Tuesday, October 11, 2011

Re: RG2011... Jangan kata hudud primitif

 

ZALIM ker HUDUD NIE......





itu baru kes rogol,belum kes2 jenayah yg lain...mesti tiada kes letup2 org kan..



From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 11 October 2011 9:28 AM
Subject: RG2011... Jangan kata hudud primitif

 
Usahawansyurga   

Saya ingin membuka paradigma baru atau sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati tentang permasalahan yang sangat hebat dipermainkan oleh media sejak akhir-akhir ini iaitu hudud. Bunyinya sahaja sudah menggentarkan hati yang mendengarnya. Ternyata, mereka yang masih ada ragu di hati mereka cipta berbagai-bagai alasan untuk menolak pelaksanaannya. Di mulut, mereka mengangguk tanda setuju, namun dalam hati, masih menyimpan keraguan tentangnya. Janganlah begitu, kerana al-quran yang diturunkan ini kalis masa dan tempat.
Merujuk kepada hukuman kepada pencuri, Allah memerintahkan agar dipotong tangan sipencuri tersebut. Jelas dan tepat. Namun tidak mensyaratkan azab. Berbeza dengan hukuman kepada penzina, Allah mensyaratkan azab. Pencuri mengambil harta orang lain, maka Allah memerintahkan diambil tangannya dengan cara memotongnya. Jadi, sesuai dengan fiqh semasa hukuman ini boleh dicadangkan agar dibuat dengan cara kaedah moden seperti pembedahan di hospital. Pakar bedah  hospital memotong tangan sipencuri dengan spesifik dan terancang sesuai dengan hukuman yang ditetapkan oleh hakim terhadap pencuri. Itulah balasan kehilangan tangan, sama seperti orang yang kehilangan harta tersebut.
Berbeza dengan kesalahan zina, pelakunya dikenakan azab berupa sebatan. Syaratnya, azab sakit itu ditonton oleh sebilangan masyarakat Islam. Dalam hal ini, fiqh semasa boleh mencadangkan agar teknologi penyiaran digunakan sebagai medium penyaksian terhadap azab tersebut. TV dan live stream boleh dijadikan perantara penyaksian yang mana hukuman itu dijalankan disesuatu tempat yang bukannya di tempat awam secara terbuka. Tentang perihal individu itu bukanlah persoalannya, tetapi memfokuskan kepada hukuman sebat yang lebih utama.
Seperti yang kita maklumi, hudud adalah termasuk dalam cabang yang terdedah kepada ijtihad. Sama seperti muamalat dalam urusan jual beli. al-Quran telah mensyaratkan adanya unsur redha-meredhai semasa berjual beli. Asas inilah yang memfleksiblekan urusniaga tersebut daripada sistem barter, kepada menggunakan emas, mengguna pakai wang kertas sebagai alat urusniaga dan kini internet sebagai medium dengan hanya memindahkan sahaja keakaun penjual. Asas redha meredhai dan saling perlu memerlukan menjadi sahnya urusniaga tersebut sepertimana yang digariskan al-Quran. Ternyata , al-Quran telah mendahului masa dalam hal ini.
Ternyata, apa yang terkandung dalam al-Quran itu sememangnya sesuai digunakan sepanjang zaman dari dulu, kini dan akhir masa. Yakinlah dengan rukun iman ketiga ini sebagaimana Abu Bakar meyakini dan membenarkan isra' dan mikraj Nabi SAW di kala masyarakat sudah ugah tentangnya. Ingatlah.. kita ini hamba-Nya.


--



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment