Sunday, October 23, 2011

Re: RG2011... [Perisik Rakyat(R)] Himpunan Sejuta Umat: Pergi Tazkirah Perdana Menteri Dulu

 

Berhimpun dengan Aman 10 ratus tahun, 10 ratus siang, 10 ratus malam pun Islam tak kan terdaulat kalau Pemerintah Negara sendiri dok sekat & tak berminat untuk laksanakan Undang-Undang Syariah, siap keluar statement "Undang-Undang Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia".

Ada paham..?

2011/10/21 Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
 

Salam TopengTerdedah,

Memang betoi pandangan kamu sebabnye seposen ajer. Ni pandangan duapuluhsen aku yang lebih sikit dari kamu seposen.

Macam ni ler ... negara kita ni berbilang bangsa nak kekalkan keamanan kena ada caranyer dan bukan pergi angkat parang atau senapang.

Cara yang boleh menunjukkan rakyat Malaysia yang beragama Islam bersatu padu menentang usaha2 mengkristiankan orang Islam adalah dengan berhimpun secara amanlah ... dan pada masa yang sama Jabatan Agama Islam dan JAKIM memainkan peranan mereka dalam bentuk lain selaras dengan lunas undang-undang.

Camner ... faham tak ... ternyata pandangan duapuluhsen aku lebih "make sense" dari pandangan seposen kamu yang dah buat pre-judgment sebelum perhimpunan diadakan.

Kalau tak nak pergi berhimpun jgnlah nak kondem ... kan baik ada perhimpunan tersebut demi menunjukkan perpaduan org Islam di Malaysia.

Oklah ... wassalam
 

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>


From: Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, October 21, 2011 12:19 PM
Subject: RG2011... [Perisik Rakyat®] Himpunan Sejuta Umat: Pergi Tazkirah Perdana Menteri Dulu

 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Petang esok akan berlangsung "Himpunan Sejuta Umat" di Stadium Shah Alam. Gua tak follow sangat perkembangan-perkembangan berkenaan dengan perhimpunan tu tapi ada la jugak gua baca dalam banyak media serba sikit pasal perhimpunan tu.

Pandangan Seposen Gua...

Gua tak nampak Rasionalnya berhimpun beramai-ramai dapat "Mendaulatkan" Agama Islam. Gua tak nampak kesan dari perhimpunan tu akan menguatkan lagi Agama Islam & gua tak nampak dalam pandangan sebelah mana pun penganut Agama Islam akan bertambah walau sebanyak 1% dengan berhimpun macam tu.

Dalam pada "Ekstrimist-Ekstrimist" (gua label leader-leader yang merancang himpunan tu sebagai Ekstrimist ataupun "pelampau" Agama Islam) tu berhimpun, menghimpun & menyatakan pandangan masing-masing melalui mikrofon & pembesar suara, yang lain bersorak-sorai bertakbir, golongan pendakwah Kristian bergerak dalam senyap.

Korang berhimpun, menyalak, bertakbir, sorak-sorai, penganut agama lain pandang dari jauh & berfikir & bercakap: "apa tu'..? Balik berhimpun, keluar dalam media sampai 5-6 hari, Islam bertambah kuat..? apa yang kuat..? sorakan..? takbir..? Umat Islam bertambah..?

Umat Islam tak kan bertambah kalau pendakwah WAJIB yang bertauliah, umat Islam tak kan bertambah kalau Sekolah Agama Rakyat tak dapat sokongan dari Kerajaan Pusat, umat Islam tak kan bertambah kalau banyak Gerakan Islam disekat pergerakannya hanya kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat.

Pendakwah Islam nak berdakwah kena ada "Tauliah", Mubaligh Kristian nak berdakwah cuma perlu ada "Kemahuan". Belum apa-apa kita dah kalah dalam bab ni.

"Nasib Baik"

Di Malaysia, gua letakkan Agama Islam sebagai Agama yang bernasib baik.

"Nasib Baik" mak bapak kita semua beragama Islam dan "Nasib Baik" bersebab kepada itu kita pun terus "diagamakan" sebagai 'beragama Islam" walaupun masa tu kita tak tau apa-apa pasal Agama Islam.

Ada jugak antara kita yang tergolongan dalam golongan ber"Nasib Baik" ni tak pernah mengamalkan ajaran agama Islam. Sembahyang Jumaat seminggu sekali sepanjang tahun bukan bermakna kita 'beragama Islam" kalau amalan-amalan WAJIB yang lain selambe je kita tinggal.

Pakai baju Melayu, bersampin, bersongkok bukan bermakna kita "beragama Islam" sebab semua perhiasan tu bukan HAK Agama Islam. Yang tu semua Pakaian "Orang Melayu". "Orang Melayu" dengan "Agama Islam" Tak sama. "Orang Melayu" kalau nak menikah kena beradat... Kena meminang, bersanding bagai. Itu bukan ajaran Agama Islam.

Adat Melayu kebanyakannya dicedok dari Adat dalam Agama Hindu. Kalau ikut 100% Adat Melayu, 30% kaki duduk dalam Agama Hindu.

Dalam Islam tak de "Hantaran" yang ada cuma "Mas Kahwin". Bersanding macam Kajol bukan ajaran Agama Islam.

Bagi gua la... Melayu makin kuat, Islam makin lemah. Melayu bukan Islam, islam bukan Melayu... Melayu cuma bangsa, Islam adalah Agama. Agama akan menguatkan sesuatu bangsa & bangsa selalunya akan melemahkan sesuatu agama. Bangsa yang bongkak akan membentuk Agama mengikut kemahuan mereka & bangsa yang lemah akan membentuk bangsa mereka mengikut kemahuan agama. Tak yah nak debat panjang-panjang bab ni.

Cuma bangsa yang Bongkak akan keluarkan kenyataan "Agama Islam" akan jadi lemah kalau "Bangsa" kita lemah. Ini kenyataan Bongkak. Kekuatan sesuatu "Bangsa" pada gua ikut mana-mana pun bagi gua terletak pada Agama.

Gua ambik contoh paling mudah... Realiti... Agama Kristian kuat bukan sebab Bangsa Kulit Putih, tapi Bangsa Kulit Putih jadi kuat sebab pegangan mereka pada Agama Kristian sangat kuat.

Tak susah nak nilai. Pagi Ahad sebelum loceng Gereja berbunyi, Penganut Agama Kristian dah penuh dalam gereja & realitinya dekat Malaysia sendiri Agama Kristian dianggap sebagai pengancam kepada Agama Islam... Eh... Berapa ramai Bangsa Kulit Putih ada di Malaysia sampai Agama Kristian dianggap sebagai pengancam kepada Agama Islam..?

Contoh mudah jugak gua ambik, Penganut Agama Hindu di Malaysia 90% berkulit Hitam & berbangsa India. Agama Hindu tak pulak dianggap sebagai pencabar kepada Agama Islam walaupun peratusan "Bangsa" yang beragama Hindu adalah India.

Kekuatan Agama bukan terletak pada "Bangsa". kalau tak paham jugak, nampak sangat tahap "Kemelayuan" korang tinggi.

Petang esok Insya-Allah sekurang-kurangnya 10,000 orang beragama islam akan berkumpul di Stadium dalam misi "mendaulatkan" Islam di Malaysia & malam minggu nanti gua yakin 100%sekurang-kurangnya 50,000 anak muda beragama Islam akan memenuhi pusat-pusat hiburan di seluruh Malaysia.

Yang kena tangkap ialah Pendakwah-pendakwah bebas yang mahu mendaulatkan Agama Islam tapi tiada "Tauliah", yang bebas tak kena tangkap malah "diraikan" ialah anak-anak muda beragama Islam pengunjung pusat-pusat hiburan.

Agama Islam TAK KAN kemana di Malaysia selagi Penguasa lebih pentingkan penguatkuasaan undang-undang yang merugikan Agama Islam sendiri.

Anak-anak dara berpakaian menjolok mata & melanggar ajaran Agama Islam merata-rata berkeliaran dibiarkan, Pendakwah yang mahu mendaulatkan Islam & mengembangkan Ajaran Agama Islam ditahan. Bini pemimpin tertinggi tak pernah reti nak tutup aurat & suami sendiri yang berjawatan Perdana Menteri Malaysia (Mohd.Najib bin Razak) DAYUS tak reti nak tegur bini.

Nak Daulatkan Islam..?

Khak Ptuih...!!!



--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 10/21/2011 12:19:00 PM



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment