Monday, October 24, 2011

RG2011... Kerana 'Takutkan Demontrasi Mahasiswa',

 

----- Original Message -----

Kerana 'Takutkan Demontrasi Mahasiswa', Akhirnya Penggantungan Aziz Bari Di Tarik Balik !

PDO
 
 
KUALA LUMPUR, 25 Okt - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akhirnya telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari (foto). Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang semalam, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman. "Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang," kata Zulqarnain. Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik. Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz hari ini.
 
Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang semalam. "Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya," kata Zulqarnain. Beliau hantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, jam 3 petang semalam.

Sokongan meningkat, membuatkan UIA terpaksa tarik balik penggantungan
 
Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan. "Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian," katanya. Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini. UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang ini kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu. Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

[Difahamkan penarikan balik penggantungan Prof Dr.Aziz Bari, mungkin ada kaitanya dengan lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini. Difahamkan Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang untuk mengadakan demonstrasi dihadapan Najib yang bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas Aziz Bari. Kumpulan itu dijangka akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam. Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat. Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir menyambut kedatangan Najib. Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Aziz Bari].
 
 

Penggantungan Aziz Bari ditarik balik

lagiberita.blogspot
 
 
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.
Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.
Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.
Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.
Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.
Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.
Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok. - Malaysiakini

* Kuat juga pengaruh Aziz Bari ni...
 
 

Tarik balik penggatungan : UIA malukan diri sendiri, Zaleha mesti letak jawatan

mutaligat
 

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memalukan dirinya sendiri apabila menggantung Prof Aziz Bari dan hari ini menarik balik penggantungan tersebut. Tidakkah ini namanya tindakan ala Pak Pandir dan memalukan diri mereka sendiri.

 

Sehubungan dengan itu saya sekali lagi menyeru UIA memecat Rektornya Zaleha Kamaruddin atau beliau sendiri meletakkan jawatan, itupun kalau beliau mempunyai harga diri.

 

Media petang tadi melaporkan bahawa UIA menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

 

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

 

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

 

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

 

Tindakan menarik balik penggantungan ini dilihat dibuat berdasarkan penentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk pelajar, kakitangan UIA dan rakyat Malaysia.

 

Namun bagi saya penarikan balik penggantungan ini tidak cukup kerana Aziz Bari akan terus disiasat dan kemungkinan akan dikenakan tindakan. Sepatutnya penyiasatan itu juga dihentikan dan kes ini ditutup terus.

 

 

Alhamdulillah..Penggantungan Aziz Bari ditarik balik

 
Universiti Islam Antarabagnsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment