Sunday, October 9, 2011

RG2011... Beri Kelantan Peluang ‘Uji’ Hudud

 



----- Original Message -----

Mufti Perak Nasihat Putrajaya: Beri Kelantan Peluang 'Uji' Hudud
 
selatanonline
 
 
Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu "percubaan" selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

"Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.

"Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

"Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju," katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

"Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam," katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata "hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud."

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
 
 

Surat ugutan PM menghina Dun: Dr Abdul Aziz

 
KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan berkuasa mengenakan tindakan terhadap pihak yang menghina keputusan dewan itu seperti surat ugutan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pelaksanaan hukum hudud pada 1994.

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, surat yang diterima Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada Tun Mahathir itu mengugut dan ia menghina Dun.

"Kenapa tidak Kelantan membuat resolusi atau sesuatu bersesuaian Ordinan Dewan Rakyat kerana dia tidak boleh buat begitu. Dun Kelantan atau Parlimen mempunyai kuasa tertentu yang boleh menghukum sesiapa menghina dewan. Surat PM itu menghina dewan.

"Hendak beri amaran atau tindakan ia bergantung. Surat itu masih ada, elok Dun Kelantan buat sesuatu. Cara yang betul dari segi undang-undang jika tidak setuju kena pergi ke mahkamah. Walaupun seorang Perdana Menteri beliau kena hormat dewan negeri dan persekutuan. Dun adalah dewan berdaulat dan tidak boleh dihina seperti itu," katanya ketika Wacana Pelaksanaan Hudud Kelantan di Dewan Teratai SUK di sini, semalam.

Selain beliau, wacana tertutup kepada pegawai Kerajaan Negeri itu turut dibarisi dua panelis lain yang juga penggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad dan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Pada 1993, Dun Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan atau lebih dikenali sebagai Hudud Pas Kelantan. Bagi menunaikan janji manifesto Pas selepas memenangi pilihan raya umum di Kelantan pada 1990.

Berikutan keputusan itu, pada 1994, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menghantar surat rasmi yang tidak membenarkan pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan kepada Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz turut memberikan penerangan lanjut mengenai Perlembagaan yang mana ia perlu ditafsirkan mengikut keadaan semasa kerana ada dalam kalangan peguam Islam yang memberikan gambaran Islam dalam skop sempit.

"Masalah kita sekarang terpaksa menangkis pihak tertentu yang tidak selesa dengan Islam. Jika meletakkan syarat yang bukan-bukan sebelum ia boleh dilaksanakan.

"Masyarakat tidak sabar dan penat dengan masalah ini, jadi jalankan dan buat (undang-undang Islam). Kita bukan mengharapkan sesuatu yang sempurna tapi laksana dulu kerana enakmen sudah ada agensi berkaitan boleh membantu," katanya
.[sinarharian]

Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
-TMI

Ulasan GB


Demikian apabila suara hati kebenaran dikeluarkan, sekalipun mufti itu bukan ahli PAS, tetapi hati kecilnya tidak menolak kebenaran yang perlu diluahkan: bahawa berilah peluang kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.

GB sudah ulas sebelum ini. Kata GB:
Kata Mahathir: "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

Memang benar sebarang undang-undang atau hukum sepatutnya dikenakan "sama" untuk semua penduduk tak kira hukum Islam atau bukan.

Tetapi jika Mahathir & UMNO yang mengaku Islam sendiri menolak hudud, bagaimana hendak meyakinkan orang bukan-Islam terhadap hukum tersebut?

Itu sebab mengapa PAS hendak menjalankan hukum hudud kepada umat Islam terlebih dahulu. Untuk memperlihatkan keindahan dan keadilan undang-undang Islam. Kemudian apabila ianya diterima oleh semua, ada kemungkinan yang bukan Islam juga akan tertarik dan akan meminta hukum itu dilaksanakan kepada mereka.

Sama seperti perbankan Islam satu ketika. Pada awalnya masyarakat bukan Islam prejudis terhadapnya, tetapi apabila ia dilaksanakan, ramai pula yang bukan Islam turut menyertai sistem kewangan dan perbankan Islam yang tiada riba malah perbankan konvensyenal juga turut menyediakan produk-produk Islam.
Posted by tok_aji

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment