluran berbayar televisyen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi pada 11 Ogos lalu.


Mereka turut memperolehi lesen kemudahan rangkaian yang membolehkan mereka membina rangkaian dan menawarkan perkhidmatan kepada umum untuk tempoh lima tahun.


Pengambilan kakitangan telah pun bermula sejak dua bulan yang lalu dan berhasrat untuk mengukuhkannya sehingga 200 orang dalam tempoh tiga bulan dan 800 orang pada waktu perkhidmatan dilancarkan sepenuhnya.




--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment