Friday, October 7, 2011

Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...

 

Melalut & panjang berjela hikayat yang dikarang maharaja kaiyo tetapi banyak sangat percanggahan
& menghukum mengikut andaian. Dari isu Anwar, melalut2 isu carlsberg, isu kandang babi, kawan dia
dulu nak main bola pergi masjid & bila dah berduit pergi rumah urut, majlis baca yasin & tahlil orang UMNO
jemput orang PAS pulau tak nak pergi. Ke utara, ke selatan, ke timur, ke barat & segala caca marba.
 
Isu Anwar
Sanjung Anwar & tak percaya dia gay tapi dia percaya Anwar buat bukan sebab isu video tapi sebab Anwar
tu manusia, jadi boleh hilang kawalan nafsu. Jadi dia andaikan Anwar buat sebab sekarang ini dia sendiri
yang bekerja dengan PBT mendapat pelbagai tawaran habuan rasuah seperti hiburan, duit, melancung, sex
& lain2 lagi, jadi apatah lagi Anwar. Maharaja kata dia tak setuju Anwar dianiaya tapi andaian di buat bahawa
Anwar akan buat benda yang sama kepada Mahathir jika keadaan diterbalikkan.
 
Masalah babi 
Ia diwarisi dari pemerintahan BN yang tak ambil peduli tentang masalah pencemaran najis babi & ia talah pun
berjaya diselesaikan oleh PR. Pantai Morib yang teruk tercemar pun dah tak macam dulu lagi & boleh layari banyak
blog yang memuji perubahan ketara yang di buat oleh kerajaan PR Selangor. 
 
Lepas tu melalut2 isu carlsberg, isu kandang babi, kawan dia dulu nak main bola pergi masjid & bila dah berduit
pergi rumah urut, majlis baca yasin & tahlil orang UMNO jemput orang PAS pulau tak nak pergi 
 
Boleh percaya ke dengan statement berbelit2 macam ni???
Haha.....Pendirian aku, aku memang penyokong pas. Aku sayang sangat kat Nik Aziz. Dia tok guru yang mengajar
orang dari subuh sampai malam.
Pada aku sama je antara PR, Pas atau umno. Yang penting individu yang dilantik. Kalau diorang kuat, bagus la jadinya,
Tapi kalo kejar kuasa, tengok orang pun sombong, Marah2 orang pun selamba, ugut lagi, tak payah la..   
Ini pendirian aku, pada aku gabungan Pas dengan PR, membuatkan Pas nampak buruk. Perbezaan antara BN , Umno
mampu mengawal MCA n MIC, tapi kita pula gagal mengawal DAP. Tak perlu la diterangkan.

   
 

From: Hasno bin Hashim Hashim <hasno.hashim@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 6 October 2011 11:12 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
 
Bodoh sangat ka Anuar nak melakukan zina dgn mengajak kawan2 ramai sambil sembang2 tangkap gambaq masuk video.. dari segi video hak dok tunjuk tu pun mcm ada Pengarah Filem dok bg arahan.. emmm Ada Akai ka?

--- On Wed, 10/5/11, maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my> wrote:

From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: rbk_2020@yahoo.com.sg
Date: Wednesday, October 5, 2011, 9:34 PM

 
Haha.....Pendirian aku, aku memang penyokong pas. Aku sayang sangat kat Nik Aziz. Dia tok guru yang mengajar orang dari subuh sampai malam.

Cuma aku tak suka bila orang2 pas menuduh orang lain, sedangkan orang sendiri pun sama. Aku cuma melihat kepada realiti yang berada di sekeliling aku. Aku tak berdaya nak melaporkan ke SPRM, kerana orang2 ni pandai menggunakan kuasa. Aku pernah ditukarkan dari PBT dulu ke sekarang pasal melaporkan rasuah bos aku. Aku seolah2 macam berdosa menyebabkan bos aku kene cekup. Aku terpaksa menahan kepedihan ini walaupun aku benar.

Baru2 ni, aku telah membongkar kontraktor kepunyaan bekas ahli Majlis yang tak buat kerja di site, tapi claim kat majlis. Aku tak tau dia kautim dengan sape. Sama ada dengan pegawai yang turun site atau memang takde pemantauan. (kontraktor ni milik ahli Majlis BN dulu. Aku kene panggil dengan YDP. Walaupun YDP backup aku. Tapi aku diingatkan bahawa kalau BN menang aku siap. Sebab ahli bekas ahli majlis tu tak puas hati. YDP pun tak boleh buat apa2..Senang cakap untuk g lapor, tapi susah nak buat.

Aku bukan mengumpat belakang, tapi aku bagitau realiti. Aku juga menyanjungi Anwar. Dari segi keluarga dia, anak2 dia semua bagus. Aku juga tak percaya yang dia seorang gay yang meliwat orang.

Tapi pasal video tu aku mungkin percaya memang dia buat. Bukan kerana bukti video semata, tapi sebagai manusia. Manusia ni kadang2 hilang kawalan nafsu. Macam2 boleh jadi, tambah pula berduit. Jika ko berada ditempat aku, ko pasti percaya. Berapa ramai orang yang cuba menawarkan aku hiburan? duit? melancong? sex? macam2 lagi. Aku ni bukan sesiapa pun kat PBT. Tapi orang luar entertain aku bagai tak ingat. Apatah lagi menteri. Cuma setakat ni, aku masih mampu bertahan cuma tunggu bisness aku ok, aku chow terus dari Majlis ni. Sebab ada ketikanya, jika rasuah tersebut di hidangkan tepat pada masanya, saat2 aku amat2 memerlukan duit, mungkin aku hilang kawalan. Bukan setakat ratus2 , ribu2 tu biasa je. Nasib aku ni kaya-raya. Tapi berapa ramai yang terjebak?. Aku bukan cerita tentang aku je. Tapi kalo ko menghadapinya, ko juga mungkin terjebak. Walaupun ko kata ko boleh tahan. Ko terpaksa menahannya sampai pencen. Tak kira juga ko datang parti mana.Cuma aku selalu ingatkan diri aku, sekali aku ambik, sampai bila2 aku terpaksa dengar kata orang tu. Maksudnya dah terjebak. Kat sini juga aku bukan nak memburukkan PBT. Bukan semua yang macam tu. Yang mana berpeluang je. Yang takde peluang tu memang aman la kerja dia.

Kadang2 insan yang baik ni, boleh terbuat juga benda2 tak senonoh. Berapa ramai orang solat tak tinggal, tapi selalu pegi rumah urut? Tak payah jauh, kawan2 aku masa sekolah dulu, nak main bola pun singgah masjid. Tapi bila dah keje, dah berduit pegi ke rumah urut jugak. Tu yang aku panas Shah Alam banyak rumah urut nih. Sebab kita manusia. Cuma kita tak boleh bangga nak cerita aib kita kat orang. Tapi kalo terkantoi, apa nak buat..Terima jelah. Kalo aku yang kantoi pun aku tak mengaku. Gila ke apa nak mengaku. Soi Lek je ngaku.

Aku pun tak tau kenapa BN nak penjarakan Anwar ye? apa sebabnya sampai diorang guna bukti2 palsu macam tu. Aku pun tak tau. Apa salah dia!??. Apa yang aku tau dia dulu ahli UMNO gak. Lepas tu kene pecat. Lepas tu ramai yang membela dia. Termasuk la aku. Benda2 yang aku tak pasti, aku tak nak ulas. Aku jugak tak sokong cara diorang meperlakukan Anwar begitu. Tapi sekiranya situasi diterbalikkan, Contohnya Anwar jadi PM, apa yang dia lakukan pada Mahathir pula? kita pun tak tau. Harap2 jangan cara yang sama dah la. Kita juga perlu tau apa berlaku sebelum anwar kene pecat.

Aku tak terlibat dengan politik, cuma bila mengundi, aku undi pas. itu je.memang nilai perjuangan aku sikit sangat. Famili aku semuanya UMNO. Yang memang betul2 terlibat dalam politik. Bukan sembang kedai kopi punya ahli politik. Jadi aku tau semua cerita UMNO tu mcm mana.

Cuma aku lihat sikap orang pas@PR ni yang mengelabah tak tentu pasal. Aku tak tau kenapa. Bila ada buat bacaan yassin ke, majlis tahlil ke, nak pulau je..padahal benda tu bukan ada kene mengena dengan politik, tapi disebabkan orang tu UMNO, diorang pulau. Pada aku itu sikap nagetif. Orang UMNO ada jugak jemput datang, tapi orang Pas tak nak datang, Bila buat apa2 Majlis, tak nak pulak jemput orang UMNO. Politik2 politik la. Itu pendirian masing2. Sama juga bila bersembang. Bercakap tanpa ilmu. Tak tau ujung dan pangkal..melulu je. Aku banyak tengok..Aku harap korang perasan tentang perkara ni. Korang tengok la kata2 yang dikeluarkan oleh orang2 PR@Pas. Bukan main dasyat lagi. Biasanya bila aku tanya orang2 macam ni, sebenarnya tak tau apa2 pun.

 Ini pendirian aku, pada aku gabungan Pas dengan PR, membuatkan Pas nampak buruk. Perbezaan antara BN , Umno mampu mengawal MCA n MIC, tapi kita pula gagal mengawal DAP. Tak perlu la diterangkan.

Kes2 kandang babi juga sama..makin nak dibesarkan. Walaupun ada hujahnya. Sepatutnya Malaysia ni tak payah ada babi pun, kerana ianya merosakkan sungai dan laut tanpa boleh dibaiki lagi. Dulu bukan main tak sokong. Kalau tak sokong teruskan dengan tak sokong. Tu la, dulu bila bila cakap semua macam senang..Hari ni saya menang, besok kilang carlsberg tutup. Aku tengok, ada je kilang calsberg tu. Ckap bole la bro..kadang2 MB pun tak boleh buat apa2. Masa bercakap dulu takde ilmu. Tak tau latar belakang dan hujung pangkal.

Kesimpulannya, aku menegur dikalangan orang2 pas dan PR jangan leka mencari salah parti lain, tapi berhati2 manyatakan sesuatu isu dan ianya perlu dibincangkan dahulu sebelum dikeluarkan pada ceramah. Dan kita tak perlulah memandang serong pada orang parti lain, kerana kita sesama islam, jika dia menyokong UMNO tentulah ada hujahnya, begitu juga kita yang menyokong Pas, ada hujahnya. Pada aku, kalau kita tak tahu, kita cakap je tak tahu. Kalau kita betul2 tak tau, tapi mengata, itu fitnah, tapi kalo kita tak tau tapi kita kata macam tau sikit2, itu subahat. Sebab kita sendiri pun tak tahu kita macammana kalau diberi kuasa. Sebab tu aku tak nak kata orang. Lebih aku tengok diri aku sendiri.

Apa yang terjadi Pada aku adalah benar. Demi Allah. Pada aku sama je antara PR, Pas atau umno. Yang penting individu yang dilantik. Kalau diorang kuat, bagus la jadinya, Tapi kalo kejar kuasa, tengok orang pun sombong, Marah2 orang pun selamba, ugut lagi, tak payah la..
 
Aku juga terperanjat dengan jawapan rbk_2020, kerana seolah2 aku buat cerita dan mengumpat belakang,  aku buat andaian dan aku kata jangan berceramah?, Bro, aku dah lama la kat sini. Aku tau kuasa2 diorang. Aku percaya bro pun tak pernah g buat laporan SPRM tuduh sape2, contohnya Najib ke, atau menteri2 lain yang dikatakan rasuah. Tak kira la apa isu yang berlaku sekarang ni, aku tetap percaya bro juga cakap belakang2. Apa yang aku katakan ni realiti. Apa yang perlu, terima je la yang orang parti kita pun buat macam tu. Gambar tu pun tak cukup bukti. Dia boleh kata dia beli, saksi juga tak cukup.

Saluran yang betul, bermaksud bukan t.v3..itu kalo nak buat rakaman masa berceramah, interview  bro..memang la kene putar..Aduih...bukak luas2 fikiran tu bro..Takkan terfikir t.v3 je? Lagi satu fikiran pun dah nagetif. Belum cuba dah macam2.

Aku juga bukan lah orang berjuang dalam politik. Cuma bila mengundi aku undi pas. Itu saje. Aku juga tak menyertai bersih sebab aku tengok kepala dia pun dah bukan melayu. Yang kita ikut buat apa. Berjuang2 la..ni aku tengok macam memberontak pulak. Bro ingat yang pegi tu semua nak berjuang sangat ke? yang suka2 ramaila..yang suka huru hara ni pun ramaila..Ini salah satu benda yang aku tak suka parti buat. Kita orang beragama. Tunjukkan cara bagaimana nak lakukan mengikut cara islam tak boleh? Bila dah kene pukul nak menyalahkan polis pulak? dah tau benda tu salah, nak salah kan orang lain pulak. Mangada2 tau tak. Degil, macam budak2. Kesian aku tengok Hj Hadi awang tu. Buat je la kat selangor ni..apa salahnya? Aku hormat orang yang bangkit, tapi gunalah cara yang betul. Dari sudut islam macammana.

Aku cuma menegur orang2 kita yang kelihatan semangat membara, tapi biasanya tak menjawab persoalan, tapi memutarbelit je. Contoh isu hudud. Mahathir di katakan hantar surat menghalang melaksanakan hukum hudud. Tapi bila baca kandungannya, bukanlah terus menghalang. Seharusnya Orang pas menjawab surat tu dengan berhemah dan memberi pandangan dari sudut agama dengan membalas surat tersebut. Sama la macam rayuan. Mungkin Mahathir tak mahir dalam agama. Tapi, bila dia faham, mungkin hudud dilaksanakan masa tu. Apa yang ruginya kalo Mahathir buat hudud?. Tapi apa yang terjadi, surat tersebut di diamkan, kemudian menuduh Kerajaan persekutuan menolak terus hudud. Dah lama, baru nak kecoh2. Yang kaki bodek UMNO bangang ni pun mula keluar kenyataan2 membodek. Itu pun mungkin diorang kekurangan ilmu agama. Yang orang pas ni pun, masa baru2 gabung dengan DAP, penceramah semua dipesan jangan timbulkan isu hudud, sampai ada penceramah kene buang la sebab dia ceramah pasal hudud. Tempat aku jugak!. Apa cite ni?. Baru2 ni nak timbul balik?.

Ini pendirian aku yang aku lihat sekeliling. Aku cuma menegur. Jangan lah cari salah aku atau aku ni orang UMNngok ke.. Minta fikir2kan je. Aku hormat, aku kawan, aku bekerja tak kira dengan orang parti mana. Aku pun dengar mana2 pendapat dari mana2 parti. Kalo aku nak tau, aku bertanya. lepas tu aku nilai orang yang cakap tu, sama ada bercakap guna ilmu (maknanya berpengetahuan) atau sembang je. Kalo dia sembang je pun aku dengar dan diam je. Sebab aku tau, bukan senang jugak nak memimpin negara. Cakap memang boleh. Aku hormat orang yang bangkit. Tapi perlulah tau apa yang cuba dibela, betul ke salah. Jangan main ikut je. Aku lagi suka kalo lantik orang lain jadi PM.

Ok lah, panjang sangat la pulak.




--- On Wed, 5/10/11, rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg> wrote:

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: maharaja_kaiyo@yahoo.com.my
Date: Wednesday, 5 October, 2011, 3:02 AM

 
Buat maharajo kayyo,
 
Tuan mengaku tuan tak berani lapur kepada sprm sebab tuan buat andaian diorang pandai menggunakan kuasa & tuan takut kena buang kerja tetapi tuan cadangkan pula bab apa2 isu, pas @ pr perlu bincang ikut saluran yang betul & jangan berceramah. Kalau nak ikut saluran tv3suku atau saluran yang betul jangan haraplah rakyat akan dapat maklumat yang betul. Yang akan keluar hanyalah ulasan pembaca berita & ulasan menteri2 atau komen2 orangramai yang naif tentang isu sebenarnya tetapi apa yang dikatakan
oleh orang yang ditohmah langsung tidak dikeluarkan. Nasib baiklah ada
media alternatif & apa yang diucapkan sebenarnya boleh didengar sendiri melalui rakaman yang telah di upload ke you tube.
 
Tuan sendiri mengaku tuan takut kena buang kerja, jadi tuan nilaikanlah
dimana kedudukan tahap perjuangan tuan. Tuan jangan salah tafsir bahawa
saya hendak memperkecilkan tuan kerana jika tuan rasa tidak mampu 
cukuplah sekadar membenci didalam hati tuan akan perkara2 mungkar yang
mereka lakukan. Tuan perlu hormat mereka2 yang bangkit untuk menentang
kemungkaran yang dilakukan oleh bn tanpa rasa ragu2 walaupun diugut &
disekat dengan pelbagai cara.
 
Apakah tuan sokong dengan tindakan bn untuk memenjarakan DSAI selama 6 tahun dengan bukti2 yang palsu? Kini DSAI dianiaya lagi dengan kes liwat 2 yang telah semakin terserlah segala konspirasi mereka. Bab membuat aniaya ini amat ditegah didalam ajaran Islam & sebagai umat Islam kita tidak boleh memandang ringan akan perkara seperti ini & jangan bila dah terkena batang hidung sendiri barulah menggelabah nak minta keadilan. Jika DSAI yang dipilih oleh rakyat menjadi ahli parlimen secara sah pun boleh dianiaya sebegitu rupa apakah nilai kita sebagai rakyat biasa kepada mereka?
 
Lagi 1 pesanan, kalau nak pergi sprm tu pastikan bawa teman. Kita tak mahu timbul pula kes ketiga kehilangan seorang maharaja kaiyo yang 'mati'
bukan kena bunuh & bukan juga bunuh diri di pejabat sprm.
 
--- On Wed, 5/10/11, maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my> wrote:

From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, 5 October, 2011, 2:57 PM

 
Aku ni penyokong Pas Tau..yang masalahnya sekarang ni, sikap individu yang terlibat dengan politik. Terus terang aku tak main politik, cuma bila mengundi, aku undi pas.

Sekarang ni aku tak suka Pas bergabung dengan PR. Itu je..Pada aku nak sokong mana2 parti, sokong la. Tapi jangan la taksub. Ko perasan tak korang ni sentiasa ada perasaan sentiasa betul, benar dan takde salah. Terus terang aku bagitau, dari Ayah, sampai pakcik2 makcik aku semuanya UMNO. Diorang betul2 berada dalam politik. Bukan setakat sembang kedai kopi. Tapi aku sokong Pas senyap2. Sebab aku lebih suka yang Islamik.

Tapi memandangkan semua keluarga aku ni UMNO. Aku pulak sokong senyap2 Pas, Ada je orang Pas@PR mencaci maki famili aku, buat cerita macam2..aku juga tau itu hanya fitnah semata2..Aku lepak dengan kawan2 aku pun diorang duk mengutuk famili aku. Yang jadi mushkilnya, macammana diorang tau famili aku buat itu dan ini. Dan tentu la mak bapak dia yang duk kecoh2 kat diorang? Sekenal aku dengan famili aku, Makcik aku tak pernah datang lepak2 sembang kat luar rumah. Duk rumah je. Makcik aku mengurut datin kat rumah. Orang tengok keta besar2 datang, kene fitnah juga. Aku duk situ,. aku tau la..

Aku selalu diam. Aku suka tengok orang bercerita. Kadang2 aku tengok, ada yang macam pandai tapi bangang. Ada yang beriya2 cerita tapi tak tau ujung pangkal. Bercakap takde ilmu. Biasanya jadi macam ni bila aku bercampur member aku orang Pas n PR. Aku bukan nak mengutuk. Tapi betul. Aku pulak terpaksa menerangkan keadaan semasa serta proses2 yang terlibat sehingga diorang paham dan berhenti mengutuk sambil terasa bodoh. Pengetahuan takde, tapi cerita bagai tak ingat. So kalo nak Pas tu kuat, orang2 dia ni tak perlulah sentiasa rasa betul, n mengatakan orang ni tal betul, orang tu tak betul, tapi buat sesuatu yang menarik minat orang untuk masuk Pas. Bukannya bangkit pasal komunis ke apa ke. Walaupun betul, fikirkan impak dia dulu. Berbincang, bukan cerita dalam ceramah. Gunakan Ke saluranyang betul la..Tapi jangan la pula kata saluran yang betul tu tak betul.

Demi allah aku cerita ni semua betul. Kalo orang Pas yang tak betul, aku takkan kata dia betul. Aku takkan reka kata ada orang yang berlakon macam dia pegi pau durian. atau pun gambar aku ambik tu aku buat super impose muka dia. Yang salah tetap salah.

Lesen ni, memang kita boleh bagi on the spot. Tapi masalahnya kenapa tak mohon? Setakat jual nasi lemak takde lesen pun aku biar je..tapi kalo rasa tanggungjawab, mohon la..Bila kene saman, jangan rasa tertindas pulak, mengadu sana sini. Orang yang tak tau ujung pangkal pulak menuduh PBT itu dan ini.

Pasal SPRM tu, aku jugak memang nak buat aduan, Tunggu je la..tapi terus terang aku kata, kalo aku ni tak cukup kuat, aku boleh kene buang keje. Diorang ni pandai menggunakan kuasa. Sama jugak masa BN. Tapi aku boleh suruh sedara aku yang kene pau tu buat report.
 
Ok tQ...aku harap, kawan2 aku dalam Pas ni cuba bertenang dan banyak bersabar. Kalo rasa nak mengata orang tu salah, sistem tu tak betul, kita fikirkanlah jalan penyelesaiiannya dulu. Ada idea bole bentangkan kat ketua. Kalo tak tahu, ataupun dengai cerita kat kedai kopi tu, harap2 diam je..


--- On Tue, 4/10/11, Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my> wrote:

From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: maharaja_kaiyo@yahoo.com.my
Date: Tuesday, 4 October, 2011, 12:58 PM


hahaha, dah ada yang sokong aku tu, tq rbk 2020,
tapi mana pergi si maharaja nih,
lapor sprm la akalu berani dan ada bukti.
atau maaharaja ni umno kuat kut hehehehe
lapor janan tak lapor
----- Original Message -----
From: rbk_2020
Sent: Tuesday, October 04, 2011 5:03 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
 
 
Jika benar bagai yang didakwa tuan gagal menegur beliau untuk mencegah
perbuatan keji itu ketika tuan berdepan dengan beliau & berpeluang untuk
berbuat demikian. Kini tuan mengumpat pula dibelakang? Dah ada gambar
tu pergilah repot kat SPRM. Begitu juga dengan inden yang tuan dakwa
dikeluarkan 20 tetapi 17 sendiri punya & cuma 3 sahaja untuk kontraktor
lain. Jika benar bagai yang didakwa SPRM akan bertindak sepantas kilat
kerana ia melibatkan negeri Selangor yang diperintah oelh Pakatan Rakyat.
Kalau sedara tuan betul2 nak berniaga untuk cari rezeki yang halal lebih
baiklah tuan usul kat jabatan tuan bekerja tu suapaya keluarkan lesen untuk
dia & yang lain2 berniaga, tuan dapat pahala, kerajaan pun dapat hasil.
Lokasi pun tuan dah tahu & jika ia tidak mengganggu orang lain apalah
salahnya mereka berniaga disitu.
Orang Melayu ni nak berniaga di tanahair sendiri pun susah dengan pelbagai birokrasi tapi warga asing sewenang2nya berniaga tanpa banyak gangguan.
 
Contohnya PBT tempat aku kerja sekarang ni. (kat Selangor) Amboi2..ahli Majlis dia dari parti pas, dengan selamba pau durian kat pasar malam. Dia tak tau ke yang dia pau tu sedara aku? Aku memang nak saman sedara aku ni pasal takde lesen. Boleh pulak Ahli majlis tu kata dia settlekan semua. Aku siap ambik gambar dia bimbit dua beg plastik besar durian..Bukan ni saje, ada yang lain2 lagi.
 
Lagi 1 perkara, saya rasa tuan ni sebenarnya adalah penyokong tegar UMNgOk. Tuan merujuk kepada kes rasuah2 mana yang kurang bukti
& bukti video yang mana yang melibatkan orang yang mereka sanjung?
 
Aku sebenarnya penyokong Pas, Aku amat menghormati Tuan Guru Nik Aziz, Tapi aku kecewa dengan samada pemimpin sehingga ke pengikut terlalu cepat melatah dan sentiasa berperasangka buruk terhadap seseorang. Ada je isu2 yang tak menguntungkan parti dicetuskan. Kita menuduh orang rasuah, sedangkan kita hanya dengar2 cerita orang je. Tak taupun betul ke tidak, Jika sesuatu yang terbukti dengan video melibatkan orang yang kita sanjung pun kita kata tipu. Super impose la, pelakon la..Tak boleh ke  kita naik tanpa memburukkan orang lain? Tunjukkan satu kerja positif di mana ianya mampu menarik ramai orang. Baru la mencabar..
 
 

 
 
--- On Tue, 4/10/11, Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my> wrote:

From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 4 October, 2011, 10:50 AM

 

Maharaja,
ni best ni, kalau betul apa yang didakwa ada ahli majlis PBT yang pau dan rausah , terutama dari pas, sila dedahkan atau lapor terus kepada YB Dr Rani, PJ pas selangor agar dapt diambil tindakan, kalau berani lagi sila lapor kpd SPRM.
ni aku sokong sangat , jangan simpan parasit macam ni.
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, October 04, 2011 9:53 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
 
Aku setuju sangat sekarang ni banyak rumah urut kat selangor ni..Bila aku balik Shah Alam je, terkejut aku bila member2 aku bercerita pasal rumah urut kat Shah alam ni. Panas betul aku..Camne boleh lepas? Pemantauan dari PBT takde? bagi je lesen tu? Masa mesyuarat dah tentu diorang mohon utk Spa and Beauty. Ahli Majlis tak alert? ke dah tau buat tak tau? Lepas tu tak check premis? Pada aku, samada BN ke, PR ke, Pas ke, bukan parti yang menentukan baik buruknya.

Pada aku sikap individu tu sendiri. Tak kira dia BN ke, PR ke, Pas ke, Kalau dia kaki rasuah, rasuah juga..Contohnya PBT tempat aku kerja sekarang ni. (kat Selangor) Amboi2..ahli Majlis dia dari parti pas, dengan selamba pau durian kat pasar malam. Dia tak tau ke yang dia pau tu sedara aku? Aku memang nak saman sedara aku ni pasal takde lesen. Boleh pulak Ahli majlis tu kata dia settlekan semua. Aku siap ambik gambar dia bimbit dua beg plastik besar durian..Bukan ni saje, ada yang lain2 lagi.

Sama juga projek2 Majlis, semua diorang sapu..Perkara ni juga berlaku semasa zaman BN..aku rasa sama je. Masa zaman BN dulu, ahli Majlis dia saje buat kecoh2 aduan jalan rosak la, pokok tak cantas la, lepas tu siap kata, hari ni je boleh keluar 20 inden..Secara rasminya, 17 inden dia punya, 3 untuk kontraktor tempatan.

Cuma yang berbezanya, Ahli Majlis sekarang ni suka bersikap berperasangka dan menganggap kesemua staf Majlis mengamalkan rasuah. Mereka juga menganggap duit Majlis ni untuk mereka pakai suka2. Adakan program atas nama parti guna duit Majlis..Elaun mintak naik..elaun pegi mesyuarat pun mintak naik..Nak ada kerani yang dibayar oleh majlis...amboi2..Ahli Majlis dulu pulak kaya-kaya, tak pernah mengharapkan duit Majlis. Nak buat program apa pun boleh. Mereka lebih ramah dan tidak sentiasa berperasangka buruk serta tidak menyakitkan hati.

Aku sebenarnya penyokong Pas, Aku amat menghormati Tuan Guru Nik Aziz, Tapi aku kecewa dengan samada pemimpin sehingga ke pengikut terlalu cepat melatah dan sentiasa berperasangka buruk terhadap seseorang. Ada je isu2 yang tak menguntungkan parti dicetuskan. Kita menuduh orang rasuah, sedangkan kita hanya dengar2 cerita orang je. Tak taupun betul ke tidak, Jika sesuatu yang terbukti dengan video melibatkan orang yang kita sanjung pun kita kata tipu. Super impose la, pelakon la..Tak boleh ke  kita naik tanpa memburukkan orang lain? Tunjukkan satu kerja positif di mana ianya mampu menarik ramai orang. Baru la mencabar..

Sokong boleh, tapi jangan terlalu taksub. Percayalah, orang banyak duit macam2 dia boleh buat. Cuma jika dia nak sorok2 dia buat sorok2..Tapi kalo terkantoi, nasib la..Manusia ni, ada nafsu. Kadang2 boleh hilang kawalan. Tambah pula duit bukan masalah. Dan aku tak kata aku baik sangat, tapi secara peribadi, setiap kesalahan aku, aku minta ampun. Biarlah dia jadi rahsia aku. Tapi tak tau la kalo ada orang rakam aku..kantoi la..( Aku amat membenci zina, jadi salah aku bukan berkisar kat situ la)

Aku cuma berharap, orang2 yang terlibat dengan kes ni bertaubat je..tak kira bersalah, atau dianiaya, atau menganiaya orang..yang mana terlepas tu bertaubat la..tutup la ko punya aib tu..tuhan akan tutup aib tu..Kita pulak tak boleh menuduh melulu membabi buta tak tahu hujung pangkal terhadap seseorang tu..sebab kita sendiri pun tak tau..






--- On Sun, 2/10/11, Nur Afifah Bte Abd Karim Abd Karim <ismi_afifah@yahoo.com.my> wrote:

From: Nur Afifah Bte Abd Karim Abd Karim <ismi_afifah@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu...
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Sunday, 2 October, 2011, 7:00 PM

 
zalim=meletakkan sesuatu bukan pd tempatnya...kita x mengalami...hanya memerhati...kasihan lah pada org yg dizalimi... pd sy anwar mungkin salah...mungkin juga dianiaya...tp yg pasti ramai lg jerung besar yg kenyang dan terus selamat ditempatnya sekarang... kepada kalian yg menyokong mereka, biarlah mereka terus kenyang dan kenyang sehingga tiada apa yang boleh dimakan...hingga setiap rakyat akan dicukai tidak kira dia miskin atau kaya...GST dilaksana senyap2 dan kepayahan mula dirasai rakyat... teruslah sokong BN, teruslah kayakan mereka, teruslah penuhkan poket mereka...ketahuilah mereka tidak akan pernah kenyang dan bersedialah kita memberikan negara yg bakal muflis(defisit negara dh beratus bilion) kepada anak2 kita...;)
 winking
From: Yan <yan@plascentre.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "megat@meinhardt.com.my" <megat@meinhardt.com.my>
Sent: Thursday, September 29, 2011 7:39 PM
Subject: RE: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]
 
MEGAT AQ TERGAMAM DGN STATEMENT KO.... MARVELOUS Regards, Y@N Tech. / Adm. PCSSBHD ________________________________________ From: respeks_group@yahoogroups.com [respeks_group@yahoogroups.com] on behalf of hbk7879 [hbk7879@gmail.com] Sent: Wednesday, September 28, 2011 6:06 PM To: respeks_group@yahoogroups.com Cc: megat@meinhardt.com.my Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224] zalim dlm senyap ye..... "hiburan melampau2..realiti sana, realiti sini.. pusat2 judi & pelacur bertambah2 pula tue.. bila sukan terlondeh sana, terlondeh sini.. yg bestnya pakai underwear lari 100m.. awat tak bogel terus.. haha" perkara ni bukan setakat kerajaan BN. kerajaan PR sama jugak.... jatuhkan BN, naikkan PR, hasil tetap sama....berlari 100m tetap pakai underwear... kat selangor byk gila pusat urut sejak semenjak ni.... selangor bwh PR... "tindakan kerajaan sekarang zalim, kerana menindas pemikiran rakyat supaya menjadi lebih bodoh dan lalai.." Nak selesaikan masalah ni senang je.. buat mcm korea utara... atau pun jadi mcm orang asli di Amazon. takde hubungan dgn dunia luar.... selesai masalah.... hidup dlm dunia sendiri .... hahaha....!!!! 2011/9/27 latido 44 <latido44@gmail.com<mailto:latido44@gmail.com>> mmg kerajaan yg ada sekarang zalim terhadap rakyat! Zalim dlm senyap, zalim tanpa kekerasan tp itulah hakikatnya. korg jer buta mata hati.. paham maksud saya? zalim bukan hanya dari segi keperluan je.. duit cukup ke tak..tp cuba kome tengok dlm skop yg lebih luas ek. hiburan melampau2..realiti sana, realiti sini.. pusat2 judi & pelacur bertambah2 pula tue.. bila sukan terlondeh sana, terlondeh sini.. yg bestnya pakai underwear lari 100m.. awat tak bogel terus.. haha cth kat atas tak zalim ker namanya tue.. tahu tak? tindakan kerajaan sekarang zalim, kerana menindas pemikiran rakyat supaya menjadi lebih bodoh dan lalai.. bila dah bodoh senanglah kena tipu hari2..ini projek BN! ini projek PAKATAN! tp hakikatnya sumbernya drpd rakyat.. pusing punya pusing, last2 rakyat juga yg kena main.. itu parti jugak yg untung! haha.. 2011/9/25 hbk7879 <hbk7879@gmail.com<mailto:hbk7879@gmail.com>> apa jadah yg ko ckp ni.....? megat bukannya totok UMNO... dia dulu penyokong kuat gila Anwar.... sanggup ber-reformasi..... duk kena kejar dgn FRU... nasib baik dia tak kena belasah je..... kalau setakat kena sembur dgn air FRU tu, rasanya di dah lali dah.... satu lagi, dia pekerja biasa je... mintak projek, jauh sekali lah.... apa yang dia katakan adalah dari pengalaman dia..... apa yang dia katakan tu, aku setuju sgt..... apabila je kita org kutuk pemimpin "maksum" ko orang tu, ko orang cukup cepat melenting..... yang ko orang kutuk pemimpin kita orang, kita orang cool je.... "Ingat, orang yang bersubahat dengan orang yang ZALIM tu sama sama akan dilaknat Allah s.w.t diakhirat nanti." kata2 ni, mmg kita org setuju... tp benarkah pemimpin sekrang ni ZALIM seperti yg dikatakan oleh saudara? sekarang ni saudara dgn mudahnya dpt segala keperluan harian saudara kan.... saudara ada duit nak buat pelaburan. ada duit nak berinternet.... mananya sifat kezaliman yang ada pada pemimpin kerajaan sekarang ni? kalau ko orang kata, pemimpin "maksum" ko orang tu kena dizalimi, nampak sgt ko orang ni hidup dlm mimpi.... pemimpin "maksum" ko orang tu selalu pergi outstation makan angin.... bukan setakat dlm negeri, boleh jalan2 pi London, Paris, German, USA. Orang yg dizalimi dpt ke pi outstation makan angin? satu lagi, surat terbuka cuma datang dari No.3 PDRM.... apa kata lawyer anwar tu subpoena x-IGP.... boleh kita dgr dari orang No.1 PDRM..... LAWAN TETAP LAWAN..... atau LARI TETAP LARI.... HAHAHAHA.....!!!!!!!!!!!!!!!! 2011/9/22 Bisobonar - <stiff4u2c@gmail.com<mailto:stiff4u2c@gmail.com>> Sdr megat, apa pasai dia tak layak jadi pemimpin? Dia pernah liwat hangpa ke atau burit adik beradik hang? Hang marah kat dia tu pasai apa? Hang pernah mintak projek dengan dia tapi tak dapat ke? Ingat, orang yang bersubahat dengan orang yang ZALIM tu sama sama akan dilaknat Allah s.w.t diakhirat nanti. Wala yauzubillah....... 2011/9/21 mohd irwan <irwanfitri@yahoo.com<mailto:irwanfitri@yahoo.com>> Minta maaflah saudara Megat. Kenyataan awak ni tidak cerdik dan langsung tidak boleh diterima sebab ia bersifat emosi dan menghukum. Awak membuat rumusan tidak berdasarkan fakta. Surat terbuka itu datangnya daripada orang yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut. Beliau memang dikenali sebagai antara pegawai tertinggi PDRM. Jika ini khabar angin yang bukannya datang daripada beliau, pasti beliau sudah buat kenyataan akhbar atau apa sahaja cabang media yang ada untuk membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan penularan surat ini secara meluas, sebab surat terbuka ini sudah lama wujud. Bukan baru semalam. Hati2 lah dengan kata2 kita, takut2 ia menjadi fitnah yang amat besar dosanya di sisi Allah swt. Kes DSAI ini ada kemungkinan DSAI salah dan ada kemungkinan tidak. Hanya DSAI, pihak pendakwa dan Allah yang tahu siapa benar siapa salah. Semoga kita semua dilindungi dari fitnah hidup dan mati, dan fitnah dajjal laknatullah. Wallahualam ________________________________ From: Megat <megat@meinhardt.com.my<mailto:megat@meinhardt.com.my>> To: respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com> Sent: Wednesday, September 21, 2011 8:36 AM Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224]  Kalau pasal anwar.. emmpp.. korang tulis lo cam mana sekalipun. anwar mmg x bleh pakai!! dia x layak jadi pemimpim. bukan setakat tak layak jadi pemimpin tertinggi..malah tak layak untuk jadi anggota kerajaan. memalukan!! ----- Original Message ----- From: Mohd Halim<mailto:mohalim@yahoo.com> To: respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com> Sent: Sunday, September 18, 2011 11:25 AM Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... [AX-1316514099224] Jadi kalau kita tak tahu mana yang betul atau mana yang salah takusah nak mengatakan yang itu dan ini. Kita berdoa dan tunggu balasan dari Nya sudah cukup supaya kita tidak tersalah dengan membuat andaian yang tidak benar/ ________________________________ From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com<mailto:sharidah78@yahoo.com>> To: "respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>" <respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>> Sent: Thursday, September 15, 2011 7:52 AM Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... Allah maha mengetahui....kita x tau tetapi bagi sy Allah maha adil...kita tgk aje lah...Allah tidak akan menginaya seseseorang....percaya lah...dan Allah akan membalasnya di dunia juga jadi kita sendiri muhasabah diri dan fikir2kan lah.... From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com<mailto:mohalim@yahoo.com>> To: "respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>" <respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>> Sent: Wednesday, September 14, 2011 10:47 AM Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... Berita macam ni boleh percaya kee sesiapa pun oleh tulis macam ni Allah sajhaja yang tahu kebenarannya From: wakkam <naim_222@yahoo.com<mailto:naim_222@yahoo.com>> To: "respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>" <respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>> Sent: Tuesday, September 13, 2011 1:20 PM Subject: Re: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... aadddooooiiiiii llleeeeeee.....pampasan tak dapat ke?......kalo bukti paslu tapi dipenjarakan jugak.....undang² dan mahkamah dunia nih boleh le so sapa yg salah nih??.....peguam ke hakim ke......yg mana 1 betol nih??.......aadddoooiiii llleeee Malaysia From: To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com<mailto:melayucyber@yahoogroups.com>> Sent: Tuesday, September 13, 2011 12:07 AM Subject: RG2011... Fw: dah la penjara 6 thn ..tapi yg tu pun bukti palsu... ----- Original Message ----- From: ::-eSpAcE 9808-::<mailto:rienacom@gmail.com> Naya hang Anwar.. dah la penjara 6 thn bukan kes liwat pun..atas sbb rasuah..tapi yg tu pun bukti palsu...<http://www.kedahlanie.info/2011/09/naya-hang-anwar-dah-la-penjara-6-thn.html> Posted by KedahLaNie [X] 'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar' Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail. [X] Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim. Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini. "Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka. "Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua," katanya dalam surat itu. [X] "Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 "Doctor in the House", khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998. "Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan," tulisnya lagi. Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998. [X] "Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment