Sunday, October 23, 2011

Re: RG2011... KERAJAAN HULUR TANGAN PADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

 

Rakyat Macam Peminta Sedekah -Dr Mohd Asri

Posted on Tuesday, March 01

Oleh Ibnu hashim

Rakyat Macam peminta sedekah. Kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis seperti dilaporkan Malaysiakini. Menurutnya, seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.


Kerana, istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. "Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka." Jelas beliau.

Beberapa perkara

Maka di sini disebutkan beberapa perkara, menurut beliau lagi,
"Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
"Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
"Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

Bazir wang rakyat, rosakkan harta awam.
"Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini.
"Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.
"Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah & orang politik lupa diri.
"Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
"Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
"Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.
Tegas Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (IH)


"Sr Rizz.r" <junior.rizz@gmail.com>
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

10/19/2011 11:42

Please respond to
respeks_group@yahoogroups.com

To
respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>, Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>, penawarku@yahoogroups.com, chainz_of_frenz@yahoogroups.com
cc
Subject
RG2011... KERAJAAN HULUR TANGAN PADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT





 

Sekolah Agama Rakyat Di Bantu Kerajaan BN



Baguslah,kerajaan seharusnya menawarkan Sekolah agama rakyat diseluruh negara agar menyertai SABK.Bukan hanya di Johor sahaja,tetapi ada juga SAR yang enggan dibantu kerana mereka berpendapat apabila berada dibawah SABK ia menghalang mereka daripada menjadi sarang kepada parti politik.

Kerajaan menghulurkan tangan untuk membantu,maka pihak SAR haruslah mengambil peluang ini untuk kebaikan pelajar dan tenaga pengajar mendapat bantuan.

Sekolah Agama Rakyat diajak sertai 'keluarga' SABK

JOHOR BAHRU 29 Sept. - Kementerian Pelajaran menjemput semua Sekolah Agama Rakyat (SAR), khususnya di negeri ini agar menjadi 'ahli keluarga' Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kementerian itu untuk meningkatkan lagi tahap pembelajaran dan prasarana sekolah.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu akan dapat memenuhi permintaan tinggi ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke sekolah aliran agama dan membolehkan lebih ramai pelajar berpeluang mengikuti proses pembelajaran menggunakan dwikurikulum, kebangsaan dan Dini/Azhari.

Katanya, Kerajaan Pusat akan menyediakan peruntukan bersesuaian jika SAR menjadi SABK, contohnya skim gaji guru yang sama dengan tenaga pengajar di sekolah kebangsaan.

Di samping itu, katanya, pelbagai bantuan seperti guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks, biasiswa dan pembangunan infrastruktur turut akan diberi.

"Jika sekolah-sekolah agama di negeri ini dapat dilengkapkan dengan kemudahan terkini, ia boleh menjadi daya tarikan kepada pelajar bukan sahaja di negeri ini malah dari negeri lain," katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Hijrah SABK Madrasah Al-Alattas Arabiah Johor di sini, hari ini



______________________________________________________________________
This email has been scanned by the MessageLabs Email Security System.
For more information please visit http://www.messagelabs.com/email
______________________________________________________________________

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment