Sunday, October 23, 2011

Re: [SPAM] Re: RG2011... Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran

Saya teringat pula dengan pendedahan kes barang bertarikh luput tetapi dipek semula dan dijual kepada pasaran awam (pernah keluar di dada akhbar).
 
Pembeli sekarang kene berfikir banyak perkara sebelum membeli. Antaranya :
- nak kene fikir halal ke tidak, ada logo halal? kalu ada logo, guna logo yang mane? yang jakim @ bukan?
- kene tengok kod bahan2. ada logo halal tapi ingredient ada yang tak halal. Camne tu?
- nak banding harga lagi, alah membeli menang memakai la katekan
- nak kene hati2 barang tiruan @ bukan
- nak kene tengok tarikh luput lagi, kadang2 tarikh lambat lagi, tapi barang dah rosak
- nak kene fikir, kalu dah terbeli nanti, nak mintak gantirugi bukan senang, lagi2 gantirugi dari aspek kesihatan 
  (nikmat ALLAH)
- last2 kene fikir, nak beli ke tak nak ni?
heheh
 
jangan marah aaaa. cuma luahan perasaan je ni.

From: Noodles <noodles@superfood.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, October 24, 2011 11:40 AM
Subject: Re: [SPAM] Re: RG2011... Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran


knape kalau ade sesuatu yg x kene @ masalah,x nk siarkn jenama produk tersebut..kn senang,pengguna yg lain pun lbh berhati2..kalau x nk siarkan jenama produk tu jgn la komplen,simpan jer berita tu..
buat pengguna lain tertanya2..dh la nk beri susu pd budak2 kn bahaya..
----- Original Message -----
Sent: Monday, October 24, 2011 8:33 AM
Subject: [SPAM] Re: RG2011... Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran

kalau dah main tolak2 camni, elok bawak ke persatuan pengguna.. ataupun terus ke Tribunal Pengguna Malaysia, mintak ganti rugi.. risau jugak sbb saya pun ada anak kecil umur setahun..

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, October 23, 2011 6:31 PM
Subject: RG2011... Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran

 
----- Original Message -----

WASPADA: Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran

Posted by greenboc
 
Bapa terkilan susu tepung ada bendasing

KUALA KANGSAR - Seorang pengguna, di sini, merasa terkilan apabila kuasa pengguna tidak dapat digunakan ketika membuat aduan berkenaan kewujudan bendasing berupa serpihan hitam dalam susu tepung yang dibelinya, dua minggu lalu.

Mohd Hasbullah Mohd Razi, 25 berkata, susu berkenaan dibeli di sebuah kedai di pekan Kuala Kangsar untuk anaknya yang berusia enam bulan, dengan harga RM17.30 untuk satu paket seberat 650 gram.

"Susu berkenaan merupakan susu berjenama agak terkenal di negara ini banyak diiklankan di kaca televisyen yang mana dikatakan mempunyai khasiat tinggi serta bagus untuk bayi.

"Hajatnya mahu menukar jenama susu untuk anak dan saya telah membeli tiga paket sekali gus susu tepung berkenaan, namun tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku untuk satu jenama susu yang agak terkenal," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Katanya, awalnya dia menyangka serpihan hitam itu adalah sampah yang terjatuh ke dalam bekas mengisi susu tepung untuk anaknya, namun setelah diperiksa, ketiga-tiga paket susu berkenaan didapati turut mengandungi serpihan sama.

Menyedari keadaan itu, Mohd Hasbullah berkata, dia merasa bimbang ia akan mendatangkan mudarat kepada anaknya kerana satu paket telah habis diminum bayi berusia enam bulan itu.

"Awalnya isteri saya menyangka ia adalah sampah kecil dalam bekas susu tepung lalu menapis sehingga habis satu paket pertama untuk membuang serpihan berkenaan, namun apabila menyedari ia turut terkandung dalam paket dua paket lagi, kami mula merasa bimbang, lalu mengadukan perkara ini kepada pihak berwajib," katanya.

Menurut Hasbullah, isteri dan bapa mertuanya telah mengadukan perkara itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kuala Kangsar dan Pejabat Kesihatan Daerah pada 14 Oktober lalu, namun terkilan dengan cara masalah itu ditangani.

"Sikap menuding jari antara pihak berwajib sebenar membuat kami rasa terkilan, kerana sikap seperti ini membuatkan kuasa sebagai pengguna seperti tidak berguna langsung dalam situasi seperti ini.

"PPDNKK kata mereka hanya memantau dari segi harga dan masalah ini perlu dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah, manakala Jabatan Kesihatan pula mengatakan di sebaliknya dan keadaan ini membuatkan pihak pengguna seperti kami kecewa," katanya.

Mohd Hasbullah berkata, hanya selepas bapa mertuanya berkeras baru Pejabat Kesihatan Daerah menerima sampel susu yang dibawa untuk diuji dan memaklumkan keputusan pemeriksaan akan keluar dalam masa enam minggu.

"Kami harap pihak berwajib lebih bertanggungjawab dalam menangani perkara sebegini kerana ia melibatkan makanan bayi dan jika karenah birokrasi terus dibiarkan seperti ini, ia akan mendatangkan mudarat kepada ramai pengguna," katanya. -SH



/---------------------------------------------------------------------------\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
in  error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd)
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--------------------------------------------------------------------------/


No comments:

Post a Comment