Sunday, October 23, 2011

Re: RG2011... Re: AKIBAT DOK SIBUK MENGUTUK ORANG KAIN YANG DIPAKAI TERKOYAK PUN TAK SEDAR

 

betul...betul...betul....
tu lom masuk bab sabah n sarawak w/pun ado sg terpanjang di asia
apa2 pun layan.....

From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, October 24, 2011 11:39 AM
Subject: Re: RG2011... Re: AKIBAT DOK SIBUK MENGUTUK ORANG KAIN YANG DIPAKAI TERKOYAK PUN TAK SEDAR
 
Salam...

hehe air di Bera Pahang perghhh BERCATU beb, Kadang malam je ada... Penat ngajo di Bera dulu... huhu. Malam baru leh basuh pinggan basuh macam2 yang nak basuh... sebab tu peneroka2 di daerah Bera tu setiap rumah ada kolah besar hehe... dah macam kolam mandi.

Ada plak tu air dalam sejam dua je... huhu. Leceh betoi...

Apapun di Sanggang takat ni Alhamdulillah tak pernah putus bekalan air. Syukur. Laju plak tu... huhu



2011/10/24 JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
 
kalo masalah air ni, mana2 sama je... kat kampung aku di Pahang tu pun sama gak.sedangkan sungai terbesar dan terpanjang di semenanjung ada di pahang, siap jual kat selangor lagi tu... bukak paip angin je keluar, meter jalan jugak... kalo nk compare masalah air antara pahang ngan kelantan, aku rasa sama je... aku penah belajar kat ketereh dulu, mula2 duk hostel ramai mengeluh. air kotorla,selalu takdela... bagi aku takde bezanya ngan tempat aku di pahang...
 
JO 9 D
From: nik naemah nik mustafa <cinda_comel@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, October 21, 2011 12:00 PM
Subject: Re: RG2011... Re: AKIBAT DOK SIBUK MENGUTUK ORANG KAIN YANG DIPAKAI TERKOYAK PUN TAK SEDAR
 
sesiapa yang stay kat kelantan je tau macammana kehidupan di kelantan..Camner pun saya happy stay kat kelantan. Setau saya, dekat bandar kota bharu tak pernah xde org (for shopping purpose), sentiasa dikerumuni penduduk kelantan, even rakyat terengganu pun shopping dkt kelantan (especially penduduk Jerteh). Tak kirala week days ker, rest day ker..waktu public holiday lagila ramai..macam mana negeri kelantan dikatakan Negeri Kebajikan. Semasa saya belajar dlm Investment dulu, lecturer saya pernah bagitau penduduk kelantan yang paling tinggi melabur compare dgn negeri lain. kalo disebabkan masalah air, jgn la terus dicop negeri kebajikan..x baik buat orang kecik hati.negeri lain xde pe2masalah ker? Wallahualam...

--- On Fri, 10/7/11, 15.hotel@gmail.com <15.hotel@gmail.com> wrote:

From: 15.hotel@gmail.com <15.hotel@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Re: AKIBAT DOK SIBUK MENGUTUK ORANG KAIN YANG DIPAKAI TERKOYAK PUN TAK SEDAR
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, October 7, 2011, 8:40 PM

 
ko ingat bersuci dgn air bersih je ker ooiiii..... ko tahu ker apa itu air mutlak?...... bila hati dah byk mkn rasuah, mkn benda haram, ni la jdnya..... ALLAH SWT tutup hati dr menerima kebenaran..... walaupun di depan mata..... NAUZUBILLAH.....
 
----- Original Message -----
From: hbk7879
Sent: Wednesday, 05 October 2011 22:03
Subject: Re: RG2011... Re: AKIBAT DOK SIBUK MENGUTUK ORANG KAIN YANG DIPAKAI TERKOYAK PUN TAK SEDAR
 
xstream,, apa yg ko kalut ni.....?Allah tak pun kemarau kan Kelantan.... dgn takde musim kemarau pun, Kelantan takleh bagi air bersih kat rakyatnye sendiri.... ni ada hati nak tadbir negara... pirah... Islam suruh pemimpin rakyat memberi yang terbaik untuk rakyatnya.... beri segala kemudahan yg perlu untuk memudahkan kehidupan harian... bukankah PAS duk melalak siang malam mengatakan pentadbirannya berlandaskan Islam. perkara asas seperti kemudahan air bersih pun payah nak bagi. dgn takdenya air bersih, bagaimana rakayt nak bersuci....? dahlah memerintah k'tan berdekad...  ni yang duk sibuk hudud je...   
2011/10/3 xstream <pejal71@gmail.com>
 
Bab air nih jangan main2lah...kalau Allah tarik keistimewaan air di kelantan dgn kemarau apakah ko nak bergumbira? adakah ko nak tolong kelantan dengan bekalan air dari negeri lain yang Allah berikan dengan RahmatNya? cakap besar sangat...cakap macam rezeki ko selalu murah...harap2 Allah murahkan rezeki ko...ziee dan semut hitam...yang hitam hatinya...
2011/10/3 ziee lipan <ziee_lipan@yahoo.com>

KELANTAN TAK DE AIR??? NEGARA KEBAJIKAN!!!
Posted by Semut Hitam

Nak Buat Macam Mana, Menteri Besar Pun Asyik Tido Je!!!
Korang jangan silap. Jangan mudah sangat nak buat dakwaan yang bukan - bukan kalau tak tau apa istilah sebenarnya. Kaji dulu sebelum buat sebarang dakwaan.

Kalau korang nak tau, inilah salah satu istilah sebenar Negara Kebajikan yang hendak dilaksanakan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Bagi diorang, masalah air ni masalah kecik je. Bukan satu masalah besar. Nak pulak kalau masalah tu melibatkan rakyat. Lagi la diorang tak peduli.

Bukan setakat tak de air je yang menjadi istilah Negara Kebajikan PAS ni. Tak de peruntukan untuk menjaga Kebersihan Masjid, tak de pembinaan Masjid baru pun terlibat sama.

Walaupun diorang berdegar - degar dan dengan bangga mendabik dada kata diorang memperjuangkan Islam, tetapi perkara ini hanya dianggap kecil.

Lagi pun, tak de air ni bukan salah Kerajaan PAS Kelantan. Semuanya salah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kita bukan tak tau. Itu je la alasan diorang pun!!!

TUMPAT 2 Okt. - Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.
Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.
"Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.
Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.
Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.
"Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain," katanya.
Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. - Bernama
 
-- Xstream-BOP
--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment