Thursday, October 6, 2011

RG2011... Bimbang Biar Betul Pada Tempatnya

 

Bimbang Biar Betul Pada Tempatnya
Posted on Thursday, October 06 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Open Artikel Oleh: majmay

"Peperiksaan sudah dan makin menjelang tiba. Peperiksaan juga adalah penentuan nasib masa depan anak. Hari ini para guru dan ibubapa memainkan peranan penting dalam persediaan menghadapi peperiksaan anak anak malah kebimbangan dalam dewan peperiksaan turut dirasai oleh guru dan ibubapa berbanding dari anak itu sendiri. Ada juga kalangan ibubapa hari ini rela mengorbankan cuti rehat mereka selama mana peperiksaan itu berlansung.  Waah..betapa hebatnya pengorbanan mereka.

Di saat kebangkitan Islam pada hari ini masih ada lagikah generasi yang mementingkan sekularisme persekolahan. Mana satu paling kita runsingkan antara anak yang tidak lulus peperiksaan dengan anak yang tidak sembahyang. Tentu kita boleh memberi jawapannya.  Hari  ini terdapat ibubapa yang fobia jika anak gagal atau tak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Mana tidaknya rakan sepejabat pasti akan bertanya "anak mung dapat baper A" . Dan  kira kira ada tak yang bertanya "anak mung khatam quran dok gi?" atau "anak mung solat subuh dok?" Semoga anak tuanpuan beroleh kejayaan dalam peperiksaan. Berjaya dalam hidup ertinya belajar hingga ke peringkat paling tinggi dan boleh makan gaji besar serta berpangkat besar. 

Ibubapa boleh tumpang senang di hari tua kelak.  Itulah biasanya cita cita dan harapan ibubapa tapi adakah kita akan merotanbilau dan menghukum anak jika mereka culas sembahyang dan  liat mempelajari bab bab pengetahuan asas agama supaya bila dewasa kelak ia akan membesarkan Allah dan Rasul serta mentaati ibubapanya. Atau masih ada lagikah jenis ibubapa yang tak mempedulikan kesemuanya. Ada ibubapa yang menganggap belajar agama hanya perkara sampingan buat anaknya malah ada juga yang tak ambil pusing langsung soal soal mendidik rohani anak.  Kalau anak ponteng sembahyang atau ponteng mengaji ibubapa tak bertindak apa apa dengan alasan mereka kecil lagi. Walhal sembahyang itu perkara wajib perkara pokok bagi setiap orang Islam.

Oleh kerana sikap ibubapa yang lebih pentingkan kejayaan dunia lantaran itu anak anakpun tak pandang akhirat itu suatu perkara yang besar dan penting yang boleh menjamin kebahagiaan dunia dan hari manusia akan dibangkitkan.Betapa ramai ibubapa hari ini yang menelan kepahitan hidup atas sikap anak. Anak yang diharap untuk jadi payung bila tua nanti jadi sebaliknya.  Anak sudah tidak begitu menghiraukan ibubapa.  Anak lebih mengutamakan kerjaya, melayani kehendak isteri, berhias hias rumahtangga lebih menjaga status dari menjaga hati dan kebajikan ibubapa.  Kehadiran ibubapa dianggap sebagai satu beban pada si anak. 

Inilah balasannya pada ibubapa yang bercita cita untuk beri dunia pada anak dan lupa untuk hidangkan akhirat.  Akibatnya anak tidak mengenali siapa Tuhannya dan bila anak tidak kenal Tuhan apa alasan mereka untuk mentaati dan memuliakan ibubapa.Oleh itu marilah kita semua ambil iktibar dan mantapkan diri dari kisah kisah yang berlaku di sekeliling kita. Sekiranya ibubapa lebih menitikberatkan soal akhirat dari keduniaan nescaya anak anak yang berjaya tadi sudah tentu akan menghormati dan memuliakan kedua ibubapanya kerana dia tahu itu adalah perintah Allah yang perlu dipatuhi.

Dan dia cukup takut dan bimbang untuk melukai hati ibubapa kerana tempat untuk anak yang derhaka pada ibubapa adalah neraka.  Berbahagialah ibubapa ini di dunia dan akhirat.  Lebih bahagia lagi kerana akan menerima doa dari anak anak yang soleh.

"

--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment