Wednesday, October 12, 2011

RG2011... INFO : Herba Thyme

 

Herba Thyme


herba thyme

Thyme bangkitkan mood & hilangan tekanan

Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan untuk pelbagai tujuan di sepanjang kurun. Pada zaman pertengahan, thyme telah dianggap sebagai tumbuhan yang dapat memindahkan keberanian dan kecergasan. Orang Rom kuno menganggap ia sebagai ramuan untuk kesugulan.

Thyme yang telah dicampurkan bersama bunga mawar sering dijadikan pewangi rumah oleh orang Rom pada zaman kuno. Malah orang Greek telah menggunakan thyme sebagai colok wangi, manakala orang Rom pula telah menambah thyme dalam keju dan minuman beralkohol mereka.

Walau apa kegunaan thyme, herba ini merupakan herba yang penuh dengan pelbagai fitozat, mineral dan vitamin yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Termasuk dalam salah satu tumbuhan herba masakan yang popular, thyme berasal dari kawasan selatan Eropah dan Mediterranean.

Ia tergolong dalam keluarga limiaceae daripada genus thymus. Biasanya herba ini amat popular digunakan sebagai bahan perasa dalam kebanyakan resipi Itali, Macedonian, Greek, Perancis dan Sepanyol. Rasanya tidak terlalu kuat dan boleh bercampur dengan bahan-banan herba dan rempah lain. Ciri-ciri rasanya adalah berikutan dengan sejenis kimia yang dikenali sebagai thymol yang terdapat di dalamnya.

Thyme digunakan secara meluas dalam bidang masakan. Herba ini adalah bahan asas dalam masakan Levantine (Lubnan, Syria, Palestin Jordan, Israel), Libya, India, Itali, Perancis, Albania, Parsi, Portugis, Asyur, Sepanyol, Greek, Nigeria, Caribbean, dan masakan Turki. Thyme sering digunakan untuk masakan daging, sup dan stew. Ia juga sering digunakan sebagai perisa utama dalam masakan kambing, tomato dan telur.

Ðikenali juga sebagai thymus vulgaris, herba thyme adalah sejenis tumbuhan saka kecil. Ðaunnya kecil manakala bunganya berwarna dari merah jambu sehinggalah ungu. Varieti thyme yang biasanya banyak ditanam juga adalah seperti lemon thyme (t.x citriodora), caraway thyme (t. herba barona) dan wild thyme (t. septyllum). Tidak kiralah sama ada daun ataupun putik bunganya, segar atau kering, banyak digunakan untuk tujuan masakan.

Butiran selanjutnya ...


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment