Thursday, October 20, 2011

RG2011... Gara-Gara 'Kenyataan Tidak Sealiran',

 

----- Original Message -----

Gara-Gara 'Kenyataan Tidak Sealiran', Prof Aziz Bari Akhirnya Di Gantung Dari UIAM Hari Ini!

PDO
 
 
KUALA LUMPUR, 20 Okt - Seperti yang dijangka, akibat beberapa kenyataan beliau yang sukar diterima oleh kerajaan UMNO BN sekarang maka akhirnya pakar perlembagaan dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) digantung tugas dan dilarang menjejaki universiti terbabit hari ini. Notis tersebut telah dikeluarkan kepadanya oleh Unit Undang-Undang UIAM sendiri.
 
Pensyarah paling kanan di Fakulti Undang-Undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti. Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat Sarjana Muda hingga ke Doktor Falsafah (PhD). Aziz berkhidmat dengan UIAM sejak 22 tahun lalu.
 
Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak tuntut pemansuhan institusi tersebut.

[Apa yang terjadi kepada Prof Aziz Bari ini memang sudah lama kami jangkakan. Penggantungan beliau itu akhirnya akan membawa kepada pemecatan, jika dia masih tidak mahu mengikut aspirasi kerajaan dengan mengeluarkan kenyataan sebenar tentang perlembagaan dan undang-undang itu sendiri. Selama lebih 22 tahun bertugas di UAIM maka sudah pasti beribu-ribu graduan undang-undang yang telah mendapat ilmu daripada beliau sebenarnya.
 
Soalnya, kenapa kerajaan harus menyekar golongan akademik yang memang "pakar" dalam bidangnya untuk bersuara dan mengeluarkan pandangan?. Bukankah ia kebebasan dan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Kenapa harus takut dengan pandangan yang berbeza?. Jika ini keadaannya, maka kita yakin tahap universiti di Malaysia akan terus menjunam di mata dunia pada masa akan datang. Apapun, syabas dan tahniah buat Prof Aziz Bari. Teruskan usaha sedarkan rakyat tentang perlembagaan dan undang-undang yang sebenarnya di negara ini].
 
 

'Surat Tunjuk Sebab' Kepada Aziz Bari, Satu 'Penghinaan Kepada UIAM' Serta IPT Di Malaysia !

PDO
 
 
KUALA LUMPUR, 20 Okt -Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini. "Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia. "Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen.
 
Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor. Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. "Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam UMNO BN yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat. "Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah beri kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak libatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya.

Aneh, laporan polis yang dibuat Ezam lebih cepat diberi perhatian ketika dia
berada di dalam UMNO berbanding ketika dia bersama Parti Keadilan dulu

Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut. Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat tentang isu ini

[Memang agak aneh dan menghairankan kita berada dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Undang-undang "double standard" terus diamalkan untuk mencengkam suara rakyat melakukan perubahan. Lihat bukti, laporan polis Ezam Md Nor begitu cepat disiasat ketika dia sudah bersama UMNO BN semula berbanding ketika didalam Parti Keadilan dulu. Soalnya, bagaimana pihak berkuasa menilai sesuatu laporan dan menjalankan siasatan?. Jika ini keadaannya, maka beruntunglah siapa yang bersama pembangkang dan kemudian kembali menyertai UMNO BN. Mereka akan dilayan lebih adil dari yang sepatutnya. Umum mengetahui, ketika menjadi Ketua Pemuda Keadilan dulu, sudah berkotak-kotak laporan polis yang dibuat oleh Ezam terhadap pemimpin UMNO. Namun, hingga kini ia didiamkan dan Ezam sendiri tidak berani lagi bersuara atas kesemua laporan yang dibuatnya sekarang. Apakah ini namanya perjuangan tegakkan kebenaran seperti yang dilaungkan?. Ini maknanya dia tidak jujur dalam perjuangan]. sumber

 

Tak Cukup SKMM, Polis Pula Tekan Aziz Bari Di Bawah Akta Hasutan

Profesor Dr Abdul Aziz Bari dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.

Aziz (gambar) yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan.

"Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan . . . saya akan pergi bersama peguam saya hari ini," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin beliau diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung isu yang sama ekoran satu laporan yang telah dibuat Jumaat lalu.

Minggu lalu, beberapa pihak membuat laporan ke atas Aziz.

Antaranya, Senator Ezam Mohd Nor menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini," kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa Ahli Parlimen juga membidas Aziz kerana kenyataannya ketika menyertai perbahasan di Dewan Rakyat.
-TMI

Ulasan GB

Masing-masing nak tunjuk kuasa sekarang nak pulas telinga Aziz Bari.

Tak cukup dengan SKMM, kini polis pula melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan.

Entah ayat yang mana dikatakan menghasut di dalam kenyataan Aziz kita pun pelik.

Lebih pelik lagi polis dilihat mengambil sikap berpilih di dalam tindakan mereka.

Berapa banyak laporan polis dari mereka yang tidak berpihak kepada kerajaan dan UMNO BN tetapi tidak pernah disiasat oleh polis?

Kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang lantang disuarakan dan ditulis oleh mereka dari kalangan yang menyokong kerajaan tidak disentuh malah adakalanya diberikan perlindungan. Sampaikan tulisan "parang sudah diasah" pun boleh didiam dan dibiarkan hanya semata-mata kerana ianya dilakukan oleh mereka yang pro-UMNO.

Tidak mengapa. Hukum kebenaran akan mengambil tempat di akhirnya. Tindakan polis yang pilihkasih dan berpihak itu akan dihukum oleh rakyat dengan mengalahkan UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang.

Dan pembersihan terhadap agensi/institusi kerajaan terutama polis akan dilakukan sejurus itu supaya mereka bertindak dengan lebih profesyenal, bukan dengan dipengaruhi sentimen sehingga dilihat oleh rakyat, mereka hanya diperkudakan oleh kerajaan yang sedia ada.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment