Friday, October 21, 2011

Re: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 

salam

saya teringin nak bertanya dan memberi pendapat jika salah tolong tunjukan.

kelazimannya orang2 kita biasanya tak boleh pegang duit banyak ada saja projek (kadang2 kena tipu) dek sebab ada banyak duit.

berapa lamakah orang2 kita ni boleh bertahan dengan memegang saham ini ? terutama apabila nilai saham mereka di kemuncak ? tidakkah mereka2 ini ingin memiliki kecairan duit untuk tujuan menggunakan sebagai kuasa membeli . jika saham ini habis di baham oleh orang yang banyak duit (tak kira sapa pun walau koperat) apa akan terjadi kepada pemegang saham tadi (ahli) , tentu akan jadi kuli semula kerana dah tiada saham , maka merempatlah ke asal . 

walhasil balik asal dan merempat di tempat sendiri .

jadi FIKIR FIKIR lah...







From: Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 20, 2011 2:59 PM
Subject: Re: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 
Allahuakbar , nampak sangat ini hanya gimik pilihanraya ........ cuba perhatikan ayat " Bakal menjadi pemegang saham terbesar FGVF " bakal belum tentu betul , yang pasti " BAKUL "
Bakal mertua belum tentu jadi mertua ...................... last-last melopong makan tempee goreng cicah sos ..............
Tak caya tengoklah nanti....... kalau nama UMNO , memang pak mat tak caya langsung , yang auta lagi banyak dari autooooo 
 
pak mat tempee 

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 20, 2011 9:50 AM
Subject: RG2011... PENEROKA FELDA BAKAL PEMEGANG SAHAM TERBESAR FGVH

 

Peneroka Felda bakal pemegang saham terbesar FGVH

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Koperasi Peneroka Felda (KPF) bakal menjadi pemegang saham terbesar Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn. Bhd. apabila syarikat itu disenaraikan ke Bursa Malaysia pertengahan tahun depan.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, langkah itu bertujuan memastikan kedudukan peneroka sebagai pemegang saham terbesar sentiasa terjamin.
Bagaimanapun beliau berkata, pihak FGVH belum memutuskan jumlah saham yang akan dimiliki oleh KPF selaku pemegang saham terbesar di dalam syarikat berkenaan.
"Penyenaraian FGVH adalah semata-mata untuk manfaat peneroka secara keseluruhan dan atas sebab itu kita memerlukan satu syarikat khas bagi membolehkan para peneroka diberi kedudukan istimewa iaitu sebagai pemegang saham terbesar.
"Akhirnya kita membuat keputusan memilih KPF menjadi wakil kepada peneroka di dalam FGVH," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Terdahulu Mohd. Isa telah menghadiri majlis penerangan FGVH yang turut dihadiri ketua-ketua peneroka seluruh negara di Dewan Perdana Felda.
Mohd. Isa juga berkata, Felda Holdings Bhd. sedang menyenarai pendek 15 bank pelaburan bagi menguruskan proses penyenaraian FGVH.
Beliau berkata, kesemua bank pelaburan terbabit telah ditemuduga dan kini hanya menunggu keputusan akhir dibuat.
"Dijangka keputusan mengenainya akan dikeluarkan pada minggu ini. Perkara ini perlu disegerakan memandangkan proses penyenaraian dijadual berlaku pada Jun tahun depan," ujarnya.
Utusan Malaysia sebelum ini pernah melaporkan Felda Holdings bakal memilih dan melantik empat buah bank tempatan dan asing minggu depan bagi mengendalikan proses penyenaraian PGVH pada pertengahan 2012.
Sementara itu beliau berkata, para peneroka menyambut baik keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment