Thursday, October 20, 2011

Re: RG2011... Re: Hidangan Di Restoran 1Malaysia Sedap Dan Berkualiti

 

Kalau Restoren Ukhwah..Insyallah tidak. Mereka dah lama amalkan charge yang murah..betul murah...they all memang tak tipu..yang lain tak tahulah...

From: dato camba <syayadi_1412@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 20, 2011 2:31 PM
Subject: Re: RG2011... Re: Hidangan Di Restoran 1Malaysia Sedap Dan Berkualiti

 
pak najip yg g makan mmg la kualiti....sok2 rakyat jelata yg makan, alamatnye mkn kuah je laaaaa....hehehe

From: A. Bakar b. Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
Sent: Thursday, October 20, 2011 8:54 AM
Subject: RE: RG2011... Re: Hidangan Di Restoran 1Malaysia Sedap Dan Berkualiti

 
Saya cadangkan sesiapa yang terasa bayar RM4.00 makan tengah hari adalah mahal dan mahukan lebih banyak lauk dalam Rm4.0 tu...dan kalau rasa kerajan bagi subsidi....jangan support kedai tu dan minta emak, atau bini atau GF masakan siap2 kat rumah dan bawa bekallll p kerja makan kat offis share ramai2 boleh bertukar tukar lauk pauk...JImat...
 
Maka tak payah komplain2  atau fitnah2...kurang sikit dosa fitnah dan adu domba..
 
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of rbk_2020
Sent: Wednesday, 19 October, 2011 5:17 PM
To: Sr Rizz.r
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Re: Hidangan Di Restoran 1Malaysia Sedap Dan Berkualiti
 
 
 
Nasi lemak kosong pun RM1.00 ke RM1.50 inikan pula jika ada lauk...
Yang berbeza pada waktu itu harga nasi dengan lauk sekadar sekitar RM1 berbanding RM4 yang dikenakan di bawah inisiatif Premis Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang diperkenalkan pentadbiran Najib.
 
Modal nak berniaga pun dah tak dapat nak tampung apatah lagi nak tampung sewa & kos pekerja...
Berapa lah subsidi gamaknya ya???
 
Secara tidak langsung mengaku pula makanan dia berbeza dari makanan rakyat...
"Perdana Menteri datang semata-mata untuk makan. Beliau nak rasa sendiri makanan yang dimakan oleh rakyat," katanya kepada pemberita.
 
Fakta sebenarnya harga barang kian hari kian mahal cuma publisiti sahaja yang semakin hari semakin murah............
 
 
 
 
From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: mdnazare7@gmail.com; rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>; hanisuraya.77@gmail.com; mazzellin@yahoo.com; "Hashim, Fasriana" <Fasriana_Hashim@apl.com>; Sleeping Beauty <fairladyshania@gmail.com>; aayang9532 <aayang9532@gmail.com>; Khairi Bin Abdul Rahman <khairey69@gmail.com>; cucu_buluhbetong@yahoo.com.my; cinta.dan.anugerah@gmail.com; aziz@precico.com.my; epul_bdksetan <epul_bdksetan@yahoo.com>; evaraed <evaraed@gmail.com>; farhansobri@yahoo.com; faridah ibrahim <faridahib@yahoo.com>; sitiumairah@gmail.com; hepi_nizza@yahoo.com; haiza kamarudin <kamariffin78@gmail.com>; ira_eva2110@yahoo.com.my; yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>; kamal bahrin <kamalbahrinyasin@yahoo.com.my>; Liya Sari <liasari_09@yahoo.com>; murad@precico.com.my; Sutera Putih <sutera_putihh@yahoo.com>; rozana.anna@yahoo.com; rainoe83@yahoo.com; Sabarudin_Mohamed@toshibatec-tim.com.my; Sal sayang <cutemama74@gmail.com>; yatie.88@hotmail.com; Zakri Kamaludin <Zakri@bursamalaysia.com>; Zakri@yahoo.com
Sent: Wednesday, 19 October 2011 4:21 PM
Subject: Hidangan Di Restoran 1Malaysia Sedap Dan Berkualiti


Hidangan Rakyat 1Malaysia Sedap, Berkualiti - Najib

                               Najib di Restoran Ukhwah (MR1M) di Kuala Lumpur
Najib di Restoran Ukhwah (MR1M) di Kuala Lumpur Foto: BERNAMA
KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Seperti dilakukan ayahanda beliau Tun Abdul Razak pada 1973, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seolah-olah menjejak kembali apa yang dilakukan perdana menteri Malaysia yang ke-2 itu.

Hari ini Najib memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Lebih 30 tahun lalu Tun Razak juga mengatakan demikian apabila berbaris untuk menikmati hidangan 'nasi ekonomi' hidangan Restoran Rakyat berhampiran pusat penjaja makanan yang hari ini dikenali sebagai D'Tebing, tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Yang berbeza pada waktu itu harga nasi dengan lauk sekadar sekitar RM1 berbanding RM4 yang dikenakan di bawah inisiatif Premis Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang diperkenalkan pentadbiran Najib.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengiringi Perdana Menteri, berkata kunjungan Najib ke premis itu adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 untuk makanan tengah hari dan RM2 untuk sarapan.

"Perdana Menteri datang semata-mata untuk makan. Beliau nak rasa sendiri makanan yang dimakan oleh rakyat," katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri berkata kunjungan Najib juga membuktikan bahawa persepsi sesetengah pihak kononnya menu murah di premis atau restoran yang menyertai program anjuran kementerian itu tidak berkuliti, adalah tidak benar.

Katanya kualiti makanan yang dijual di premis atau restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia adalah sama seperti makanan yang dijual di tempat lain dan kementerian sentiasa turun padang memantau keadaan agar aspek kualiti tidak diambil mudah.

"Saya rasa Perdana Menteri sangat gembira di mana hari ini beliau dapat merasa sendiri apa yang rakyat rasa dan makan setiap hari, dan ini menunjukkan beliau prihatin dengan apa yang dimakan dan dirasa rakyat," kata Ismail Sabri.

Program Menu Rakyat 1Malaysia dilancarkan pada 7 Julai lepas bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat.

Ismail Sabri berkata program itu menerima sambutan amat menggalakkan dengan sasaran 1,000 kedai menjelang hujung tahun ini dicapai lebih awal kerana setakat ini 1,004 restoran sudah menyertai program itu.

Daripada jumlah itu, Perak mencatatkan jumlah terbanyak iaitu 152 diikuti Selangor (137), Terengganu (123), Kedah (104), Pahang (103), Sarawak (64), Pulau Pinang (61), Johor dan Sabah (52), Kuala Lumpur (46), Kelantan (41), Negeri Sembilan (34), Melaka (18), Perlis (12), Labuan (tiga) dan Putrajaya (dua).

Ismail Sabri berkata bagi kemudahan orang ramai, senarai kesemua restoran yang mengambil bahagian dalam program itu akan diiklankan di akhbar Rabu.

Beliau berkata kementerian berharap lebih banyak restoran menyertai program itu yang mensyaratkan semua menu harus mempunyai kombinasi diet seimbang seperti nasi, lauk, sayur dan minuman.
 
 
 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment