Thursday, October 20, 2011

Re: RG2011... Himpun: Saya mohon tampil berbeza -

 

Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Isnin yang lepas, sebuah stesen radio berbahasa Inggeris tiba-tiba menarik minat saya mendengar kerana mereka membincangkan isu buku yang baru diterbitkan oleh Kelab Taat Suami (Obedient Wives Club) bertajuk Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia (Islamic Sex, fighting against Jews to return Islamic sex to the world). Juruhebahnya bukan beragama Islam. Saya sempat mendengar dua pemanggil memberikan pandangan, seorang bernada serius manakala seorang lagi berjenaka. Jenaka tersebut disambut para juruhebah dengan gelak ketawa.
Jenaka dan gelak ketawa bersambut-sambutan tentang buku yang diulang-ulang oleh juruhebahnya "Sex in Islam", menjengkelkan saya. Walaupun penulis buku tersebut dari kelompok yang mencipta kontroversi ekoran pegangan mereka, saya terasa kesempatan ini diambil oleh orang lain untuk membuka ruang menyelitkan gurauan dan momokan dan lambat laun gurauan terhadap Islam akan menjadi sesuatu yang lazim didengari. Barangkali juruhebah itu merasakan, oleh kerana kelompok itu mendapat tentangan umat Islam lain secara umumnya, maka poligami dan Islam boleh disebut-sebut dalam gurauan. Hati saya terasa pedih. Badan terasa panas. Darah menyirap ke muka. Saya amat berharap ini adalah manifestasi sensitiviti saya. Saya amat berharap agar Allah SWT mengekalkan deria saya terhadap sebarang usaha penghinaan terhadap agamaNya. Saya tahu, sensitiviti inilah yang makin terhakis dari masyarakat Islam kita.
Perlukah menunggu bukit yang nyata?
Maka dengan sebab itu, Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang dijadualkan pada 22hb Oktober ini, adalah satu seruan dan manifestasi sensitiviti kita tehadap perkara-perkara yang mencabul kehormatan agama Islam. Kalau kita amati, usaha merendahkan kedaulatan Islam bermula dengan menghilangkan sensitiviti umat terhadap agamaNya. Sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu, perkataan "murtad" sudah cukup untuk meremangkan bulu roma. Tidak timbul persoalan "berapa banyak?", "cukupkah bukti?", "agenda politik" dan lain-lain, untuk sewenang-wenangnya menghilangkan kegusaran itu.  Kehadiran seseorang Muslim ke premis agama lain menggerunkan sesiapa sahaja yang mengasihi dan memasang impian agar anak-anaknya, saudara-saudaranya, sahabat handainya, rakan sekerjanya dihindari dari terjebak dalam situasi yang paling mencabar maruah agama. Sensitiviti kita begitu tebal lantaran para ibu dan ayah teringat-ingat doa Nabi Ibrahim a.s:

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. Ya Tuhan-ku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barang siapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barang siapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan salat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (Ibrahim [14]: 35 – 41)
…sambil mengusap-usap ubun-ubun anak mereka.
Isu pemurtadan TIADA kaitan dengan politik kepartian
Dalam keadaan masyarakat yang sudah terhakis sensitivitinya, muda-mudi yang tidak keruan akhlaknya, fahaman pluralisme dan kesatuan agama-agama yang bermaharajalela, masih lagi pihak-pihak tertentu, atas kepentingan politik dan demi mengaut satu dua undi, rela berada di dalam 'the state of denial". Episod Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menemukan orang-orang Islam di majlis makan malam formal di dalam premis Damansara Utama Methodist Church (DUMC) ditafsirkan sebagai kebiadaban Penguatkuasa Islam. Soal adanya orang-orang Islam berada disitu diberi penekanan kedua, kalau ada sekalipun, diperenggan-perenggan terakhir sesebuah laporan. Soal imej Islam menjadi lebih utama dari hakikat adanya usaha mengajak umat Islam mendalami ajaran agama lain yang menyalahi Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri Selangor.
Ajakan-ajakan ini semakin lama semakin terbuka, mengambil kesempatan dari golongan Islam dari kedua-dua aliran politik yang bersengketa dan dari mereka yang terpaut dengan pluralisme. Hujah musuh-musuh Islam "there is no proof of proselytisation", "till today there have been no solid grounds to prefer such an accusation" dijadikan sandaran kuat bahawa tidak ada dakyah-dakyah dianjurkan ke atas umat Islam. Hanya umat Islam yang mempunyai kepentingan tertentu sahaja yang sanggup menunggu sehingga keluarnya saudaranya dari agama Islam yang mulia secara total, barulah ingin dia menguitkan jarinya. Hanya umat Islam yang mempunyai 'inferiority complex' yang berselindung disebalik terma-terma gah seperti 'renaissance' dan liberal yang berhajat merubah umat mengikut disiplin diluar  dari tatacara syariah dan meminjam tanpa segan silu ajaran-ajaran asing.
Padahal, isu agresifnya pendekatan Kristian Evangelist bebas ini telah diungkit-ungkit juga oleh mazhab utama Kristian di Malaysia iaitu Kristian Protestant dan Kristian Katolik. Laporan Malaysia Insider (http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/split-among-christians-over-moves-to-convert-muslims-says-senior-leader/) menyebut bahawa ada penganut  mazhab utama Kristian dan juga penganut agama lain yang merungut dengan keagresifan dan keterbukaan pihak gereja Kristian Evangelist bebas ini, dalam cubaan mempengaruhi mereka. Menurut statistik dari pihak Vatican, 9.2 % dari 28.3 juta rakyat Malaysia adalah penganut Kristian. Dari jumlah ini, 3 % adalah dari Katolik, dan 6 % penganut Protestant yang merangkumi Anglicans, Lutherans dan Presbyterians. Selebihnya ialah kumpulan minority Kristian Evangelist bebas, dimana DUMC adalah salah satu daripadanya. Ini adalah bukti bahawa dakyah Kristianisasi secara terbuka telah berlaku.
Maka timbul pula persoalan bahawa jika orang bukan Islam bersedia di-Islamkan, kenapakah kita tidak bersifat terbuka (bahkan ada yang mengesyorkan, keterbukaan ini demi menjaga imej Islam)?
Maka disinilah kita perlu memahami tabiat dan ajaran agama Islam. Agama Islam mempunyai garis panduan berhubung Riddah (permurtadan), sekaligus menggariskan undang-undang tentang hukum murtad. Kita diajar untuk mengembangkan ajaran Islam (berdakwah) dan juga memelihara umatnya dari gejala murtad. Bab riddah atau murtad dihurai dengan panjang lebar. Yang berbeza hanyalah dari sudut hukumannya, adakah penalti hukum bunuh atau berbentuk hukuman takzir yang lain. Kepentingan membendung gejala murtad dari berleluasa tetap diberi penekanan dalam semua kitab-kitab tafsir dan hadis.
Rasulullah SAW pernah menegur Umar Al-Khattab lantaran membelek kitab Taurat.
Sahabat yang mulia bernama Jabir bin Abdillah radhiyallahu 'anhu menuturkan:
"Umar ibnul Khaththab radhiyallhu 'anhu datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan membawa sebuah kitab yang diperolehnya dari sebagian ahlul kitab. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun membacanya lalu beliau marah seraya bersabda: "Apakah engkau termasuk orang yang bingung [2], wahai Ibnul Khaththab? Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku telah datang kepada kalian dengan membawa agama yang putih bersih. Janganlah kalian menanyakan sesuatu kepada mereka (ahlul kitab), sehingga mereka mengabarkan al-haq (kebenaran) kepada kalian namun kalian mendustakan al-haq tersebut. Atau mereka mengabarkan satu kebatilan lalu kalian membenarkan kebatilan tersebut. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya Musa 'alaihissalam masih hidup niscaya tidaklah melapangkannya kecuali dengan mengikuti aku." (HR. Al-Imam Ahmad dalam Musnad-nya 3/387 dan Ad-Darimi dalam muqaddimah kitab Sunan-nya no. 436. Demikian pula Ibnu Abi 'Ashim Asy-Syaibani dalam kitabnya As-Sunnah no. 50. Hadits ini dihasankan oleh imam ahlul hadits di jaman ini Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani v dalam Zhilalul Jannah fi Takhrij As-Sunnah dan Irwa`ul Ghalil no. 1589.)
Ini kerana, setelah adanya al-Quran, kesucian agama ini tetap dijaga dari sebarang kekeliruan, hatta Umar r.a bukanlah calang-calang orang, dan Taurat juga adalah Kitabullah, tetapi langkah Umar tetap ditegur Rasulullah SAW.
Maka sudah tentulah lebih-lebih lagi bagi umat Islam pasca kewafatan Rasulullah SAW, tidak boleh umat Islam sewenang-wenangnya diunjuk-unjuk dengan ajaran Kristian, dengan kitab Bible zaman kini yang penuh dengan perubahan, yang secara totalnya ditolak oleh ajaran Islam. Dan ini tanggungjawab kita baik sebagai individu, secara kolektif dalam NGO, maupun sebagai pemerintah di mana Islam termaktub sebagai agama Persekutuan untuk memelihara sebarang laluan yang mendorong kepada gejala murtad.
"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya Musa 'alaihissalam masih hidup niscaya tidaklah melapangkannya kecuali dengan mengikuti aku."
Hanya kerana agama lain tidak mempunyai mekanisme menghalang penganut mereka dari memeluk agama lain, tidak boleh dipaksakan kriteria yang sedemikian ke atas Islam, kerana Islam sudah ada set yang lengkap memelihara kesucian agama.
Jujurnya, dalam sejarah tidak pernah terjumpa Rasulullah SAW merelakan umat baginda dimurtadkan atas dasar memelihara imej Islam. Begitu juga Saidina Umar ketika pembukaan kota Jerusalem, menaikkan imej Islam dengan gaya tawaddhuk seorang pemerintah Muslim membenarkan khadamnya menaiki unta, dan dengan ikrar memelihara keselamatan para rahib, pendeta dan gereja. Namun beliau sesekali tidak pernah tawar menawar untuk penukaran aqidah umat Islam.
HIMPUN adalah mengembalikan jiwa sensitiviti umat Islam ke atas hak agamanya, dan hak saudara seagamanya dari dicerobohi. HIMPUN tidak wajar dipolitik dan disabotaj mengikut kacamata politik sempit. HIMPUN memperbetulkan kembali dakyah songsang kaum liberalis yang mendambakan pujian dan pengiktirafan musuh agama. Maka usaplah ubun-ubun anak-anakmu, adik-adikmu, para pelajarmu dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih seorang Muslim kepada saudaranya, maka tanyalah diri sendiri…. wajarkah aku menyertai HIMPUN?
Dr. Rafidah Hanim Mokhtar,
Ahli Majlis Wanita,
Ikatan Muslimin Malaysia

BANGI, 19 Okt. – Isu pemurtadan melalui agenda kristianisasi bukanlah isu kecil atau remeh, tegas Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi B. Asmuni, ketika diminta mengulas kenyataan akhbar Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr. Abd Rani Osman berhubung Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini.
Dr. Abd Rani telah dipetik Harakahdaily sebagai berkata, "Biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme".
Naib Presiden II ISMA itu berhujah bahawa "Menjaga agama adalah kewajipan nombor satu umat Islam. Ia terletak di nombor satu dalam susunan 'dharuriat khamsah' (lima perkara asas yang perlu dipelihara sebagai tiang kehidupan muslim). Ini telah disepakati oleh ramai ulama muktabar termasuk Imam As-Syatibi, Abu Zuhroh dan lain-lain".
Beliau juga menyatakan bahawa gerakan kristianisasi akan memberi kesan langsung kepada kerosakan akidah umat berbanding dengan yang lainnya (fahaman perkauman, sekularisme dan materialism). Fahaman yang lain jika difahami berdasarkan 'mafhum' (pengertian) falsafah Barat, memang boleh membawa kekufuran. Namun jika istilah itu (contohnya perkauman) dilihat tidak menggunakan 'mafhum' falsafah Barat, ia masih terbuka kepada perbincangan untuk menentukan samada ianya meruntuhkan akidah atau tidak, tegasnya lagi.
Ustaz Fauzi mengingatkan agar isu kristianisasi ini tidak diukur berdasarkan untung rugi undi pilihanraya semata-mata. Ia sebaliknya mesti diukur berdasarkan apa yang dikehendaki oleh Allah dalam perjuangan asli dakwah Islam. Ini selaras dengan  sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang mencari redha Allah dalam kemarahan manusia, Allah akan redha kepadanya dan begitulah juga manusia. Sesiapa yang mencari redha manusia dalam kemurkaan Allah, Allah akan murka kepadanya dan begitu jugalah manusia", katanya lagi.
Apa yang dibimbangi oleh masyarakat muslim adalah toleransi yang tidak kena pada tempatnya akan menghilangkan rasa mulia (izzah) dalam jiwa umat Islam, khususnya generasi muda yang mentah, terhadap hakikat ketinggian agama ini. Ini merupakan musibah besar kepada kelangsungan kefahaman Islam yang syumul dan jatadiri umat muslim pada masa depan.

Soalnya samada ALKIS setuju atau tidak HIMPUN akan tetap berhimpun.
Salah satu deklarasi penting HIMPUN ialah agar kerajaan memperkenalkan AKTA MURTAD. Jadinya himpun adalah satu cara membina publik opinion agar Akta ini diwujudkan kerana tekanan dari umat Islam. Sehingga hari ini AKTA MURTAD belum ada. Adakah anda semua setuju akta ini atau biarkan umat Islam murtad dan di bela oleh peguam-peguam Hindu dan Kristian termasuk peguam IFC? Jika yang datang himpun 1000 orang, maka akan dipandang ringan. Namun jika yang datang 100,000 orang merentasi kumpulan dan parti politik asakan ISLAM maka pasti saya rasa akan jadi isu muka depan surat khabar dan dibahas di majlis raja-raja Melayu dan Sidang Dewan Rakyat dan Parlimen. jadi HIMPUN adalah satu sejarah dalam pembuatan. Sokong atau tidak ianya akan tetap berlaku jika diizinkan Allah SWT.

2. Dakwah tetap diteruskan oleh semua dengan pendekatan pelbagai oleh NGO sedia ada.

3. Yang risau akan himpun ini ialah gerakan kristianisasi dan kumpulan HINDU yang sedang bekerja secara terancang memurtadkan umat Islam. manakala Badan persefahaman antara agama telah dimaklumkan akan tujuan ini. Tiada paksaan dalam beragama dan HIMPUN tak ancam agama lain.

4.  Perkara 11(4) Agama selain Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian di negara ini selagi tidak ada usaha mendakyahkan umat Islam. Bahkan hubungan antara agama tetap akan diteruskan.

5. Keharmonian hidup beragama akan wujud apabila setiap kumpulan menghormati dan mengetahui batas-batasnya.

6. HIMPUN adalah salah satu cara. Cara memberi ketegasan dan ingatan. Jangan ada yang melanggar batas yg akan menggugat keharmonian hidup bersagama di negara ini.

7. Saya mendapat maklumat bahawa yang murtad masuk HINDU lebih ramai dari masuk Kristian. maklumat sahih dari rakan PERKIM dan PERKID. Mereka berhempas pulas menguruskan isu murtad yang rata-rata berlaku kepada gadis melayu melalui strategi cinta palsu. Ancaman yg mereka terima juga sangat keras dan sukar. Saya setakat ini belum berbuat apapun. kalau nak dengar sendiri sila jumpa Ustaz Masridzi, CEO PERKID.

Paling kurang saya nyatakan sokongan atas dasar akidah yang satu. kemudian jika saya lebih kuat, saya datang berhimpun nyatakan dan tunjukkan kesatuan dan perkukuhkan iman bagi mengembalikan jati diri ummah. Jika tidak saya duduk rumah dan berdoa untuk kejayaan HIMPUN...atau saya tak doa apa pun. mana satu yang saya pilih?

smhi.




From: Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>; "melayucyber@yahoogroups.com" <melayucyber@yahoogroups.com>; "tipah@yahoogroups.com" <tipah@yahoogroups.com>; "uitm-melaka@yahoogroups.com" <uitm-melaka@yahoogroups.com>; "hidayahnet@yahoogroups.com" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 20, 2011 11:23 AM
Subject: RG2011... Himpun: Saya mohon tampil berbeza -

 
Assalamualaikum to all muslim bro and sis,
 
Perhimpunan ini ada baiknya juga untuk menyedarkan pemerintak agar tidak melihat remeh gejala murtad.
NAMUN yang lebih penting lagi adalah UMAT ISLAM sendiri jangan memburukkan Imej agamanya kerana manusia dilahirkan dengan keinginan kearah kebaikan. Kita lihat sekarang UMAT ISLAM ramai yang TIDAK berkelakuan seperti ajaran Islam. " Asal sama Tuhan, sama nabi bersaudaralah kita, jangan cela mencela, jangan berkelahi" Berbeza persepsi, berbeza fahaman politik..itu memang wajar. Carilah persamaan.
 
HBI
From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 20 October 2011 11:11 AM
Subject: RG2011... Himpun: Saya mohon tampil berbeza
 
Himpun: Saya mohon tampil berbeza
Mohamad Izzat Ghazali, UIAM   


Pada 22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes-kes murtad yang dilaporkan di Malaysia.
Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO-NGO yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam Himpun ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.
Mengapa Himpun? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai-ramai berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam?
Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai-ramai, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?
Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke Himpun hanyalah mereka yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak-puak yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini.
Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?
Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati-hati orang Islam. Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad?
Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai-nilai Islami dihentikan? Berapa konsert hiburan-hiburan yang berjaya dibatalkan?
Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah Al-Quran saban tahun?
Dan, benarkah kita percaya, dengan Himpun, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?
Saya berpendapat idea Himpun, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan Himpun, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia.
Pandangan saya, Himpun hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.


--


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment