Saturday, October 22, 2011

Re: RG2011... INFO : Sakit gigi ketika hamil

 

Terima kasih for the information....:)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 22 Oct 2011 15:23:00 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... INFO : Sakit gigi ketika hamil

 

Sakit gigi ketika hamil


0WANITA hamil perlu membuat pemeriksaan gigi berkala.

Masalah ibu boleh jejaskan kandungan

IBU hamil dilarang mencabut gigi. Sama ada ia hanya satu mitos atau pun kenyataan, yang pasti, ia adalah 'kepercayaan' yang sudah tersebar dari mulut ke mulut sejak dulu lagi.

Kenyataannya, walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.
Pakar pergigian Klinik Pergigian Halina, Dr Halina Haron, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

"Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X."

"Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan digunakan," katanya.

Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan.

"Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi. Gusi bengkak atau gingivitis jika tidak dibiar melarat boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir," katanya.

Kerana itu, Dr Halina mengingatkan ibu hamil supaya berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang tidak keselesaan terhadap gigi dan gusi sepanjang tempoh kehamilan bagi mendapatkan rundingan rawatan sewajarnya.

Kata Dr Halina, selain pregnancy gingivitis, ibu hamil juga cenderung mengalami pregnancy epulites, yang menyebabkan tumbuh benjolan kecil pada gusi antara celahan gigi.

"Tapi tidak perlu bimbang kerana ia normal dan berlaku kerana perubahan hormon, malah akan kecut selepas bersalin," katanya.

Kata Dr Halina, selain masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu mengandung. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Katanya, wanita mengandung kebanyakannya mengalami mabuk pada waktu pagi (morning sickness) dan ketika muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi.

"Kaedah terbaik, sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut. Kadangkala, ubat gigi juga boleh menyebabkan loya. Jadi, saya sarankan bakal ibu supaya sentiasa mencuba perisa ubat gigi berbeza sehingga berjumpa yang sesuai dan jika tetap tidak boleh menggunakan sebarang ubat gigi, pilih ubat kumur berflorida," katanya.

Dr Halina memberitahu, paras hormon yang meningkat sewaktu kehamilan juga boleh menyebabkan tisu pemegang gigi atau ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas lantas menyebabkan gigi longgar. Pemakanan juga sering diambil mudah wanita mengandung malah selalunya mereka akan mengidam sesuatu yang manis tanpa langsung menyedari bahawa gula itu musuh ketat kepada gigi.

"Tapi, tiada siapa berani berkata tidak kepada ibu hamil yang mengidam. Nasihat saya, rajin-rajinlah berkumur dan sebolehnya, kurangkan pengambilan makanan bergula kerana di bulan ketiga kehamilan, gigi janin juga sudah terbentuk. Sebaiknya, amalkan memakan makanan kaya sumber kalsium seperti susu, yogurt dan keju. Pil Obimin dibekalkan semasa mengandung juga mengandungi vitamin berserta kalsium, lengkap untuk tumbesaran janin," katanya.

Jelas Dr Halina, wanita dinasihatkan supaya tidak ambil ringan kesihatan oral dengan melakukan pemeriksaan gigi berkala enam bulan sekali sedari awal iaitu bermula sebelum hamil dan jadikan ia rutin sebelum, semasa juga selepas melahirkan. Katanya, jangkitan pada gusi boleh membahayakan wanita hamil dan bayi dalam kandungan. Masalah 'periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi, termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.

"Mengikut kajian, bakteria di dalam mulut ibu boleh berpindah ke dalam mulut janin dan jangan terkejut, apabila dilahirkan kelak, jika ibunya mengalami masalah mulut berbau, anaknya juga berkemungkinan mengalami masalah sama," jelasnya.

Jadi, teruskan pemeriksaan berkala di klinik gigi anda selepas tempoh berpantang dan jika bayi mencapai usia setahun setengah hingga dua tahun, ia menjadi tanggungjawab ibu juga untuk membawanya menjalani rutin sama seawal usia.

INFO - Punca perubahan keadaan gigi dan gusi ketika hamil
  • Perubahan hormon.
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Ikuti langkah ini:

* Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
* Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati
* Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
* Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
* Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan
* Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda
* Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala

Jumpa doktor jika:

* Gusi berdarah dengan banyak
* Gusi sangat sakit
* Nafas berbau busuk tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
* Gigi longgar
* Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
* Gigi terasa sakit

Sumber : Siti Nur Almizan Aripin [snur@bharian.com.my] di BHarian 29/04/2011

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment