Monday, October 24, 2011

Re: RG2011... Laporan jabatan audit negara untuk selangor tahun 2011.

 

Anda pasti

From: Farid <d4rkn3555@yahoo.com>
To: "Kelakar@yahoogroups.com" <Kelakar@yahoogroups.com>
Cc: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, October 25, 2011 11:04 AM
Subject: RG2011... Laporan jabatan audit negara untuk selangor tahun 2011.

 
rasanya ada satu benda lagi yg audit terlepas pandang.cincin 70juta terlupa kot masuk buku 555. Cerita kat bwh ni,300 juta utk bersih sungai yg rata2 digunakan oleh rakyat.tapi 70juta utk 1 individu.x nampak pun apa kebaikan batu cincin tu utk rakyat.

On Oct 25, 2011, at 10:00 AM, "Sr Rizz.r" <junior.rizz@gmail.com> wrote:

 

Laporan Audit Negara Dedahkan Penyelewengan Besar Di Selangor

Pakatan Rakyat kalau berkempen di mana-mana negeri, bahkan di dalam Selangor, sentiasa mendabik dada, kononnya merekalah yang paling bersih, paling tulus, paling adil dan paling saksama. Konon-kononnya merekalah yang lebih prihatin kepada rakyat dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat Selangor. Dan modal utama mereka sudah tentulah air percuma 20 meter padu yang sebenarnya tidak percuma pun, melainkan penambahan bayaran untuk cover balik untuk 20 meter padu itu. Itu belum lagi cerita tentang pelbagai program lagi yang sebenarnya hanya ada pada nama, tetapi tidak wujud langsung dalam perlaksanaan, termasuklah bantuan untuk pelajar-pelajar terbaik atau anak Selangor yang baru lahir.
Laporan Jabatan Audit Negara untuk Selangor bagi tahun 2011, menyerlahkan perangai sebenar Pakatan Rakyat yang sebenarnya lebih bersifat kepada penyamun dan perompak. Kita tidak perlulah ulas satu persatu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Khalid Ibrahim di Selangor, atau apa yang telah dilakukan oleh Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ronnie Liu, mahupun Yaakob Sapari. Setiap seorang daripada mereka, terlebih-lebih lagi Khalid Ibrahim telah melakuan penyelewengan yang bukan sedikit.
Sebagai contoh, Khalid Ibrahim dan Lee Kim Hong mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Lee Kim Hong dilihat mempunyai keistimewaan dalam pentadbiraan kerajaan negeri Selangor apabila Wessex Walter I Bhd Consortium, anak syarikat I-City Berhad miliknya menerima pelbagai projek dan yang tebraru projek pembersihan Sungai Klang Fasa 2 sepanjang 35 kilometer bernilai RM300 juta.
Projek tersebut sehingga kini masih lagi menjadi isu kontroversi berikutan kelembapan perkembangannya. Adalah difahamkan sebahagian daripada RM300 juta itu telah pun dibayar, namun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kelihatan sangat 'malu-malu' untuk menceritakan tentang perkembangan projek tersebut.
Sebelum ini, beberapa pendedahan telah dibuat oleh banyak blog, terutama sekali Selangor Daily sendiri. Bagaimanapun, setiap pendedahan yang dibuat, SETPOL Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin akan cuba melarikan topik perbincangan dengan menjadikan Khir Toyo sebagai sasarannya. Malah, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang lain juga kelihatan seperti manusia tongong yang berkulit tebal dan bertelinga kuali. Mungkin mereka memikirkan apa-apa sahaja yang mereka lakukan, dapat mengelabui pandangan rakyat.
Paling menarik apabila laporan audit turut mendedahkan tentang pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh Exco Selangor, termasuklah Yaakob Sapari yang menjadikan tugasan rasmi sebagai medan untuk dia memadu kasih asmara bersama-sama isterinya di Hyderabad, India. menariknya, kertas cadangan tersebut dibuat dan disediakan oleh Yaakob Sapari sendiri, bahkan ditandatangani dan diluluskan oleh dia juga!
Itu belum lagi pendedahan tentang penyalahgunaan dana negeri bagi tujuan peribadi dan tujuan parti politik. PKR dan DAP dikesan paling banyak menyalahgunakan dana negeri untuk kepentingan mereka.
Bagaimanapun, DAP dan PKR kelihatan sangat menikus dan mengelak daripada memperkatakan tentang penyelewengan yang telah dibuktikan oleh audit negara. Sebaliknya mereka masih lagi berkempen dan mencanangkan dengan kejayaan yang telah dibuat sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir Selangor. Padahal apa yang mereka canangkan itu juga adalah satu pembohongan yang paling nyata dan lebih bersifat retorik untuk memperdayakan para pengundi.
Pakatan Rakyat khususnya Khalid Ibrahim perlu tampil menjelaskan keadaan bagaimana penyelewengan-penyelewengan tersebut memberi kebaikan kepada rakyat Selangor. Tidak sudahnya mereka terus-terusan mencipta pelbagai alasan dan dalih bagi mengangkat Pakatan Rakyat sebagai pembela rakyat, sedangkan secara hakikatnya, merekalah yang menjahanamkan Selangor, sama ada rakyatnya mahupun prasarana dan alam sekitarnya!
Best Nation

.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment