Tuesday, October 11, 2011

Re: RG2011... yuran sekolah di mansuh

 

Saya amat setuju dgn hamba azean...setiap sekolah tak sama sdra/sdri...murid macam macam... murid sekarang tak reti nak menghargai benda.....sebilangan besar murid tak tahu membeza rumput dan bunga pun. Bila dalam kawasan sekolah sakit tekak kita larang mereka supaya jangan berlari ,jangan pijak bunga tapi mereka pijak batas bunga..kita bilang itu bunga mereka tercengang...ah itu bunga ?
 
Untuk membaiki semua yang murid kita kacau dan musnah tu nak guna apa ?
 
Pasal derma ....orang kita MELAYU sangat kedekut Tapi bukan Semua bagi yang perihatin. 
 
Untuk menceria setiap bilik darjah tu nak guna apa.....tapi jarang ada PENGHRAGAAN di ucap kepada guru......kebanyakan duit sendiri U.
langsirnya....potostat bahan sikit sikit sendiri U.
 
Biarlah kita menjadi RAKYAT yang terbuka minda dan BUKAN rakyat sabsidi dan RAKYAT menadah kebajikan sentiasa. Apa yang ada sekarang bila bila boleh habis........Orang politik boleh cakap apa saja untuk pancing hati Rakyat untuk PRU... UNDI u. 
 
Pasal keperluan untuk pendidikan JANGAN berkira sangatlah. Hasil akhirnya ialah anak didik dan Ibubapa/penjaga itu sendiri yang MERASA...... Mana tidak Murid Cemerlang, murid berdisplin, murid berkelibar,PELAJAR TERBAIK, pelajar berwawasan dan sebagainya.......senyum lebar ibubapa/penjaga  TAPI kadang kadang TERIMA kasih pun tak terucap kepada orang yang kita sentiasa CURIGA, yang minta pelbagai kutipan dan mohon pelbagai sumbangan itu.
 BANYAK 2  sektor AWAM gurulah( yang mengajar di sekolah ) yang tidak pernah di beri OT..... Contoh saya sendiri datang sekolah sekitar 0530 pagi Selepas Subuh di SARAWAK...... BALIK sekitar 5.00m petang .... BERAPA jam saya bekerja ?  tak pernah pun KAMI Meraung tak puas hati. Malam semak buka murid dan persediaan keesokannya lagi.
 
BIAR KITA FIKIR BERSAMA demi masa depan negara dan anak didik yang bakal MENGGANTI kita..... baik contoh kita sekarang baik juga yang akan mereka amal nanti........Kalau kita sekarang KEDEKUT mungkin generasi mendatang LEBIH kedekut....... jangan marah ya, kita yang mendidik mereka SEKARANG supaya sebegitu...... 
 
JANGAN MARAH.
 
From: Azean <reenasyuara@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, October 11, 2011 8:19 PM
Subject: Re: RG2011... yuran sekolah di mansuh
 
Utk menjawab Berkaitan derma @ kutipan jogathon@ kupon..... Semuanya Adalah utk membaiki@ menambah@ mencantikkan infrastruktur sekolah... Bergantung pd sesebuah sekolah tu. Kalau pelajarya semua mcm malaikat, takde pili air pecah, pintu tandas pecah, tingkap kelas pecah, pintu kelas pecah, bumbung bocor, tandas balik2 tersumbat..... Mungkin kutipan kat sekolah tu jarang2, hanya kutip utk tambah baik @ cantikkan @ keselesaan pelajarrrrrrr itu sendiri.....
Kalau mintak derma tu, bukan mintak kat murid jer........CIkGu2 pun terlibat sama utk cari derma.....walaupun anak takde sekolah situ....tp takpe la, utk keselesaan ANAK Murid .......

Bukan nak ungkit, cuma nak buka mata org2 yg tak tau..... Duit gaji ni, bukan 100% cikgu punya, sbB bila nak fotostat bahan utk murid, guna duit cikgu, bila nak beli penyapu hilang 3-4 kali, dulukan duit cikgu, kalau kelas buat kutipan dptla balik duit tu.....kalau tak, halal jer la....
Kelas nak kena bersihkan, nak cantikkan....kalau dpt sekolah yg anak2 org berada....ok la, dorang boleh bg, tp kalau sek luar bandar..... Cikgu pun tak smpi hati...

Sekolah ni bukan mcm pejabat2 kerajaan yg lain. Mak bapak nak tau cantik je, tp Mrk tak nak tau dr mana dtg duit tu..... Pastu pulak mak bapak tau bising bila mitak duit......sbB dorang takmau dtg mesyuarat pibg, yg mana kat mesyuarat tu dibincangkan semua Hal sekolah......

Ada sekolah persendirian cina, kalau mintak derma, mak bapak depa bg jer, kutipan 2 juta leh dpt dlm masa sebulan jer.... Utk anak2, depa tak Berkira....
 Tp, org melayu ni.... Masalahnya ni la..... Kedekut.....

Sorry la kalau emotional sgt....tp Cuba fikir2 sama ye..

Sent from my iPad


On Oct 10, 2011, at 8:43 AM, Mohd Shahrizal Omar <rizal@jvc-jmm.com.my> wrote:
 

jika begitu, maafkan saya. ia sekadar pendapat peribadi saya sahaja.

pendapat ini adalah kerana saya berasa sangat hairan, mengapa tidak semua
sekolah dalam 1 daerah/kawasan yang melaksanakan kutipan derma.

sebagai contoh, anda bersekolah di "sekolah A", dan saya bersekolah di "sekolah B". mengapa hanya sekolah saya (sekolah B)
sahaja yang asyik mengutip derma sedangkan sekolah anda (sekolah A) tidak mengutip derma?? pasti anda sendiri pernah
mengalami senario sebegini, bukan?

jadi, mungkin (dengan bersangka baik- maafkan saya) jika proses mengutip derma perlu diusulkan ke PPD,
mengapa hanya "sekolah B" sahaja yang mengusulkannya, tidak semua sekolah? itu belum lagi menjual kupon
untuk "hari kantin" lagi..

untuk kepastian, harap sesiapa yang arif dapat membantu.

maaf jika terkasar bahasa.

- Rizla -




<(null)>
Re: RG2011... yuran sekolah di mansuh

rbk_2020 to: respeks_group@yahoogroups.com
10/08/2011 09:32 PM

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

Please respond to respeks_group

  Bidang kuasa sekolah? Sekolah tak perlu rujuk PPD? PPD tu bawah kementerian mana?   Takkanlah kementerian tidak prihatin bahawa peruntukan untuk sekolah tidak cukup hinggakan terpaksa cetak pelbagai jenama kad aktiviti sekolah serta hulurkan kepada pelajar2 untuk kutip derma? Selama ni pun memang saya hulur juga sumbangan walaupun mungkin tak seberapa. Yang menyampah tu sebab BN ni bangga sangat dok laungkan pembangunan sekolah RMberjuta2 bina sekolah untuk rakyat & kononnya amat prihatin maka dimansuhkan yuran sekolah..   From: Mohd Shahrizal Omar <rizal@jvc-jmm.com.my>
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Cc:
"respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent:
Saturday, 8 October 2011 8:32 AM
Subject:
Re: RG2011... yuran sekolah di mansuh
 
Jika pihak sekolah yang berikan kad derma pada pelajar untuk mengutip derma,

saya pasti ia adalah di dalam bidang kuasa sekolah, bukannya kementerian pelajaran.


Dan jika kita tidak setuju dengan aktiviti mengutio derma, cuba salurkan pada

mesyuarat PIBG sekolah dengan menyatakan bahawa kita tidak setuju anak-anak

kita mengutip derma. Jika seorang bersuara, pasti akan ada yang menyokong.


Kemudian bersamalah pihak berwajib mencari jalan penyelesaian kepada

isu mengutip derma (secara paksa, mungkin) seperti diatas.


- Rizla -





Re: RG2011... yuran sekolah di mansuh


rbk_2020 to: respeks_group@yahoogroups.com
10/08/2011 08:21 AM


Sent by: respeks_group@yahoogroups.com


Please respond to respeks_group


    Derma jika jika berkait dengan sekolah maknanya ia juga adalah sebahagian daripada yuran persekolahan.
Namanya aje mansuh yuran sekolah tapi lepas tu bagi kad kepada anak2 kita semula untuk buat kutipan
walkathon, jogathon & pelbagai acara, suruh anak2 kutip derma semula duit rakyat.

 
Bukan berkira, cuma meluat dengan BN yang asyik nak memperbodohkan rakyat.

http://pilihanraya2008.wordpress.com/2008/02/27/yuran-sekolah-dihapuskan-bn-tipu-rakyat-diperbodohkan/
 
 
 
From:
Mohd Hanif <hanif_jking@yahoo.com>
To:
"respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent:
Friday, 7 October 2011 9:32 PM
Subject:
Re: RG2011... yuran sekolah di mansuh

 
Derma ngan yuran sama ke? Astro sebulan rm70 boleh bayar, derma yang setahun sekali pun nak berkira. Untuk sekolah anak-anak korang gak.. Jangan la nak berkira sangat...
Sent from my iPad 2

On Oct 7, 2011, at 17:44, zahrol zahrol <
z_zahrol@yahoo.com> wrote:
 

Itu la pasalllllllllllllll!!!!!!


From:
Abd Mutalib Hussain <
mutalibniaga@yahoo.com>
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Sent:
Friday, October 7, 2011 5:25 PM
Subject:
Re: RG2011... yuran sekolah di mansuh

 
Rasa mcm pernah dengar ayat ni 2 tahun lepas, tapi bila daftar anak sekolah mcm-macam gak kena bayar, PIBG lah, derma itu lah, derma inilah...
--- On Fri, 10/7/11, irwandi ibrahim <
irwan1977@gmail.com> wrote:

From: irwandi ibrahim <
irwan1977@gmail.com>
Subject: RG2011... yuran sekolah di mansuh
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, October 7, 2011, 9:08 AM

2011/10/07

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012, sebentar tadi.
<mime-attachment.gif><mime-attachment.gif>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment