Tuesday, October 11, 2011

Re: RG2011... NABI MUHAMMAD SAMA MACAM MANUSIA LAIN - OLEH TGNA

 

Salam.

Saya mintak anda bg ulasan terhadap undang2 yg Allah SWT telah WAJIBkan kepada penguasa / pemerintah Islam jalankan di dalam pemerintahannya. Ulasan yg berbentuk ilmiah tentang UNDANG2 MALAYSIA vs UNDANG2 AL-QURAN. Cuba bgtau di mana tingginya undang2 Malaysia berbanding Undang2 Allah SWT sehinggakan undang2 di dalam perlembagaan buatan manusia tidak dapat ditandingi oleh undang2 Allah SWT.
Tak perlu sebut ttg TGNA & PAS etc... tak perlu cakap ttg politik.. SEDIA MAKLUM YG PENGGUBAL UNDANG2 ADALAH ORANG POLITIK. Hanya anda ulaskan serta rumuskan kenapa undang2 Islam tak sesuai di Malaysia..

Wassalam

2011/8/28 amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
 

 

(Syarah TGNA : http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc)


Ulasan:

Soalan 1 : Apakah wujud kelebihan Nabi saw semasa kelahiran? Memang banyak sekali cerita-cerita yang dikhabarkan mengenai peristiwa keajaiban yang berlaku sekitar kelahiran nabi, akan tetapi sukar untuk memastikan kesahihannya. Sumber-sumbernya dari Sirah Ibn Hisyam, Tarikh al-Tabari, Mawahibu al-Laduniyya [Qastalani], Syifa [Qadi Iyaf], dsb.

Berkenaan dengan bilakah Nabi saw dikhatankan, Ibn Qayyim rh [Zaad al-Ma'ad, 1/53] telah mencatatkan 3 pandangan :


1. Beliau dilahirkan dalam keadaan telah dikhatankan.
2. Beliau dikhatankan oleh Malaikat yang membedah dada beliau semasa dibawah penjagaan Halimah.
3. Beliau telah dikhatankan oleh datuknya, Abdul Muthalib semasa berumur 7 hari, dan waktu itu dinamakan Muhammad.


Ibn Qayyim mengatakan pandangan yang mengatakan Nabi telah dikhatan semenjak lahir adalah tertolak kerana tidak wujud dalil sahih mengenainya. Peristiwa Nabi saw dibedah dada oleh Malaikat Jibril semasa berumur 4 atau 5 tahun terdapat didalam Hadith Muslim, akan tetapi perlakuan khatan itu sendiri tidak ada. Ulama' cenderung kepada pendapat Muhammad saw dikhatan oleh Abdul Muthalib kerana kelaziman orang arab akan mengkhatankan anak mereka semasa berumur 7 hari.

Memang wujud kelebihan Nabi Muhammad saw sebelum beliau menjadi Rasul. Diantara peritiswa ajaib yang berlaku adalah semasa Nabi Muhammad telah di ambil oleh Halimah untuk disusukan. Halimah dan keluarga tidak mempunyai makanan yang cukup, sehingga susu badan beliau tidak mencukupi untuk memberi susuan kepada anaknya. Beliau juga mempunyai seekor unta, dimana unta itu juga sudah lama tidak mengeluarkan susu.


Akan tetapi semasa beliau mengambil Muhammad didadanya, didapati susu telah wujud. Susu tersebut mencukupi untuk Muhammad, termasuklah untuk adik tirinya. Suaminya telah pergi kepada unta tersebut dan didapati unta tersebut pun sudah boleh mengeluarkan susu. Semasa perjalanan ke Mekah, kaki himarnya telah cedera. Akan tetapi semasa pulangnya, himar tersebut dengan cepatnya telah pulih.


Ibn 'Asakir meriwayatkan satu peristiwa yang berlaku semasa Nabi saw bersama Pakciknya Abu Talib telah menerima aduan orang Quraish mengenai keadaan di Mekah yang tidak hujan-hujan. Semasa Abu Talib pergi bersama anak buahnya Muhammad untuk berdo'a di Ka'bah pada suasana yang panas, kelihatan awan gelap berada diatas kepala Muhammad. Abu Talib dan anak buahnya berdo'a di Ka'bah dan tiba awan dari pelbagai arah bertemu dan mengeluarkan hujan membasai bumi Mekah.


Didalam peristiwa lain pula, Nabi saw mengikuti Abu Talib ke Syria. Sesampai di Busra, terdapatnya Rahib bernama Bahirah bertemu dengan mereka. Walaupun tidak pernah berjumpa, dia dapat mengenali Muhammad. Apabila Abu Talib bertanya bagaimana dapat mengenali Muhammad, jawabnya pada masa mereka berjalan dari arah Aqabah, kelihatan batu, pokok sujud, dan ini hanya berlaku jika seseorang itu Nabi. Dia juga mengenal Muhammad dari tanda kenabiannya, Khatam Nubuwah, cop kenabian dibawah bahunya.


Ini adalah peristiwa yang menunjukkan bahawa tanda keNabian itu telah wujud semenjak Nabi Muhammad saw masih kecil lagi dan Allah swt sentiasa memelihara Nabi akhir zaman ini dari sebarang gangguan. Peristiwa ini kami petik dari Kitab al-Raheeq al-Makhtum (ms 61 – 65) karangan Safiur Rahman al-Mubarakpuri yang sangat sarat dengan rujukan.


Soalan 2 : Mengenai kenyataan yang dikeluarkan TG Nik Aziz Nik Mat mengenai Nabi Muhammad merupakan manusia biasa sebelum diturunkan al-Quran kepada baginda, perlu dilihat dari beberapa aspek. Kalau beliau sengaja mengatakan Nabi Muhammad  hanyalah manusia biasa seperti kita, barulah dikatakan menghina kedudukan Nabi 

Secara umum, didalam al-Quran, Allah swt sendiri memberitahu Nabi bahawa katakan kepada mereka yang bertanya, bahawa engkau adalah manusia biasa. Firman Allah swt bermaksud:-

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya" [surah al-Kahfi : 110]


Menurut Imam al-Qurthubi, surah ini mengambarkan Allah memberitahu Muhammad  bahawa beliau adalah manusia biasa dengan tujuan merendahkan ego-ego manusia agar tidak merasa diri mereka tinggi sangat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri adalah manusia biasa.


Ayat ini juga boleh memberi motivasi kepada manusia untuk beramal. Jika Muhammad boleh melakukan amalan-amalan baik, maka kita pun boleh melakukannya.

Ayat ini juga boleh digunakan untuk melarang manusia yang berlebih-lebih sikapnya terhadap Nabi sebagaimana orang-orang Nasrani mengangkat Nabi Isa as. Inilah yang dimaksudkan oleh TG Nk Aziz didalam petikan video diatas, menasihatkan agar umat Islam tidak berlebih-lebih menyambut Maulid Nabi, tetapi apa yang penting adalah memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah yang Nabi Muhammad bawa setelah beliau menerima wahyu semasa berumur 40 tahun. Tidak mungkin seorang Tok Guru yang sangat menyanjung Nabi  sanggup menghinanya. Haruslah kita mempunyai sikap "bersangka baik" terhadap beliau. Tujuan beliau jelas, melarang manusia berlebih-lebihan didalam Maulid sebagaimana orang-orang Nasara berlebihan terhadapa Nabi Isa as.


Nabi  sendiri melarang umatnya dari melakukan apa yang dilakukan oleh orang Nasrani terhadap Nabi Isa as, sebagaimana sabda beliau :

"Jangan kamu berlebihan terhadapku sebagaimana orang-orang Nasara berlebih-lebihan terhdap anak Maryam, aku hanyalah hamba, maka katakanlah : hamba Allah dan Rasul Allah" [Hadith Riwayat al-Bukhari, Ahaadith al-Anbiya # 3189]


Bagi mereka yang sengaja menggunakan ayat diatas untuk merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad, maka perbuatan tersebut adalah dilarang. Nabi Muhammad  sebelum menerima wahyu lagi merupakan hamba Allah swt yang diperlihara oleh Allah swt. Malah jika kita melihat ayat dari surah al-Kahfi diatas, walaupun Allah menyuruh baginda mengatakan dia adalah manusia seperti kamu, akan tetapi sambungan ayat tersebut menyatakan bahawa beliau menerima WAHYU. Manusia biasa tidak mungkin akan menerima wahyu seperti Nabi . Beliau adalah hamba Allah yang paling mulia disisi Allah dan penghulu segala Nabi. WA.


Sekian, wassalam


(Sumber Fitrah Islami Online)


Salaam & Regards

Amri el Wahab

 

(Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com; http://fitrahislami.wordpress.com;Welcome to my Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com)


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment