Friday, October 21, 2011

Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 

Salam alaik,

Adakalanya di dalam perbincangan, kita bawa masuk cerita zaman dulu dan cerita semasa.

Dalam hal yang kita perbincangkan ini, cerita zaman dulu you tu TIDAK RELEVAN samasekali pada ketika ini.

Fakta kini:
(1) Kebanyakan sumber ilmu Sains dan Teknologi masakini di dalam bahasa Inggeris
-> Otak budak Melayu sama saja saiznya dengan otak budak Cina, India, Arab, Jepun dll

Sila nafikan 2 perkara di atas.

Kalau sumber ilmu Sains dan Teknologi masakini di dalam bahasa Inggeris, ibubapa seharusnya mempastikan anak-anak belajar bahasa Inggeris dengan betul supaya FAHAM dan FASIH.

Di sini, IBUBAPA memain peranan penting untuk sempitkan atau luaskan minda anak-anak. Jika ibubapa memilih untuk melepaskan tanggungjawab mereka pada pihak sekolah sahaja, MAKA IBUBAPA telah memilih untuk sempitkan fikiran anak-anak mereka sendiri. Tidak menyokong anak-anak mereka mempelajari bahasa kedua atas alasan TIDAK RELEVAN dengan masadepan mereka.








 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.-------------------------www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------

                                                                 

From: krul nizam <k_rulnizam@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 20, 2011 8:43 PM
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 
salam,

kenapa nak agung2kan bangsa penjajah sedangkan penjajah tulah yg telah merosakkan bangsa
bukan ke kalau ikut sejarah, Bahasa Melayu ni digunakan sebagai bahasa perdagangan suatu ketika dahulu pada zaman kegemilangan Melayu Melaka, rasa2nya orang zaman tu berjual beli guna bahasa apa ye? Inggeris? kenapa nak menyusahkan pelajar luar bandar dengan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu jawapan jadi lain ke? 1 X 1 = 2 ke? 

Ni bukan soal SIKAP ASSABIYAH ! ni soal kefahaman melalui pembelajaran. Kalau nak belajar bahasa Inggeris, kuasailah Bahasa Inggeris itu dari segi bahasanya begitu juga keadaannya Bahasa Melayu. Agak2 kalau pelajar luar negara yang ingin menyambung belajar kat negara kita contohnya dari Jerman, dia belajar bahasa Melayu guna bahasa Jerman atau bahasa Inggeris? Kalau nak kuasai Sains dan Matematik, sebagai rakyat Malaysia kita lebih cepat faham bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Kenapa sekolah vernakular seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil masih mengekalkan bahasa ibunda di sekolah dan boleh mengajar mengabungjalin  pelajaran Sains dan Matematik daam bahasa Ibunda mereka?

sebagai renungan bagi kita semua, rasa2nya ahli sains barat yang diagung2kan tu buat rujukan dari mana ye? ambil ilmu dari mana ye? bukan saintis Islam ke yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan? atau kah, saintis Islam tu belajar di negara penjajah tu dahulu baru menyebarkan ilmunya dalam bahasa Inggeris? kenapa perlu ikut telunjuk pihak kedua yang telah mengalih bahasa ilmu ke bahasa inggeris? mungkinkah bahasa Ibunda yang diguna pakai oleh saintis Islam tu adalah serendah2 bahasa? kenapa libatkan bahasa dalam pembelajaran Sains dan Matematik? adakah guru Sains dan Matematik itu guru bahasa? fikir2kanlah...




From: Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 19 October 2011 9:04 AM
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 
salam,
keperluan Sains &Matematik adalah asas untuk pendidikan dan pengetahuan dlm bahasa apa pun tak pa masalahnya org melayu buat sain & mat dal bahasa pun lingkup macam tikus tengok besi. lagilah dlam eng. lagilah terkulat-kulat. cikgu yang angajar pun kalau mat tu dalam kiraan 1-10 dia sebut dlam bm juga. bila berbentuk ejaan & ayat  mereka sama je terkial lidah nak sebut bukan semua cikgu, ada yang commoted langsung taksebut bm anak murid rasa macam tengok katun donald duck je. saya pernah tolong org rumah buat tusion utk mat dan sains bila campur masing masing macam pakar matematik, bila bentuk ayat  dah tahun lima dan enam pun terlentuk sana terlentuk sini tak kira lelaki ke pompuan ke bila tengok yang pompuan gedik rasa macam nak buat bini walau madih darjah enam.walau apa pun abak murid kampung ku dari 200 yang ambil perisa upsr paling tinggi 20-30 jer yang dapat 5 A, yang lain tu tak makan nasi ke. ohh org melayu bangkitlah. kuasai bm untuk tujukkan bangsa dan bahasa asing untuk tunjuk kita  seper mudah mudahan satu hari nanti ada yang sanggup. InsyaAllah akan salah sorang anak untuk kuasai sekurang-kurang bm eng & arab
tq


From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 19 October 2011 7:49 AM
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 
Macamnilah...

Takde saper nak menafikan Bahasa Inggeris penting bukan sahaja Bahasa Inggeris bahkan bahasa apa sekalipun....  Cuma kadangkala hairan 6 tahun belajar Bahasa Inggeris dari tahun 1 - tahun 6??? kita masih belum mampu mengusai samada tulisan atau komunikasi... Sedangka 6 tahun adalah tempoh yang lama. kalau kahwin Insya Allah paling kurang dua anak... tu yang biasalah.!!! Hehe

Abi cadangkan, mantapkan betul bahasa samada Inggeris@arab@Melayu@Cina@ India sekalipun semasa di tahun 1- 6 kemudian nak belajo Mate ke sains ke... tak kisahlah dalam Bahasa apa sekalipun. Nak belajo dalam Bahasa Arab ok... Bahasa Inggeris ok... Bahasa Cinapun ok sebab 6 tahun tersebut telah memantapkan penguasaan bahasa kita.

Adakah terdapat kecacatan dalam pengajaran Bahasa di sekolah??? huhu... Ini kerana 6 tahun terlalu lama...

Ke Gone Bro???...

2011/10/19 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
 
Salam alaik,

Walaupun ia tidak sejajar dengan pandangan saya, jawapan dari Ayza sangat jujur sekali. Saya pun ingin turut jujur seperti Ayza.

Ada beberapa perkara yang diutarakan oleh Ayza :
1. Anak-anak Melayu sekolah Melayu yang kini terkenal.
2. Ayza bersetuju yang bahasa Inggeris itu penting
3. Ayza menyatakan anak-anak Melayu akan terus ketinggalan kerana susah faham bahasa Inggeris
4. Memartabatkan Bahasa Melayu.

Selama 60 tahun ini, orang Malaysia yang dikenali diluar negara ialah Tuanku Abdul Rahman, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Raja Petra, Taib Mahmud, Razali Ismail, Khalid Ibrahim, Najib Tun Razak, Syed Mukhtar Al-Bukhary, Robert Kuok, Tony Fernandez, Ananda Krishna, Lee Chong Wei, Zang Toi dan Jimmy Choo. 

Nampak tak bezanya? Orang Melayu yang terkenal semuanya atas sebab politik. Manakala yang bukan Melayu ( termasuklah Arab sorang tu ) pula terkenal atas sebab perniagaan atau kemahiran.

Dalam pada itu, kesemuanya mereka berkebolehan baik di dalam 2 bahasa sekurang-kurangnya dan ada yang mahir di dalam 3 bahasa atau lebih.

Ada tak di kalangan orang Melayu terkenal di dunia sebagai Saintis, Arkitek, Jurutera, Ahli Sukan dan Pereka Teknologi dan sebagainya di dunia? Tarak !

Kenapa gitu? Setahu saya, otak anak-anak Melayu ini semua sama saja  saiznya dengan otak anak-anak Cina, India, Arab, Jepun, Korea dan Omputih. Fasiliti di sekolah dan peringkat pengajian tinggi Malaysia pun hebat.

Jadinya, apa yang menghalang anak-anak Melayu memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Saya suspek budaya Melayu itu sendiri.

Maka timbullah pula alasan MARTABAT.

APA ITU NILAI MARTABAT? Ia terletak sekadar di dalam fikiran, anggapan dan perasaan sahaja. Kemudian ia dimanifestasikan melalui perbuatan. Ini termasuklah merugikan diri sendiri dengan menolak kebolehan mempelajari sesuatu di dalam bahasa lain ATAS NAMA MARTABAT.

Kita harus ingat bahawa MARTABAT MUSLIM yang paling bernilai di sisi Allah ialah TAQWA dan amalan solehnya. Martabat lain tidak sah di dalam Kubur dan Padang Mahsyar.

Namun begitu, dalam hal dunia kerjaya dan perniagaan, MARTABAT seseorang itu bergantung kepada kebolehannya untuk menjayakan sesuatu dengan CEMERLANG.

Tidak mungkin seseorang itu akan cemerlang TANPA KETEKUNAN, TANPA SUMBER, TANPA KEFAHAMAN, TANPA KEBOLEHAN dan TANPA PELUANG.

KETEKUNAN diambil oleh anak-anak dari didikan ibubapa dan guru-guru di sekolah semasa membesar. Seterusnya apa-apa sahaja budaya yang mempengaruhinya ke arah ketekunan.

Untuk mendapat KEFAHAMAN, seseorang itu seharusnya melatih diri dengan bahasa yang menjadi sumber ilmunya semasa pengajian. KEBOLEHAN pula dibina dari ilmu tambahan yang dapat menyokongnya dan seterusnya diasah dengan latihan.

Sila ingat, pada zaman ini, sumber Sains dan Teknologi terkini adalah di dalam bahasa Inggeris. Matematik terlalu penting di dalam TEKNOLOGI mahupun SAINS.  Ini bermakna, kebolehan berbahasa Inggeris di dalam Sains dan Teknologi membuka peluang yang luas untuk anak-anak Melayu.

Di dalam dunia kerjaya dan perniagaan, ORANG YANG CEMERLANG ialah yang dapat menyampaikan apa sahaja di dalam fikirannya secara LISAN, TULISAN atau VISUAL sehingga dapat mempengaruhi pihak yang disasarkan untuk membuat keputusan yang menyebelahinya. Orang yang cemerlang ini berterusan membuka peluang demi peluang untuk diri sendiri. Tak kiralah dalam bidang apa pun.

Bukan sikap assabiyah dan sifat penakut yang berselindung atas nama MARTABAT.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.-------------------------www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------

                                                                 

From: ayza zaiton <ayzamz2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 18, 2011 9:15 PM
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 
Salam,

Kalau mcm ni la punya pemikiran saudara... bila masa agaknya usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu itu akan tercapai.  memanglah bahasa Inggeris itu penting.  Tapi saudara tak fikir ke yg ahli bijak pandai dan cendekiawan Melayu kita yang ada sekrang ni dulu mereka sekolah aliran Melayu je tapi boleh berjaya dan menjadi orang terkenal dan ternama juga.  

Kenapa mesti kita agung2kan bahasa penjajah tu.  Kalau nak pandai dalam bahasa Inggeris kita semestinya belajar bahasa Inggeris secara insentif bukannya ajar subjek lain dalam bahasa Inggeris.  Untuk memahami konsep matematik itu satu kesukaran pada anak2 yang bahasa ibundanya bahasa Melayu ini ditambah pula untuk memahami bahasa matematik dalam bahasa Inggeris pula.

Mungkin saudara ni bukan orang Melayu kot sbb tu saudara menuduh orang Melayu sedemikian rupa.  Sebab saudara lebih suka anak2 Melayu terus ketinggalan dan bangsa lain terus maju. Kekadang kita bercakap ikut selera kita sahaja dan untuk kepentingan kita sahaja tanpa memikirkan orang lain dan masa depan bangsa Melayu pada masa akan datang.

--- On Mon, 17/10/11, Mann Trex <manntrexe@yahoo.com> wrote:

From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Subject: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !
To: "ForumDuniaMuslim" <Dunia-Muslim@yahoogroups.com>, "ForumDakwah Moderator" <dakwah@yahoogroups.com>, "ForumHarakahdaily Moderator" <harakahdaily@yahoogroups.com>, "ForumIdaman" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "ForumIdealis_mahasiswa Moderator" <idealis_mahasiswa@yahoogroups.com>, "ForumJommlepakk Moderator" <jommlepakk@yahoogroups.com>, "Forumlifestyle-malaysia Moderator" <lifestyle-malaysia@yahoogroups.com>, "ForumMalaysia-bisnisonline Moderator" <malaysia-bisnisonline@yahoogroups.com>, "ForumMalaysianchat Moderator" <malaysianchat@yahoogroups.co.uk>, "ForumMalaysiancommunity Moderator" <malaysiancommunity@yahoogroups.com>, "ForumMalaysiarama Moderator" <malaysiarama@yahoogroups.com>, "ForumMelayuCyber" <melayucyber@yahoogroups.com>, "ForumMyniaga Moderator" <myniaga@yahoogroups.com>, "ForumPakbelang Moderator" <pakbelang@yahoogroups.com>, "ForumRelexjap Moderator" <Relexjap@yahoogroups.com>, "ForumSunnah_Rasulullah Moderator" <Sunnah_Rasulullah@yahoogroups.com>, "ForumHidayahNet" <hidayahnet@yahoogroups.com>, "ForumIdamanGroup" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "insaniyy@yahoo.com.my" <insaniyy@yahoo.com.my>, "ForumKelakar" <Kelakar@yahoogroups.com>, "ForumKENALAN" <KENALAN-ABADI@yahoogroups.com>, "ForumMahligai" <mahligai@yahoogroups.com>, "Forum_MangkukHayun" <MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com>, "ForumMyMasjid" <mymasjid@yahoogroups.com>, "ForumRespeks" <respeks_group@yahoogroups.com>, "ForumSAUJANA" <saujanaku@yahoogroups.com>, "SHAM BAIDURI" <shambaiduri@yahoo.com>, "ForumTaman2Syurga" <Taman2Syurga@yahoogroups.com>, "ForumTeratak" <teratak_ilmu@yahoogroups.com>
Received: Monday, 17 October, 2011, 12:15 PM

 
Salam alaik,

Saya tak faham mengapa berubah lagi.  Memeningkan kepala budak-budak aje.
Biarlah mereka selesaikan SPM dulu !

Bila batch ni dah habis, barulah tukar dari Inggeris ke Bahasa Melayu.

Ni mereka masuk Form 4 aje, belajar Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Walhal dah 8 tahun belajar subjek tu dalam bahasa Inggeris.

Terma-terma yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dari Inggeris agak payah nak masuk akal.

Buat aniaya ribuan anak-anak orang aje. 

Kerana apa? Kerana sebahagian daripada orang Melayu tak suka belajar bahasa lain. Suka nak duduk bawah tempurung kelapa sampai kiamat. Suka merugikan anak-anak Melayu sendiri.

Lepas tu bila ekonomi bangsa lain meningkat berlipat kali ganda kerana kebolehan komunikasi mereka, jadilah macam-macam hal pulak sebab dengki.

Dalam pekerjaan, nak naik pangkat sebab SENIORITY, iaitu sistem Kolot Molot. Sedangkan dalam dunia yang lebih maju, kenaikan pangkat berdasarkan MERIT, iaitu PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, KEBOLEHAN dan TABIAT SERTA SENIORITY.

Salahsatu kebolehan penting ialah di dalam berkomunikasi dan kebolehan memahami rujukan sumber yang cukup banyak di dalam bahasa Inggeris.

Kaum Cina dan India kebanyakannya boleh berkomunikasi dalam 3 bahasa  utama. Kaum Pakistanpun boleh berkomunikasi di dalam bahasa Urdu, Punjabi, Melayu dan Inggeris. 

Lagi banyak kita kuasai bahasa, bertambah-tambahlah peluang terbuka depan mata. 

Ni bila di interviu oleh syarikat antarabangsa, budak-budak Melayu terkebil-kebil. Budak Cina dan India senyum aje menjawab lalu dapat gaji lebih tinggi dan peluang lebih banyak.

Malangnya kaum Melayu nak terus-menerus hidup dengan satu bahasa aje. SIKAP ASSABIYAH YANG TAK SUDAH-SUDAH. Sikap yang cukup merugikan DUNIA dan AKHIRAT. Sikap assabiyah yang dibenci Nabi yang Mulia dan Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Semoga mereka yang bertanggunjawab di atas keputusan buruk ini, rugi serugi-ruginya sebagaimana mereka merugikan masa depan anak-anak Melayu. Tiada doa yang baik untuk mereka.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.-------------------------www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 





--







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment