Thursday, October 6, 2011

Re: RG2011... RM50 tiada nilai

 

RM50 tu masih ada nilai kalau kita blanja ikut kemampuan. ukur baju kat bdn sendiri... susu mahal?... kan bnyak susu formula sesuai ngn harga n keperluan kita... nak terbaik mmg ler kena byr lobeh...

--- On Sun, 10/2/11, ezie ezian <ezian017@gmail.com> wrote:

From: ezie ezian <ezian017@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... RM50 tiada nilai
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, October 2, 2011, 9:59 PM

 
bertukar kerajaan ek?tp rasa2nya klu bertukar kerajaan boleh jamin ke kehidupan kita akan bertambah baik,harga2 barang jauh lebih murah dari sekarang?sapa yang boleh tolong saya bg jawapan,jgn asyik mengeluh dengan rezeki yang kita dapat,dan jgn salahkan org lain klu kita hidup susah..tanya diri sendiri.tq.

2011/9/29 <anis1222@yahoo.com>
 
Memang la negara pendapatan tinggi kalau gaji RM4-5k tapi nya tak de nilai wat pe tak le beli apa barang mahal
Cam saya duit umah n kete je dh rm1k umah apartment n kete viva sebulan rm400
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: abu bakri <abuya_69@yahoo.com>
Date: Wed, 28 Sep 2011 07:56:13 -0700 (PDT)
Subject: Re: RG2011... Re: RG09... RM50 tiada nilai

 
Tak heran bro kan negara kita akan menjadi negara berpendapatan tinggi
masa tu aper akan jadi orang2 macam kita2 ni pun taktau lah... sekarang ni pun dah macam  ikan dah
terkapai2 waktu2 hujung bulan... nak kata berbelanja mewah2 aper pun takdak,nak kata ada umah besar
dok umah sewa je ni,nak kata ada keta besar tak da la jugak.... kereta secandhand je ni...
pening2.... kang aku g merompak kang ramai yang terbunuh ni........
nak salah kan takdir tak boleh kena usaha
nak berusaha lebih macam2 dah buat ot bukak buger jual itu jual ini orng lain yang kaya
nak berniaga nak wat pinjaman nak cagar aper seluar ada la,
nak balik kg nak usaha tanah , tu tanah pusaka kang bergaduh pulak adik beradik
apa lagi nak buat beserah pada allah je lah dan bertawakal sambil2 cari peluang
sambil2 kita tukar kerajaan penggal ni...
dah lama dah diaorang kaya lupa diri dah ni.....

--- On Thu, 3/3/11, Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com> wrote:

From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
Subject: RG2011... Re: RG09... RM50 tiada nilai
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, March 3, 2011, 7:44 PM

 
Tak heran lah kalau barang terus naik....kerana puak2 yang kaya raya tu...terus bertambah kaya dengan duit masuk keliling pinggang...yang menderita yang gaji tak seberapa...seciput ni yang menderita...kalau kita bising pun mereka ..pihak kerajaan akan terus menerus mengatakan harga barang diMalaysia ini masih lagi murah berbanding dengan diNegara lain...orang kampung saya rasa mereka taklah seteruk kita yang dibandar ini..harga getah terus naik, harga kelapa sawit naik juga....serai daun kunyit, pucuk mengkudu, pucuk ubi kayu, pucuk keledek mereka petik aje dari dekat rumah...kita yang dibandar ni yang tinggal rumah bertingkat2..apa yang ada, semua perlu mengeluarkan duit...itu sebab tak heran kalau masih ada warga kota ini menyewa bilik untuk satu keluarga dengan enam orang anak...bayangkan lah dengan satu bilik bersama 6 anak.........warga asing hidup bermewah dinegara kita...


From: mohd nor affandi <nodi181967@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, March 3, 2011 15:43:53
Subject: Re: RG09... RM50 tiada nilai

 
tak pelik suatu hari nanti anak2 sekolah dibekalkan RM50 sebagai
belanja harian. Kan kerajaan selalu bandingkan kenaikan harga minyak dan barang
di malaysia dengan negara luar seperti Jepun dan sebagainya......
Kat Jepun sekali makan Yen20,000 JER..... Jadi apalah sangat dengan belanja
RM50 nantikannnnnn.
Saya kata tak pelik jika KERAJAAN SEKARANG terus memerintah. So, kalau nak
kehidupan berubah, kita kena berani menukar kerajaan.
BERTUKARrrrrrrr. 


From: shegi shegi <acb_9379@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, March 3, 2011 12:54:36 PM
Subject: Re: RG09... RM50 tiada nilai

 
Ni saya nak bg teori pizza hut pulak. "apa kejadah yer kalau gaji tak naik tp harga barang naik"

inflasi nak hapus mcm mana bro, rakyat disuruh berjimat cermat, menabung, beli barangan buatan malysia. tp pemimpin? perabot import, kereta import, baju import, boleh katakan semua imported. yg nampak local yer perdana v6 jer, itu pun bt pegi keje jer sbb org dah kasi free dgn driver skali.

siapa pilih mereka memerintah? kita tanggung la sama2!!!!!!!!!

--- On Tue, 1/3/11, mohd shahir <shahir74@yahoo.com> wrote:

From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... RM50 tiada nilai
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 1 March, 2011, 11:37 PM

 
itu lah namanya inflasi ...... hampir pasti akan berlaku..... kerajaan dulu pernah buat kempen Inflasi Sifar .... tapi tak semudah yg diimpikan ....... start dengan kenaikan gaji tahunan pekerja sudah cukup buat perbelanjaan syarikat jadi bertambah ....... yg lain2 jgn kira lah .... hehehehe.... itu pun byk syarikat guna tenaga kerja asing yg rata2 gaji lebih murah ......

unless para pekerja sanggup gaji tak naik? ada berani?

kos2 lain terutama Kos pengangkutan yg asyik naik tak pernah turun.... mmg akan naik la semua harga barang ...teori domino ...


From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: mahligai@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 2 March 2011 14:00:47
Subject: RG09... RM50 tiada nilai

 

RM50 tiada nilai



Assalamualaikum WBT,

"Bang, tolong beli susu anak dengan milo".
Itu sms yang aku terima dari isteri aku. Biasanya kami borong barang dapur yang kering sekaligus untuk sebulan. Tapi untuk keperluan susu anak ni tokleh nak tangguh-tangguh. Mahu tak tidur malam dibuatnya nanti. Jadi aku segera mencari barang tersebut.

RM50.00 dihulurkan dikaunter tak mencukupi untuk milo pek kecil dan susu budak. Kena tambah lagi RM1.40. Perghh... 2 barang je RM50 tak cukup. Macam takde nilai je RM50 ni. Tapi itulah kenyataannya.

Kita mungkin biasa dengar mak bapak kita masa sekolah dulu bawak duit belanja 10 sen je. Nasi lemak masa tu boleh dapat 5 sen. Sekarang? Anak aku untuk belanja sekolah pagi dan petang RM3.50 seorang. Masa zaman aku sekolah dulu RM1.00 pagi petang. Jauh betul bezanya.

Inilah yang sedang kita hadapi. Peningkatan perbelanjaan yang semakin tinggi dari tahun ke tahun. Ditambah pula dengan beban kenaikan harga barang yang akan buatkan RM50.00 bagaikan tiada nilai lagi. Ada juga blogger-blogger yang sanggup mengeluarkan wang RM50 (ada juga yang lebih) sebagai hadiah kepada pengikut-pengikut setia blog mereka. Yelah.. Dulu duit RM50 ni besar nilainya. Sayang nak bagi-bagi orang camtu je. Sekarang mungkin RM50 terlalu kecil buat mereka. Sebab itulah tidak menjadi hal. Tidak mustahil satu hari nanti kita akan bekalkan RM50 untuk belanja sekolah anak-anak di masa hadapan.
 
 







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment