Memang lumrah jika orang bukan Islam yang mempertikaikan hukum Islam.
Dia ni Melayu yang mengaku Islam tetapi menutup aurat yang wajib bagi wanita pun dia enggan maka amatlah diragui samada dia benar2 menghayati
agama Islam.
Sudahlah jahil & ingkar dengan perintah Allah SWT untuk menutup aurat, dia menyeru pula orang bukan Islam untuk bersama2 dengan beliau untuk menentang hukum Allah SWT.
Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.
Apakah hukum hudud wajib dilaksanakan di Malaysia?
Luangkanlah sedikit masa mendengar, tak sampai pun 5 minit, semoga kita mendapat petunjuk & hidayah.
Beginilah jadinya apabila Melayu dilabel beragama Islam di atas kad pengenalan.
Melayu qadiani, murtad, syiah semuanya Islam atas kad pengenalan.
Mudah2an kita ahli2 sunnah tidak terjebak dengan pengaruh akidah mereka.
From: mohd khairul ferguson <kindkladze@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 7 October 2011 4:15 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Sister in Islam Hina Hudud !
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 7 October 2011 4:15 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Sister in Islam Hina Hudud !
Assalamualaikum kepada sahabat2 ku. Baiklah, sekarang ni sibuk sangat pemikir2 yang kononnya cerdik nak mengulas hukum hudud dengan ikut rasional mereka sahaja tanpa berpandukan Al-Quran dan Hadith. Sekarang mari kita berbincang dari segi rasionalnya hukum hudud ini: 1. Pencuri yang mencuri akan dipotong tangannya: - di dalam sistem hudud seseorang yang mencuri akan dipotong tangannya dengan mengikut nilai yang ditetapkan oleh pemerintah. Seseorang pencuri tidak akan dipotong tangannya sekiranya dia miskin dan mencuri sebab nak makan, orang yg musafir dan pada ketika zaman peperangan. Bukan semua pencuri akan dipotong tangannya. Rasulullah juga tidak sewenang-wenangnya jatuhkan hukuman sekiranya tuan punya tersebut memaafkan pencuri itu. Itulah yang dinamakan kasih sayang dalam Islam. - hikmah hukuman potong tangan ini akan menyebabkan semua rakyat tidak berani untuk melakukan perbuatan curi tersebut, masalah sekarang terlalu banyak kes ragut, rompak, curi dan sebagainya sehinggakan kita sendiri takut untuk duduk di rumah kita sendiri, hendak keluar rumah pun tak berani. orang yg baru sahaja keluarkan duit dari ATM pun kena rompak, minum kat kedai mamak pun kena rompak, so macam mana? - pemerintah juga dapat jimatkan wang rakyat daripada memenjarakan pencuri-pencuri ni, pencuri yg kena penjara belum tentu akan insaf, keluar jail je curi balik, tak percaya? sudah banyak mat gian yg keluar masuk jail sebab mencuri betul tak. Kos untuk menjaga mereka ni amat mahal dan boleh digunakan untuk rakyat. - Kalau Tuan Mod lepaskan email saya ni, saya akan bincang plak berkenaan RASIONAL bagi penzina dihukum sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati kepada yg sudah berkahwin. - Kepada sesiapa yang tolak hukum hudud tu bertaubatlah. Ini adalah hukum Allah, sudah tentu Allah akan memeliharanya sepertimana Allah memelihara Al-Quran sehingga ke hari ini. - Apa yg baik datang dari Allah dan yg buruk kelemahan saya sendiri. --- On Thu, 10/6/11, Dhisa Sakun <dhisakun@yahoo.com.my> wrote:
|
No comments:
Post a Comment