Friday, October 21, 2011

Re: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 

Korang anggap jer lah projek nie tali gantung pada BN, berjaya..peneroka puji melangit tuk najib, tak berjaya...derang tau ler nasib derang nanti....

2011/10/21 rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
 

 
Harap2 jangan jadi macam MAS sudah le..
Kena telah dengan AIR ASIA penyudahnya..
 

From: Mohd Fazila <mfazila@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 21 October 2011 11:44 AM

Subject: Re: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 
kih..kih.kih....Kalau di pk2an, ada pro dan kontra laa, setakat arie nie ANAK tidak tidak menyatakan analisis mereka lagi, BAPAK pun macam tgh tggu respon dari ANAK..haa..haa...yg komen2 negatif nie aku dok rasa bukan warga felda, sebab org felda shj yg tau pihak mana yg terlibat dengan "projek" terbaru nie, KPF adalah koperasi permodalan felda, yang mana masa di mula buka dulu, setiap peneroka felda dapat 10K unit FREE, Free tau, jgn buat x tau, ada peneroka yang dh jual saham mereka pada jiran2 tetangga apabila sampai tempoh matang, ada yg dok simpan, dpt untung tiap-tiap tahun paling busuk 15% setahun, 10% bagi tunai, baki akan dimasukan balik pada pelaburan..untung wooo....aku pun baru masuk 100 henget aja, bagi hidup akaun je dulu...nanti ada can, aku top up skit, untung bapak aku jd peneroka, rumah x yah sewa, x payah nak sibuk2 beli, cari duit makan dgn belanja sekolah anak aja..aku hari2 start moto g kilan, pergi pg pulang petang...haa..haa..haa...nak beli rumah pun tak lepas loan lagi...

apabila diumumkan pasal projek terbaru nie, nampak macam pelaburan KPF nie di angkat ke LEVEL tinggi dan berisiko skit , tp hasilnya juga pasti lumayan..harapkan mereka dapat "player" yg hebat bila masuk dlm board utama..mudah-mudahan....rezki jgn tolak...

PS:- denga cerita, Ada peneroka bangsa INDIA sudah mempunyai pelaburan hampir sejuta di dalam KPF...hempp..korang pk-pklah..

2011/10/21 Ae One <aku_hebat80@yahoo.co.uk>
 
kalau dah kata Berhad.. siapa2 boleh beli saham tu.. lebih2 lg kalau org melayu ni nampak je duit lebih sikit kelabu mata.. maka tergadai lah felda ke tangan org yg tak sepatutnya...

From: Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 20 October 2011, 17:06

Subject: Re: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 
berapa lama peneroka tu boleh pegang saham kalau harga naik tak gatal ketiak nak jual ke kalau dah jual dan ambil untung dari jualan saham siapa pula yang memiliki saham, tidak pun semasa dibeli harga tinggi tiba2 harga merudum jual rugi tak jual sayang nanti jadi sasau lo . bukan iri ati adik beradik aku ada lima dok felda hartap-harap 2 tahun lagi dia orang jutawan kan dah lama jadi hamba felda.

From: Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 20 October 2011 2:59 PM
Subject: Re: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 
Allahuakbar , nampak sangat ini hanya gimik pilihanraya ........ cuba perhatikan ayat " Bakal menjadi pemegang saham terbesar FGVF " bakal belum tentu betul , yang pasti " BAKUL "
Bakal mertua belum tentu jadi mertua ...................... last-last melopong makan tempee goreng cicah sos ..............
Tak caya tengoklah nanti....... kalau nama UMNO , memang pak mat tak caya langsung , yang auta lagi banyak dari autooooo 
 
pak mat tempee 

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 20, 2011 9:50 AM
Subject: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 

Peneroka Felda bakal pemegang saham terbesar FGVH

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Koperasi Peneroka Felda (KPF) bakal menjadi pemegang saham terbesar Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn. Bhd. apabila syarikat itu disenaraikan ke Bursa Malaysia pertengahan tahun depan.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, langkah itu bertujuan memastikan kedudukan peneroka sebagai pemegang saham terbesar sentiasa terjamin.
Bagaimanapun beliau berkata, pihak FGVH belum memutuskan jumlah saham yang akan dimiliki oleh KPF selaku pemegang saham terbesar di dalam syarikat berkenaan.
"Penyenaraian FGVH adalah semata-mata untuk manfaat peneroka secara keseluruhan dan atas sebab itu kita memerlukan satu syarikat khas bagi membolehkan para peneroka diberi kedudukan istimewa iaitu sebagai pemegang saham terbesar.
"Akhirnya kita membuat keputusan memilih KPF menjadi wakil kepada peneroka di dalam FGVH," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Terdahulu Mohd. Isa telah menghadiri majlis penerangan FGVH yang turut dihadiri ketua-ketua peneroka seluruh negara di Dewan Perdana Felda.
Mohd. Isa juga berkata, Felda Holdings Bhd. sedang menyenarai pendek 15 bank pelaburan bagi menguruskan proses penyenaraian FGVH.
Beliau berkata, kesemua bank pelaburan terbabit telah ditemuduga dan kini hanya menunggu keputusan akhir dibuat.
"Dijangka keputusan mengenainya akan dikeluarkan pada minggu ini. Perkara ini perlu disegerakan memandangkan proses penyenaraian dijadual berlaku pada Jun tahun depan," ujarnya.
Utusan Malaysia sebelum ini pernah melaporkan Felda Holdings bakal memilih dan melantik empat buah bank tempatan dan asing minggu depan bagi mengendalikan proses penyenaraian PGVH pada pertengahan 2012.
Sementara itu beliau berkata, para peneroka menyambut baik keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia.









--
Regards,

Mohd Fazila Ahmad







--
Regards,

Mohd Fazila Ahmad


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment