Saturday, October 8, 2011

Re: RG2011... Fw: Sister in Islam Hina Hudud !

 

Zainah harus bertaubat.. Kerana kamu memperlihatkan dirimu lebih hebat dr tuhan yg menciptakan kamu. ORG YG DIROGOL TAK TERMASUK DLM HUDUD. ia adalah hukuman takzir seperti yg dh diamalkan sekarang ni di mahkamah civil. Kamu ni jahil tapi nak bercakap. Pe la kaji quran sunnah dulu plg kurang 4 tahun di Mana2 universiti baru la cakap pasal benda2 teknikal dlm islam. Tak tahu tapi nak cakap.. Akan menunjukkan kejahilan dan kebodohan sendiri saja. Bygkan.. Sy bukan doktor tapi nk bg ceramah pasal kedoktoran. Selesai berucap sudah pasti audience akn boo sy. Bertaubatlah. 

Khairul Bariyah,
www.abroz.biz.  

Sent from my iPhone

On 08/10/2011, at 6:47 AM, rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg> wrote:

Memang lumrah jika orang bukan Islam yang mempertikaikan hukum Islam.
Dia ni Melayu yang mengaku Islam tetapi menutup aurat yang wajib bagi wanita pun dia enggan maka amatlah diragui samada dia benar2 menghayati
agama Islam.
 
Sudahlah jahil & ingkar dengan perintah Allah SWT untuk menutup aurat, dia menyeru pula orang bukan Islam untuk bersama2 dengan beliau untuk menentang hukum Allah SWT.
Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.
  
Apakah hukum hudud wajib dilaksanakan di Malaysia?
Luangkanlah sedikit masa mendengar, tak sampai pun 5 minit,  semoga kita mendapat petunjuk & hidayah.
 
Beginilah jadinya apabila Melayu dilabel beragama Islam di atas kad pengenalan.
Melayu qadiani, murtad, syiah semuanya Islam atas kad pengenalan.
Mudah2an kita ahli2 sunnah tidak terjebak dengan pengaruh akidah mereka.


From: mohd khairul ferguson <kindkladze@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 7 October 2011 4:15 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Sister in Islam Hina Hudud !
Assalamualaikum kepada sahabat2 ku.
Baiklah, sekarang ni sibuk sangat pemikir2 yang kononnya cerdik nak mengulas hukum hudud dengan ikut rasional mereka sahaja tanpa berpandukan Al-Quran dan Hadith.
Sekarang mari kita berbincang dari segi rasionalnya hukum hudud ini:
1. Pencuri yang mencuri akan dipotong tangannya:
- di dalam sistem hudud seseorang yang mencuri akan dipotong tangannya dengan mengikut nilai yang ditetapkan oleh pemerintah. Seseorang pencuri tidak akan dipotong tangannya sekiranya dia miskin dan mencuri sebab nak makan, orang yg musafir dan pada ketika zaman peperangan. Bukan semua pencuri akan dipotong tangannya. Rasulullah juga tidak sewenang-wenangnya jatuhkan hukuman sekiranya tuan punya tersebut memaafkan pencuri itu. Itulah yang dinamakan kasih sayang dalam Islam.
- hikmah hukuman potong tangan ini akan menyebabkan semua rakyat tidak berani untuk melakukan perbuatan curi tersebut, masalah sekarang terlalu banyak kes ragut, rompak, curi dan sebagainya sehinggakan kita sendiri takut untuk duduk di rumah kita sendiri, hendak keluar rumah pun tak berani. orang yg baru sahaja keluarkan duit dari ATM pun kena rompak, minum kat kedai mamak pun kena rompak, so macam mana?
- pemerintah juga dapat jimatkan wang rakyat daripada memenjarakan pencuri-pencuri ni, pencuri yg kena penjara belum tentu akan insaf, keluar jail je curi balik, tak percaya? sudah banyak mat gian yg keluar masuk jail sebab mencuri betul tak. Kos untuk menjaga mereka ni amat mahal dan boleh digunakan untuk rakyat. 
- Kalau Tuan Mod lepaskan email saya ni, saya akan bincang plak berkenaan RASIONAL bagi penzina dihukum sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati kepada yg sudah berkahwin.
- Kepada sesiapa yang tolak hukum hudud tu bertaubatlah. Ini adalah hukum Allah, sudah tentu Allah akan memeliharanya sepertimana Allah memelihara Al-Quran sehingga ke hari ini. 
- Apa yg baik datang dari Allah dan yg buruk kelemahan saya sendiri. --- On Thu, 10/6/11, Dhisa Sakun <dhisakun@yahoo.com.my> wrote:

From: Dhisa Sakun <dhisakun@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... Fw: Sister in Islam Hina Hudud !
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, October 6, 2011, 11:52 PM

Tidak ada dalam Al-Quran yang mengatakan wanita yang kena rogol akan di rejam atau dibunuh. Wanita yang dirogol adalah mangsa rogol dan bukan penzina.
From: madi asmadi <asmadi_munawar@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 6 October 2011 3:31 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Sister in Islam Hina Hudud !
SISTER IN ISLAM. Dorg ni ada berpandukan Alquran dan Hadith ke. Kalau dilihat pada komen yg diberi semuanya mudah dihujahkan even budk sekolah menengah agama pun boleh jwab. Buka lah kitab belajarlah pada yg pandai alim ulama dan tok guru. jangan saja nama diletakkan islam tetapi pokok pangkal hukum BUTA.
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, October 5, 2011 11:29 PM
Subject: RG2011... Fw: Sister in Islam Hina Hudud !
 
----- Original Message -----

Hudud: Pemuda PAS jawab SIS

Mohd Hanyzan Al Muari  
Oleh: Dr Ghazali Hasbullah
<MASJID.jpg>
Bagi pihak Pemuda PAS, kenyataan Zainah Anwar (dari Sister In Islam) dalam The Star Online pada 2 Oktober 2011 merupakan kekeliruan yang nyata dari seorang pemimpin NGO Islam yang kurang memahami falsafah hukum dalam syariah Islam. Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada seluruh manusia sehingga akhir zaman. Ia merupakan agama yang membawa rahmat, agama kasih-sayang, agama yang halus dan lemah-lembut agama yang membawa kejayaan untuk dunia dan akhirat.

Kekeliruan dalam melihat hukum Islam dengan gambaran salah seperti membesar-besarkan tentang potong tangan, potong kaki, rejam sampai mati dan sebagainya samalah seperti memberi gambaran salah kepada bukan Islam bahawa masuk Islam nanti kena potong anunya (berkhatan). Apakah itu caranya kita melihat Islam dan memberi penjelasan tentang Islam? Kenyataan itu hanya menakut-nakutkan manusia yang belum Islam tentang Islam. Kenapa kita tidak menjelaskan bahawa berkhatan itu adalah untuk mencegah dari kekotoran dan boleh membawa kepada penyakit kanser yang merbahaya, sebab itu Islam mahukan umatnya bersih dan bebas dari segala penyakit. Bukankah amalan berkhatan itu juga wujud sebelum Rasulullah SAW diutuskan membawa Islam lagi? Ia juga menjadi amalan biasa kepada kaum India yang menganut agama Hindu di Malaysia. Begitulah juga halnya dengan hukuman-hukuman yang terdapat dalam syariat Islam. Gambaran yang salah seperti hukuman sebat seratus rotan dan rejam sampai mati juga tidak harus menjadi bahan untuk menakut-nakutkan sedangkan hukuman rotan dan bunuh dengan cara yang lebih kejam juga terdapat dalam sistem perundangan penjajah. Kenapa rakyat Malaysia boleh terima?

Menjelaskan tentang kebaikan akan hukum Islam secara akademik dengan sokongan statistik seharusnya menjadi keutamaan kerana Islam merupakan agama kesejahteraan. Sudah tentulah hukum-hakamnya untuk memelihara dan memberikan kesejahteraan kepada manusia sejagat. Selain itu Islam juga merupakan agama fitrah. Syariat dan hukum-hakamnya merupakan sesuatu yang selari dengan jiwa manusia. Sebagai contoh, apabila barang anda dicuri dengan jumlah yang besar (yang melayakkan hudud dilaksanakan), apakah hukuman yang anda harapkan dari pemerintah? Apakah anda berharap agar si pencuri itu hanya didenda dan dipenjara? Sudah tentu anda sangat gembira jika tangan si pencuri itu dipotong sahaja. Bagi seorang pemimpin masyarakat yang perihatin pula, apakah yang mereka harapkan akan hukuman yang patut diberikan kepada si pencuri itu? Sudah tentu potong tangan juga agar si pencuri itu tidak melakukannya lagi dan menjadi pengajaran kepada masyarakat agar takut dengan perbuatan yang mengganggu keharmonian itu. Tapi perlu diingat, bukan semua perbuatan curi terpaksa dipotong tangannya. Tempat simpanan, nilai yang rendah, orang yang miskin, bukan terpaksa, isteri yang mengambil barang suami dan banyak lagi faktor akan diambil kira sebelum hukuman dijalankan. Malah, jika si pemilik barangan tersebut memberi maaf sebelum dilaporkan kepada pihak pemerintah, hukuman itu juga tidak perlu dilaksanakan.

Oleh itu, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Zainah Anwar itu akan terjawab dengan sendiri apabila kita memahami bahawa Islam itu adalah agama yang adil, agama pemelihara, agama kasih sayang, agama fitrah di mana segala hukum-hukumnya termasuk hukum jenayah (Hukum Hudud) juga adalah untuk keadilan dan kesejahteraan masyarakat. Melihat hukum Islam dari sudut kekerasan perlaksanaan hukumannya adalah satu kekeliruan yang hanya akan menjauhkan manusia dari Islam sedangkan hakikat sebenarnya adalah ia suatu keadilan yang tiada taranya dan membawa manfaat serta pengajaran yang besar kepada masyarakat seluruhnya.

Sejarah telah membuktikan jumlah jenayah yang sangat rendah dengan perlaksanaan syariat Allah itu.
Negara
Kes Rogol Tahun 2002
Populasi Penduduk
Kes/Populasi  x 1 juta
Kanada
24,350
33,465,300
727.62
Malaysia
1,431
27,730,000
51.60
Jerman
8,615
82,127,000
104.90
Arab Saudi
59
24,735,000
2.39 (LAKSANA HUDUD)
United Kingdom
13,395
61,186,000
218.92
Amerika
95,136
305,975,000
310.93
Dalam keadaan jenayah di Malaysia tidak terkawal, Pemuda PAS menyokong penuh agar perlaksanaan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sebagai negeri pemula bagi mengembalikan keharmonian negara dan rakyatnya.

Justeru, seorang Islam yang mukalaf, malah beliau sedar bahawa kenyataannya itu merendah-rendahkan Islam seperti yang dilakukan oleh Zainah Anwar,
("It's okay to implement the hudud law because it doesn't affect non-Muslims." So it's okay for Muslims to be brutalised? Ertinya : Tidak mengapa untuk melaksanakan hukum hudud sebab ia tidak melibatkan non-muslim. Jadi tidak mengapalah untuk umat Islam dizalimi?) boleh menjejaskan akidah. Oleh itu, Pemuda PAS menyeru agar Zainah Anwar kembali bertaubat. Malah kita juga bersedia untuk bermuzakarah secara terbuka atau tertutup jika beliau inginkan penjelasan tentang hukum Islam (Hukum Hudud).
Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Permuda PAS Malaysia
 
Zainah Anwar (Sister in Islam) Hina Hudud !!!
Dicatat oleh Briged Akhdor LR2
 
Zainah Anwar, pengasas SIS

Hukum potong tangan brutal dan tak adil pada rakyat Malaysia.

* Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol.

*Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya.

*Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan.

*Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol.

*Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.

Semua yang tersebut di atas adalah alasan kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas di Kelantan mengikut pemahaman Zainah Anwar dari Sister In islam yang merupakan organisasi yang sejak dulu giat membantah perlaksanaan hukum tersebut yang dilihatnya amat pincang dan tidak sesuai untuk rakyat Malaysia.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment