Saturday, October 8, 2011

RG2011... ARTIKEL : Salah makan punca pondan?

 

Salah makan punca pondan?



Bahan kimia dalam sajian jejas hormon menyebabkan genetik tidak normal

PENGAMBILAN makanan mengandungi hormon tiruan, pengawet dan perisa berlebihan dipercayai menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon, punca krisis jantina yang menyebabkan perubahan tingkah laku manusia.

Walaupun tiada fakta dan kajian khusus dibuat mengenainya sehingga ini, namun teori 'we are what we eat' atau 'kita adalah apa yang kita makan' mungkin boleh membawa kita berfikir mengenai fenomena itu secara rasional.

Genetik tak normal makin meningkat

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ðr Siti Hamidah Mohd Setapar, mengakui gejala ditunjukkan itu bukanlah seratus peratus berpunca daripada pemakanan tapi turut disumbangkan pengaruh lain termasuk persekitaran.

Jelasnya, pondan, tomboy serta gay memang wujud sejak lama dulu walaupun tidak ramai dan ia boleh berlaku disebabkan ketidak-normalan genetik.

Bagaimanapun, dulu bilangan lelaki bertingkahlaku seperti wanita dan sebaliknya, tidaklah ramai bilangannya, mungkin satu dalam sejuta tapi kini bilangannya mungkin menjadi satu dalam 100,000.

"Kesemua itu berpunca daripada hormon. Jika seorang wanita tidak menjaga pemakanannya, ia akan mengganggu kestabilan hormon tubuh dan mungkin mampu mendatangkan risiko pada anak dalam kandungan. Oleh itu, sekarang ini makin ramai yang mempunyai krisis jantina disebabkan berlakunya ketidakseimbangan kromosom sejak daripada ketika jantina terbentuk di dalam kandungan."

"Malahan, apabila lahir, kita didedahkan dengan banyak bahan kimia, hormon dalam makanan kita, air yang berfloride dan berklorin, pasti akan semakin mengganggu kestabilan hormon tubuh dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah semakin ramai lelaki yang lembut dan wanita menjadi keras.
KATEGORi: 

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment