Saturday, October 8, 2011

Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci

 

Salam, cerita kwn saya yg pegi haji sama thn 2008 dgn saya lagi menarik dan ajaib, dia seorang busnisman dpt durian runtuh tiba2 okt 2008, tiba2 dia dan isterinya terfikir nak pegi haji tapi tanak pegi dgn pakej sbb katanya tak seronok, dia nak rasa haji sendiri, dia pun dgn isteri pegi lah kaunter th kelana jaya terus la bawa duit cash cukup utk 2 org masuk akaun bank th dan daftar haji dia terus ckp dgn kaunter saya bersedia pegi haji anytime , kalu dijemput ke mekah tak kira la last flight pun dia akan pegi so kaunter terus kata ok tuan buat surat standby anytime saya akan take note rekemen pegi anytime, dgn takdir Allah dia dpt pegi dgn panggilan mengejut so terperanjat lah busnisman ini terus bercampur baur nak pegi ke tanak ! So dia rujuk nasihat ustd n iman2, akhirnya nasihat yg diterima rata2 kata kalu dah dijemput kena pegi sbb bukan mudah dpt panggilan haji so suami isteri yg umur 39 thn pun bertolak lah 2nd last flight , so maknannya haji adalah tetamu Allah so jika anda dah terpilih tak kira la muda,tua,sakit, atau apa sahaja alasan kalu dpt pegi insyallah tetap pegi , jgn la jelous sbb semua ketentuan illahi, manusia boleh merancang Allah juga ada perancangannya, Perancangan Allah adalah yg terbaik, nasib kita tak sama di sana walahulam,

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: reenasyuara@yahoo.com
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 8 Oct 2011 16:22:33 +0000
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci

 

Kajang sel :
Astagfirullahalazim......
Pergi haji ni bukan mcm pegi melancong, kalau Allah jemput kita jd tetamu Dia, yg susah boleh jd senang, tp bila kita tidak dijemput, yg sudah di airport pun boleh tak jd pergi....(ada byk kes)
Salah satunya, tetiba pakcik ni meracau2 marah org sana sini, mengamuk....dah mcm gila dtg, so, tak dpt pg la....
Kena redha la dgn ketentuan ini... Kalau semua pun kata org salah, buat la sendiri2... Bukan senang nak manage beribu2 jemaah dgn baik..
Biasa la, yg baik tak nmpk, buruk yg sikit dibuat cerita siap tambah perisa, bg org lain sedap dgr, pastu org lain tak tau kesahihannya, sebar kat semua org... Kan dah jd fitnah...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: abdullah zakaria <abzak53@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 7 Oct 2011 07:08:31 -0700 (PDT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci

 

salam 

senang cerita kalau nak pergi juga , biasa nya ambil pakaj lagi mahal lagi cepat dapat tempat . mengapa ? tanya orang ramai , betul ke tidak .


From: KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, October 7, 2011 10:59 AM
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci

 
Dari pengalaman  saya lah Tabung Haji ni tidak telus dalam urusan pemilihan siapa yang layak pergi meninaikan ibadah haji. Dalam tulisan lain pelaksanaan lain. Pegawai dia cakap pandai,,, cair kita mendengarnya tapi bila pelaksanaan ALLAH saja lah yang mengetahuinya. Oleh sebab Tabung Haji ni monopoli agensi dalam urusan haji maka kita tidak ada pilihan ikut saja lah arahan dan kehendak mereka.

From: Khadijah Mohamed <khaty69@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 5 October 2011 1:45 PM
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci
 
Salam,
Ibu dan arwah ayah saya telah lama mendaftar haji. Arwah ayah dah meninggal dunia tahun 2005 tak sempat pergi haji. selepas itu kami berusaha supaya ibu dapat pergi haji, duit dah lama cukup, ibu pun tahun ini dah berusia 72 tahun, tapi alhamdullillah setakat hari ni dia masih sihat. Dari surat yang diterima awal tahun ibu saya terpilih pergi haji tahun ni setelah beberapa kali kami buat rayuan (pergi haji bersama rakan perempuan).

Baru2 ini saya cuba telefon tabung haji bertanyakan tarikh berlepas ibu saya kerana saya agak risau, ramai dah bertolak ke Tanah Suci sedangkan ibu saya masih belum mendapat tarikh. Apa yang diberitahu org kerani tabung haji tu, ibu saya terpilih tapi tunggu surat atau telefon, tarikh akan diberitahu nanti.. saya kesiankan ibu saya, sudah lama dia berharap dapat pergi, semua persediaan telah dibuat sejak lama lagi. segala kursus, kursus perdana sudah pun dia hadir.

Tolonglah kawan2 doakan untuk ibu saya semoga dia dapat mengerjakan haji pada tahun ini kerana dia bukannya muda lagi. Mulanya saya ingin sekali meneman dia mengerjakan haji tapi memandangkan simpanan belum mencukupi maka tak dapatlah saya temankan ibu saya.

Satu yang saya heran kenapalah Tabung Haji tidak mendahulukan org2 tua mengerjakan haji, sedangkan ramai dah cukup simpanannya dan lengkap segala kursus dan ramai yang telah lama bersedia. Emm.. mungkin belum rezeki kot...
  Terimakasih

From: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, October 5, 2011 6:09 PM
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci
 
Salam

M
emang betul apa yg saudara maklumkan. Syarat utk ikut pakej swasta. Daftar dgn LTH dgn bayaran RM1300 utk pendaftaran haji, nanti LTH akan bg slip daftar (kat situ tertera thn menunaikan haji). Contoh mcm sy daftar haji bln mac thn ni, thn dpt g haji 2039... beza 28thn.. skrg ni jika daftar 30th baru dpt pergi. Jika mampu yg mampu x kira kaya atau miskin, boleh pilih pakej haji swasta PJH (Pengelola Jemaah Haji) yg dilantik oleh TH. Peruntukan kouta ada disediakan utk PJH. Alhmdlh tanggal 24hb ni saya juga akan berangkat ke tanah tanah suci mekah.
Dulu masa arwah ibu sya masih hidup, ibubapa daftar haji 2007. Mrk x merancang dan bersedia pon utk pergi haji tp rezeki mrk thn 2008 dapat g haji. Saya bagitau nak htr mrk pergi haji selepas raya puasa 2008. Saya pun daftar mrk, 2 minggu kemudian dpt pergi haji (guna kouta pak menteri). Semua persiapan mrk sy uruskan. masa tu mmg arwah ibu sy dh lama sakit. ayah sy pon skit. 2 hari masa nak belepas pon mrk sakit.. sapai xnk pegi.. saya pujuk supaya pergi... di tanah suci pon mrk berdua bergilir sakit.. lepas blk ke tanah air januari 2009.. july thn tu ibu sy sakit strok.. 14 Sept meninggal dunia. Alhmdlh sy dpt tunaikan hajat mrk pegi haji walaupon mrk x bersdia...
From: usamah muhammad zaid <mz_usamah@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 5 October 2011 9:06 AM
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci
 
Salam,
Utk pengetahun Tuan/Puan, apabila anda melalui pakej haji secara swasta amat berbeza dengan sistem Tabung Haji. Pakej swasta langsung tiada kene mengena dgn urusan Tabung Haji. Kalau pihak Tuan/Puan ingin segera menunaikan haji tanpa menunggu giliran yang agak lama, berdaftar dengan pakej swasta. 
Tidak hairan jikalau kita baca dalam media cetak, ade yg mendaftar dari muda, akhirnya setelah bergelar warga emas baru dapat pergi menunaikan haji. 
Apa2 pun, jikalau anda tetamu Allah, Allah akan membantu Hamba2Nya untuk kesana. Banyakkan bersabar...
Salam.

From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>; "melayucyber@yahoogroups.com" <melayucyber@yahoogroups.com>; "tipah@yahoogroups.com" <tipah@yahoogroups.com>; "uitm-melaka@yahoogroups.com" <uitm-melaka@yahoogroups.com>; "hidayahnet@yahoogroups.com" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 4 October 2011 10:18 PM
Subject: Re: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci
 
Apafasal dalam tahun ini ada bakal jemaah haji yang masih tidak mendapat tarikh penerbangan lagi ? Biasanya pada tahun-tahun yang lalu jadual penerbangan dikeluarkan serentak dari penerbangan pertama hingga penerbangan terakhir iaitu sebelun amali perdana.. Apa masalah Th tahun ni eh ?

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 4, 2011 12:28 PM
Subject: RG2011... Menunggu tarikh ke Tanah Suci
 
Jamaah Muassasah
 
  
Saya telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji pada musim ini sejak 18 Februari 2011 lagi. Dalam borang jawapan, kami beritahu, mahu pergi awal. Ketika itu pihak Tabung Haji berkata, tarikh menunaikan haji akan diberitahu bulan Ramadhan. Alhamdulillah syukur. Selepas sembilan tahun mendaftar dan menunggu, akhirnya hasrat untuk menunaikan haji tercapai. Tahun lalu, usaha sudah dibuat namun masuk ke senarai menunggu sahaja. Namun, apabila bulan Ramadhan hampir habis, tarikh menunaikan fardhu haji tidak juga saya perolehi. Ketika ditanya, kami dimaklumkan, tarikh akan diberikan seminggu selepas raya Aidil Fitri pula. Kini, bulan Syawal sudah berlalu. Pada 29 September lalu, kumpulan pertama jamaah Haji Malaysia sudah berlepas ke tanah suci. Sayu benar rasa hati apabila melihat jamaah haji Malaysia disambut meriah di Madinah. Sayu rasa hati, bilakah pula tarikh kami akan berlepas ke tanah suci diperolehi. Berdasarkan nasihat Tabung Haji, hampir setiap hari saya akan menelefon Pusat Perhubungan Tabung Haji. Suami juga begitu. Namun jawapan yang diterima adalah, "Tarikh penerbangan ke tanah suci puan belum ada lagi." Ketika kami bersedih itu, kami juga tumpang gembira, ramai yang akan ke Mekah tahun ini. Dari 24,000 kouta, ditambah 2,000 lagi menjadi 26,000. Pelbagai jenis kumpulan orang ditawarkan ke Mekah. Ada kumpulan imam dan bilal, ada kumpulan JKKK bahkan ada yang mendapat tawaran dari 1MDC. Kouta untuk wakil-wakil rakyat BN pun ada apatah lagi kouta pak-pak menteri. Jiran kami suami isteri, baru tahun lepas mendaftar. Namun kerana mereka mampu dan pergi dengan pakej, pada tahun ini mereka sudah dapat ke tanah suci. Bukan itu sahaja, mereka boleh pilih pula tarikh ke sana. Mahu 5, 8 atau 15 Oktober. Sepasang rakan joging kami juga begitu. Apabila mendengar kami akan ke Mekah tahun ini, mereka berkata, "Alhamdulillah. Kami ni baru daftar tahun lepas. Bila lah pula giliran kami ye." Tup-tup, Ahad lepas mereka menjemput kami datang ke rumahnya. Kenduri doa selamat untuk ke Mekah. Mereka mendapat tempat ke tanah suci tahun ini walaupun baru tahun lepas mendaftar. Mereka berdua juga mempunyai nasib yang baik. Mereka diberikan  tiga tarikh untuk dipilih oleh pengelola haji swasta yang mereka sertai. Alhamdulillah kami kata. Mereka dapat pergi ke tanah suci walaupun baru tahun lepas mendaftar. Namun di hati kecil kami tertanya-tanya, bagaimana dengan kami ini. Sudahlah mendaftar 9 tahun yang lalu dan susah untuk mendapat tempat. Setelah mendapat tempat, susah pula untuk mendapat pengesahan tarikh ke sana. Kami teringat, inilah juga masalah yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan untuk ke tanah suci. Ia sudah semacam diperniagakan. Mereka yang kaya dan banyak duit, semua boleh dan mudah pula. Pergi sahaja dengan pakej. Bagi orang kampung yang kurang duit dan mengumpul duit sedikit demi sedikit, susah mendapat tempat kalau sudah cukup duitpun. Kalau sudah mendapat tempat susah juga mendapat tarikhnya. Sekarang ini, rasanya mahu berkurung dalam rumah sahaja. Tidak mahu jumpa orang. Kalau jumpa, orang akan tanya, "dah dapat tarikh? Bila nak berangkat" dan macam-macam soalan lagi. Tidak keluar rumah pun tak selesai masalah juga. Telefon pula berdering. Adik beradik dan saudara mara di kampung pula telefon. "Bila nak bertolak, bila nak buat kenduri" dan macam-macam lagi. Mungkin orang yang tidak merasa tidak tahu perasaan orang yang sedang dalam dilema ini. Bila tarikh tak dapat, bagaimana kita nak rancang cuti, macamana nak hantar anak ke kampung, kawan-kawan pula tanya, bila nak buat kenduri dan sebagainya. Akhirnya memujuklah hati. Teringat kata-kata ustaz yang memberikan kuliah ketika menyertai kursus haji. Kita ini nak menjadi tetamu Allah, jadi berserahlah kepada Allah. Banyakkan bersabar. Kalau kita tak dapat, apa nak buat, Allah tak izinkan lagi untuk kita bertamu ke rumahnya. Mungkin bagi bakal jamaah haji itulah yang mereka buat.... bersabarrrr. Tetapi apabila menonton TV yang memuji pengurusan Tabung Haji, kononnya yang terbaik di dunia, terasa juga cuaknya. Pendek kata menunggu ini dilema. Harap-harap Tabung Haji selesaikan segera masalah ini... nanti kalau diketahui orang luar, mana nak letak nama baik kita itu.
 
Jamaah Muassasah,
Kuala Lumpur.
--


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment