Friday, October 21, 2011

RG2011... Mahasiswa UIA Berdemo Secara Aman

 



----- Original Message -----
 

Mahasiswa UIA Berdemo Secara Aman Bagi Membantah Tindakan Terhadap Prof Dr.Aziz Bari !

PDO
 
 
KUALA LUMPUR, 21 Okt - Lebih seribu orang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) hari ini berhimpun bagi membantah tindakan pihak UIAM menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah. Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat. Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", "Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara. Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.
 
Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku. Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
 

Mahasiwa UIAM bangkit untuk nyatakan sokongan terhadap Dr.Aziz Bari

 
Suara Mahasiswa bergema selepas kecewa dengan tindakan pihak UIAM
 
Menurut seorang pengawal keselamatan, sejak tengahari pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut. Selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk. Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan terbabit. "Kami terima arahan tak benar orang awam dan media masuk hari ini," kata pengawal keselamatan itu.
 
 
Solidariti Mahasiswa 'Hantar Memo' Kepada UIAM
 
PDO
 
Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin (foto) menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu. Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani". Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".
 
"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum. Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

[Sementara itu Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dipercayai telah ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Menurut beberapa pesanan menerusi Twitter, Shamsul ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis. Kini Shamsul diiringi keluar oleh pasukan polis keluar dari universiti tersebut tanpa diketahui destinasi yang dituju. Beliau dipercayai merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang daripada universiti terbabit. Nampaknya suara mahasiwa bergema menuntut keadilan terhadap isu ini. Bagi mereka golongan akademik berhak membuat kenyataan dan tafsiran salah tentang undang-undang dan perlembagaan. Tidak timbul soal kurang ajar atau menghina mana-mana pihak. Kebebasan bersuara adalah amalan sebuah negera demokrasi itu sebenarnya. Hanya di negara kita sahaja kebebasan bersuara itu dianggap salah oleh pemerintah].
 
 

Persatuan Kakitangan Akademik UIA Sokong Aziz Bari

 
KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.

Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.

"Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia," kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.

Tegas kenyataan itu, Aziz (gambar) merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Justeru katanya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat.

"Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara," kata kenyataan itu lagi.

Sebaliknya kenyataan menegaskan, Aziz tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Aziz yang disiasat polis dan SKMM diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan digantung tugas.

Kenyataan itu menambah, sebagai seorang ahli akademik, Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

"Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini," katanya lagi.

Kenyataan itu juga menambah, "kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya."

Ia juga menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

"Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara," katanya sambil menambah, "kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco."TMI

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment